Thursday, December 22, 2016

Chrismas Dinner At One Of Our Afro-Asian Friend

Lamanya aku tak update blog ni kan?
Ada yang rindu tak?
Hehehe...

Update kali ini aku nak ceritakan pengalaman sambut chrismas dengan salah seorang rakan afro asian yang beragama kristian.

Pada malam Ahad 19 december yang lalu, salah seorang dari family whatsapp group afro-asian kami telah menjemput aku dan rakan whatsapp yang lain untuk kerumah beliau kerana keluarga beliau telah menganjurkan satu majlis makan malam sempena krismas yang akan datang. Hanya aku, sally dan myra bersama anak-anak kami sahaja antara yang dapat hadir pada hari itu.
Yang lain tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak mengizinkan.
Walaupun begitu, pada kami majlis tersebut tetap meriah dan ceria, sangat terserlah semangat afro asian.

Kami panggil beliau kak rose, kak rose senior kami.
Anak-anak kak rose telahpun remaja belia,
4 orang semuanya.
Banyak yang kami nak belajar dari kak rose..

Compliment for the season.
Thanks and happy christmas to the host and family.
May this season bring joy and happiness.
Thanks for welcoming us as well..
Thanks afro-asian sisters for the cheerful night.
Food is superb..

Ooh ya,
Sebelum terlupa, aku juga ingin kongsikan detik-detik awal perkenalan kami dalam gathering kecil kami yang pertama yang kami adakan di Ikea Damansara pada beberapa Ahad sebelumnya.

Pertemuan tersebut diaturkan selepas kak hawa yang juga senior kami menubuhkan group whatsapp yang mana kami seramai 6-7 orang yang semuanya bersuamikan lelaki afrika mengambil keputusan untuk mengadakan perjumpaan. Suami-suami kami, ada yang dari nigeria, ada yang ghana dan ada yang dari zambia, so interesting..thanks kakwe..

Dari situlah perhubungan kami semakin akrab dari hari ke hari, hinggakan yang jauh dimata pun jadi dekat dihati..dell, sally, kakwe, kakrose, wani, myra dan kadangkala a'an hihihiii..

Till next blog.

Tuesday, May 17, 2016

Read Baby Read



Books make me travel and get new adventures to many places without moving.
By it, I found that the use of social media is different following each country.
There's some country that ban/block certain social media application,
for and example Facebook was banned/blocked in mainland China since 2009,
but dunno if there's already can be access now, have to recheck 😜😜

No wonder, we'll find out that Facebook usage's among the highest were in Malaysia
but when we travel, our friends which stay abroad might not really into it (e.g: fb)

Should we feel embarrassed?? 
Nayyy..I don't think so!!

This is just us, just Malaysian thug lol πŸ˜‚πŸ˜‚

p.s: oppss, but ain't a nerdy reader lolll..im'ma rock and roll mama 😜


Wednesday, May 11, 2016

Dinginnya "Winter Di Afrika"

Bismillahirahmanirahim...

KEMAS BLOG TERKINI

Setelah sekian lama ku tidak mengemaskinikan ruangan blog ini yang entah ada entahkan tiada sesiapapun yang berminat untuk singgah membaca melainkn teman-teman rapat.
Hari ini aku tertarik untuk menulis. Tepat after a complete year..
Even, ini adalah blog aku yang pertama bagi tahun 2016..

Aku ingin menulis dan berkongsi tentang sebuah novel yang baru kubaca. 
Buku yang ditulis oleh seseorang yang boleh ku anggap"adik", Tapi berlainan ayah dan ibu,
Ia menjadikannya begini kerana kami berkongsi rasa cinta yang sama
pada lelaki kelahiran benua yang sama.

Oohhh!!
Tapi bukan lelaki yang sama, jangan risau ok hehehe..

Suaminya berasal dari Ghana, manakala suamiku pula dari Nigeria. 
Namun begitu, setiap irama dan rentak yang kami tari dan nyanyikan itu sama, 
setiap kesedihan yang kami tangiskan itu sama, 
setiap kejutan yang kami perlu tahan itu sama, 
walaupun hakikatnya kami tidak pernah kenal secara zahir, semangat kesaudaraan itu ada. 
Kerana kami ibu kepada anak-anak Afrikan-Asian...

