I fall, I rise, I make mistakes, I live, I learn, I've been hurt but I'm alive. I'm human, I'm not perfect but I'm thankful..
Sunday, October 3, 2021
We Have Had Our Covid-19 Vaccine #PfizerClan
Sunday, February 21, 2021
2020, COVID-19 & MY LIFE
Hola guys..
Its has been long that I didn't update this blog as year 2020 has been so rough to everyone, without us realizing. Laju je masa berlalu kan?
All is because of this wicked pandemic called Covid-19.
Lost of income, moved house, loved ones stranded oversea almost 1 year, name it, Semua pun I have been through. Honestly, mom and dad was my backbone. they have been my support. Lead my ways sampai takde ruang nak rasa down dah.
I'm positively in the good state of mind even mula-mula selalu kena migraine and anxiety attacked.
For the first 4-5 months of MCO, I have been selling variety of kerepek popia such as popia pedas, popia cheese and popia nestum. It helps my expenses for that 4-5 months. After 7 months buat bisnes tu sambil manage twins, hantar them to their campus after 3 months MCO finished, sampailah the 2nd CMCO they need to be back for home online class and finished their 1st semester December end.
Now we're almost going to March.
Husband's flight cancelled again, his mytravelpass will be expiring before April end. How lah? Just wait and see. I'm fully positive eventhough kids and I miss him crazily. we're fine with all these nowadays technologies and such.
Been in Taiping since January, I stopped my kerepek popia production and starting my new business. started from early February.
See you next writes up lovelies!!!
Saturday, October 26, 2019
Teknik Relaksasi Ketika Diserang Anxiety & Panic
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah tinggi, penyakit jantung atau susah hendak tidur, sakit kepala dan asma.
Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, regangan & gambaran dalam fikiran (Imagery)
- Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
- Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
1) Melakukan teknik pernafasan dalam adalah teknik asas yang pertama. Ianya dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam. Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
Cuba praktikkan untuk beberapa minit antara 3 ke 4 kali sehari atau apabila pesakit merasa tegang dan tertekan.
Cara-cara menarik nafas yang betul ialah:-
- Duduk dan letak kedua belah tangan pesakit dengan erat dan selesa di atas perut.
- Pastikan otot perut dalam keadaan rehat.
- Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
- Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya
Kemudian cara-cara menghembuskan nafas:-
- Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana kedua belah tangan masih diatas perut.
- Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
- Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan.
- Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut (ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)
2) Teknik asas kedua ialah gambaran dalam fikiran (Imagery). Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda. Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.
Apabila anda ingin melakukan teknik relaksasi adalah amat penting untuk anda:-
- Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
- Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
- Jangan biarkan pesakit bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi.
- Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
- Bangun perlahan-lahan apabila sudah bersedia.
Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan.
- Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks.
- Cuba mengenalpasti punca stress atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
- Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal stress pesakit
Kredit: http://www.myhealth.gov.my
Anxiety Disorder And Me
My October 2019 DASS test result.
|
As predicted pun.
As my own experience - panic attack happen due to anxiety, tak sure pula if it can be in other way around.
![]() |
| 19 Ogos 2018, lepas post status ni few hours, terus kena panic attack and dikejarkan ke ER |
Got this info from my previous reading.
Lega.
I bought it for only about 5-15 RM.
Thank God, berkesan guys.
Monday, September 2, 2019
Monday, June 17, 2019
Happy Father's Day Abah
Monday, April 1, 2019
You'll Never Walk Alone
12 Years A Slaves - Black History Is More Than The Slavery
Since this film is classified as 18 years and above, they certainly need serious explanations.
My daughter and I - we like to chat about all issues, we almost have no secret, and tonight we talk about black descent slavery and history.
There was anger, hatred and dissatisfactions within themselves.
Its ain't selective biased, but more likely a sharing of the "knowledge of history" and by getting some of it may change how we view racism and children nowadays were better at identifying historically true events (in this case, this film is kind of the imagery they can ever imagine/refer to)
To give kids a fighting chance of living in a more equitable society, we need to broaden what is considered important to impart to our children so that the view reflected in the racially-biased policing, violent hate crimes and the absurd resistance to permanently bringing down racism which might plays out beyond their daily life. It’s time to stop propagating the myth of who ever as the only true and dominant one of our past and present, black history is bigger than slavery.
This is such a great masterpiece, it was not only moving, it was also inspirational.
❤No one knows what life may bring
❤We’re very lucky and blessed
❤There are still good people out there
❤Hope will keep us alive and moving forward
There's still many more to talk to make them understand as my goal was to increase the sense of black pride and spirit within themselves at a time when not too many took notice of the black community in Malaysia (and the world) except to dwell upon the negatives.
I want them to be proud of the African descent in them and fight for their right as an Asian as well, unique and authentic blasian blend ✌😊
Sunday, March 31, 2019
Pentingnya Sarana Keibubapaan Dalam Membesarkan Anak Afro Asian Di Malaysia
Di Malaysia, antara cara paling mudah untuk sebarkan apa pun bentuk kesedaran adalah bermula dari sekolah.
Ini kerana membentuk nilai murni dalam jiwa anak² yang naif lebih mudah dari mendidik orang tua yang berakal.
Untuk afro-asian Mom yang menghantar anak² ke sekolah kerajaan (kerana anak yg bersekolah swasta kurang tekanan begini)
Kukuhkan sarana keibubapaan antara ibubapa dan pihak sekolah.
Pastikan guru² dan pihak sekolah berkerjasama dlm usaha memastikan tidak ada buli emosi terhadap anak² afro-asian yg merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh anak afro-asian disekolah kerajaan (buli emosi) dari dipandang pelik (kerana fizikal yg berbeza terutama rambut) hinggalah dipanggil dengan panggilan negro (ini paling 'taboo') dari