BUKU PENGIKAT SILATURRAHIM

Minggu lepas, telah diadakan pesta buku antabangsa besar-besaran di MAEPS, Sepang.
Disitu beliau membuat pelancaran besar-besaran buku yang ditulinya.
Dia telah menulis sebuah buku yang sangat membuat
jiwa kemanusiaan aku meronta-ronta untuk membacanya.
Selama ini aku hanya mengenali dia dengan nama FBnya Paola Kira Ewusi yang diambil sempena nama anaknya yang berdarah kacukan Melayu Ghana iaitu gabungan 2 benua Afrika dan Asia.
Hari itu, aku telah mengambil kesempatan yang baik itu untuk bertemu 4 mata dengannya, kerana penulisannya membuatkan air mata ku tumpah tidak tertahan-tahan, merobek tangkai perasaan ku hingga tidak dapat aku luahkan dengan perkataan.
Yang pasti, apa yang ditulis itu adalah nyawa dan kehidupanku.
 Perjalanan aku mengembara dengan pengalaman selama hampir 15 tahun.

TERIMA KASIH, DELL (nama panggilan aku kepadanya),
gadis melayu, penulis kelahiran Melaka ini.





HIGHLIGHT TENTANG "Winter Di Afrika"

Yang membuatkan aku begitu tertarik untuk highlight kan review khas tentang buku ini ialah 
instead of banyak-banyak buku yang telah aku baca, pengalaman yang penulis kongsikan hasil dari pengembaraannya ke benua Afrika ini hampir apa semua yang ingin aku luahkan hasil dari pengembaraanku ke bumi Afrika  namun tiada suara mahupun tinta yang bisa terluahkan. 

Hanya sedikit darinya mampuku karangkan di blog ini satu ketika dulu sekitar penghujung 2014. Namun tiada daya dan keyakinan untuk menulis apalagi untuk dibukukan seperti apa yang telah penulis realisasikan.


Tahniah Dell!!! 

Thanks Dell kerana sudi kongsikan pengembaraan Dell dengan kami.

"Duhai hidup! Kadangkala ada benda yang susah betul nak kau luahkan"
- Winter di Afrika by Paola Kira Ewusi hanya dengan membaca, kau akan mula mengenal jati diri sendiri 
lantas memahami perihal manusia lain.

Bacalah...dapatkan ia sekarang,

p.s: Bagi yang ingin dapatkan novel ini, sila hubungi beliau di https://www.facebook.com/zaila.ali

Grab it now!!!!

Me beside the writer and another friend, bersama-anak-anak.


"For the sake of African-Asian Unite, One love"

Sunday, May 10, 2015

My Mom Mother's Day Tribute...

Mak yang sentiasa cerewet tentang segalanya, yang perfectionist, menyediakan yang segala yang terbaik yang satu pun aku x boleh tandingi!!!
Mak terbaik treat kami same as the way we're still babies for her yang acapkali mengundang krisis yang sentiasa terjaga dari tidur kerana rindukan anak dan cucu yang masa mudanya menggalas senjata, selenggarakan tahanan selain menjinjing senduk.

Mak hebat, yang anak-anak still can't beat!! 
Mak kata aku keras hati  tu semangat "commando" yang terwarisi dari mak..ada masa rasa rimas diatur mak walaupun sedar itulah yang baik untuk kita..tapi, bila dah punya anak sendiri barulah sedar, apa rasanya seorang ibu yang mahu 100% kesempurnaan utk anaknya yang sudah pun membahagiakan kita dari lahirnya kita kedunia sampai saat dia perlu diampu sokong tika membuka langkah dijalanan..

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku. Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.

Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.

Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.

Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.

Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.

Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.

Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. 
Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.

Ya Allah, permudahkan lah dia ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari di hisab.

Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu

Selamat Hari Ibu, Mak...

Wednesday, March 4, 2015

This Time For Africa Vol 1 _ Our Nigeria Trip

This time for Africa

Tepat 11.50 am (local time) Lagos, flight kami Ethiopian Airways safely landed at Murtala Muhammad International Airport, Nigeria. 
Syukur Alhamdulillah. 
After almost 20 hours flight, including the transit period, sampai juga kami kesini.
Letih, gembira, cuak semuanya bercampur aduk.


I feel sooo tired...

Budak berdua ni excited sangat. 
Since long time, Nigeria yang “kental” ini, surrounding inilah yang buat diorang feeling at home.

Selesai uruskan luggage yang mana 1 for Mommy, 2 for twins and another 6 luggages is for daddy, kami berjalan keluar. twin daddy, daddy Mac has been waiting for us outside of the airport. 
He’s so happy to see us and so are we...

Kami check-in di Abidap Internationally Hotel, LagoS, it was a very comfy room, dengan ruang tamu kecil, master bed room with 2 bathrooms.

For the first time in my life. I experienced penggunaan generator for the whole life daily activities. It’s kinda exciting but stress juga bila electric kerapkali mati disebabkan power terputus.

Aircond pula at times terpadam dan hidup semula beberapa minit atau jam kemudian. 
Bekalan elektrik di sini tak dpt dinikmati direct 24 jam. 
Ada ketikanya, electric akan terputus dan power akan digantikan dengan penggunaan generator. 
So, yang agak berada dan mampu akan pakai generator but yang tak mampu akan hanya melakukan activity diorg dalam gelap atau lampu suluh. So far, pekan Lagos ni still ok, pekan yang sibuk dengan urusan harian terutama perniagaan.

Pemandangan asing yang amat mengujakan. 
Hiruk pikuk manusia menjalankan activity harian disini sangat unik dan asing for me, ini antara yang  menjadi sebab aku tak henti bersyukur kerana aku anak Malaysia and I born within the civilisation, kasihan mereka yang tak berpeluang menikmati arus ketamadunan yang kita cherish everyday, namun inilah dunia mereka. 

Unik 
Aku teruja.

2 hari menginap di Abidap International Hotel, kami dapatkan sebuah van sewa which they called it chartered bus untuk pergi ke Ondo State. 
There, where daddy membesar and Mac (kembar daddy) settled down as well. 
Mengerjakan sebuah kedai buku sejak 15 tahun yang lalu. Begitulah Mac mencari pendapatan buat keluarganya 
It is very famous book store within that residency.
He has 2 kids, a boy and a girl.

Kami tiba dirumah sewa yang telah diuruskan oleh Mac since before our arrival.
Rumah yang sangat cantik dan sangat selesa. Terlupa pula nak tanya Mac nama landlord rumah sewa kami, yang tahu diorang antara keluarga Muslim di territory ini. 
Bukan main happy diorang bila tahu kami, family Muslim yang akan menginap disini untuk beberapa bulan. 
Bilik sewa dengan tandas, bilik air dan dapur yang berasingan sangat bersih, selesa dan selamat buat kami satu family disini sepanjang penginapan kami. 
Daddy did his best for us and Mac juga sangat menjaga keselamatan dan kebajikan kami disini.

May Almighty God bless them in all ways….



Lebih banyak church yang kami lewati sepanjang kami melalui kawasan disini.. juga terdapat beberapa buah surau dan masjid kelihatan disana sini dan ramai juga penduduk Muslim yang kami temui

Masyarakat yang tinggal di luar bandar masih jauh ditinggal arus ketamadunan
Kagum dengan mereka cus they still manage to live their daily life dengan keadaan yang serba terbatas 
Bekalan electric hanya dinikmati sekali sekala dan oleh mereka yang afford tuk beli generator.
Yang kami beli untuk kegunaan kami disini berharga dalam average 30,000 (naira) tak semua mereka disini afford to have it.
Ada jugak nampaknya local people disini masih menggunakan telaga for the water supply.
Setelah 4 hari disini, isteri Mac which is my biras, his 2 kids and Aunty Felicia, kakak daddy telah kami temui.
They seems so happy to welcome me n the twins here.
what’s so great hospitality

Betul kata coach pada one of my classmate masa diploma dulu, which is a Nigerian to, masyarakat disini welcome their guest very well, they treat me like a queen
Segan jadinya

Hari kelima kami di Ondo, I received a helper to assist me for the house works,
her name is Precious, yang menariknya die pun dilahirkan kembar. 
Tapi kembar sepasang. It’s kinda blessed for twins cus maid yang jaga keperluan diorang sepanjang di sini pun twins jugak,
Mostly Precious akan tolong kerja such as basuh baju dan kerja dapur. 
That’s more than enough sebab kat sini Mummy tak de washing machine and gas stove.
Kata daddy, tak perlu beli since they having electricity problem here.
So hanya basuhan tangan dan masak dengan menggunakan dapur minyak tanah berikutan harga balang gas yang mahal for them here (town yang kami stay ni - Ondo)
Best tau masak pakai stove ni...macam main masak-masak.
Last tengok mak pakai dapur ni, circa 1986/87, masa gas habis.
 Tunggu gas tak sampai and perut dah lapar masa tu.

For the moment I typed this…my internet connection has failed.

Takde Facebook,
Takde What’s up,
Takde Instagram ,
Takde Wechat,
Takde Blog….
Takde semua!!!!!

Aku masih tak terbiasa dengan caj data syarikat telekomunikasi disini, top up memang top up
Tapi macam tak cukup langsung lolzz...

Maybe I should top up lebih atau aku yang jakun kot lollllllz

TV pun at times tak de signal lagi-lagi  bila hujan,
 Ini buat aku teringat keadaan ASTRO di Malaysia dalam 12-13 tahun lepas, ASTRO pun mcm ni jugak dulu.
.Di Nigeria, satellite diorang ada pelbagai, tapi yang kami register ni known as DSTV

Sambil meniarap atas katil,
 I just type this post and wish to post it on my blog whenever there’s internet connection dengan sabar!!!!

Kami di sini bukan di bulan cuti persekolahan, so, daddy hire a private teacher untuk ajar twins sepanjang twins berada disini. 
She a lady teacher and her name is taiwo. taiwo means twins in yoruba, lebih kepada the first twin

So,do you got what I’m trying to tell ya???

Yes it issss!!!!!!! 

She’s also twins, 
What a miracle right..subur sungguh orang kat sini hihihiii

There a lots of tribe yang Mummy tau dari pembacaan di blog dan internet,
tentang tribes yang ade kat Nigeria ni
But yang paling Mummy ingat ialah ibo, yoruba & housa.
Most ibo adalah penganut agama kristian manakala yoruba campuran dan housa pula mostly diorg adalah muslim. 
Dan ada juga yang menganut agama puak dan mungkin juga mengamalkan atheism, iaitu tidak menganut mana-mana agama.

The language that they’re using for their daily conversation pun berbeza mengikut tribe. 
Contoh yang Mummy dah belajar ialah bagi panggilan bagi "TWINS" itself, kalau dalam ibo they use to be called EJIMA yoruba pula they called TAIWO bagi someone yang dilahirkan kembar…itulah yang serba sikit Mummy dapat tahu dari teacher "Google", kalau salah harap maaf!!!

We’re absolutely happy that we can come to this very place…tempat dimana daddy membesar. I’m soooo so blessed in every way of my life.

Thank you ALLAH

4th July 2014…
Ramadhan in Ondo State

It’s almost a week dah umat islam berpuasa. 
Masyarakat Islam kt sini menjalankan ibadah puasa mereka secara sangat bersederhana.

There’s no pasar Ramadhan or lambakan makanan as the way we Malaysian muslims celebrate it in our place.
 Insaf sangat bila fikir betapa kita “melebih2” dan sering kurang bersyukur dan merungut.

Thank you ALLAH…you gave me chance to b thankful of my life through this way 
Thank you Thank you Thank you ALLAH

We might be travelling to anambra state to  visit Mama and the other family members.
 I’ll share my journey and it’ll be soon.

Till then....

Monday, December 1, 2014

20 Fakta "Istimewalah Sangat" Tentang Aku...

Since terbaca blog penulisan Si Odah bff ITTAR ku di http://uptotheeaves.blogspot.com/2014/11/fakta-istimewa-muntoh-tentang-aku.html, aku pun sepenuh hati rasa tertarik ingin mengarang perkara yang sama  mohon kawan2 readers jangan muntah yer hehehe...

This is absolutely just for fun...takde makna apa-apa pun melainkan untuk kenal diri sendiri dengan lebih jelas..

Ok, here is the:-

20 fakta "Istimewalah Sangat" tentang aku... 

  • Aku suke warnΓ  biru violet
  • Aku suka novel/film genre seram,travel & living, historical
  • Suka membaca n ceduk idea2 yg bisa mencetus inspirasi secara personal
  • Suka Western/Chinese/Japanese cuisine (soup & grill)
  • I'm totally a paranoia/over protective mom..
  • Pendendam
  • Cepat simpati & but a good listener
  • Suka sangat tolong orang tapi susah nk minta tolong orang
  • Suka tidur (sambil gentel bucu bantal kat bibir)
  • Pernah tulis cita-cita aku bila besar nanti ialah ingin menjadi seorang penulis/wartawan [dalam fail maklumat murid TMGS (Primary) masa tu Cikgu Mahani Mohd Shariff guru kelas aku.


Tp tak pernah berhasil menulis...kerana,


  • Mudah putus [as relate to low self-esteem]
  • Mempunyai impian nak pijak bumi Europe seawal umur 14 thn tp still xsampai lagi, cuma berkesempatan menjejak beberapa negara di Asia dan Afrika sahaja.
  • Boros giler bab makan
  • Quick tempered tp loving
  • Not pet friendly at all, tp suka bagi haiwan makan cus percaya yang haiwan bisa mendoakan     rezeki utk care-taker mereka
  • Believe in luck & karma
  • I hate wedding occasions...(semenjak 2 menjak ni)
  • OF COURSE I'm an amatur pejuang anti-racism worldwide
  • Super ringkas human being and at times malas giler
  • Punyai childhood moment yg super independent dan tak berapa best relate to my mom yang     bekerja ketika itu buttt....I'm quite genius masa kecil dulu (tadika-std 2) cus boleh membaca dari umur seawal 4 tahun tapi merudum hampeh start dr drjh 4 sebab malas buat homework & exercises.. (selalu kena hambur dengan Miss Tan sebab malas buat homework Maths)
Tu je kot..ke ade lagi???
Haishhh takyah lah,cukuplah 20 kan :)
Okbai....

Karya

Dalam kelainan..
Adakala aku alpa,
Adakala aku terlupa yang aku tidak boleh sama,
Adakala aku tersasar,
Tetap melakukan yang salah walau tahu ia salah..
Dalam ketika kugenggam erat pendirian yang hidup ini bukannya perlumbaan,
Tetap aku terlupa masih menjeling kanan dan kiri mencari beza...
Siapa sudah kedepan dan siapa harus ditandingi,
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...

Mencari dan terus mencari arah cahaya...
Agar jalan yg dilalui kurang durinya,
Sambil berjalan tusukan duri ditepi pula menyambar..L
Luka,
Terus berdarah..hancur kulit dan isi.
Baiknya kalau duri memahami...buka laluanku agar kurang teruji.
Aku bukan malaikat...bukan juga nabi.
Hatiku rapuh bisa saja hancur bertaburan jika salah caranya...
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...


Tuhan,
Bantu aku bantu "itu..keadaan itu.."
Terangkan samar2 jalanku agar aku terpandu untuk memandu...
Hantarkan sedikit simpatiMu
Kurniakan aku keajaibanMu..
Sungguh aku perlukan itu,
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...

Ku merangkak mencari cahaya,
Terkadang kudapat cahaya itu..terkadang jauh ianyanya sirna,
Tika itu berdarah tubuh tercalar..namun langkah tetap melangkah..cari lagi cahaya.
Harapkan diri ini teguh..terus menggalas.
Terus genggam..namun untuk lepaskan tidak sekali.
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...


27hb Oktober 2014
Nurulhasni (Udems) Abu Hassan
8.30 mlm
Atas Sofa Ruang Tamu Rumahku.......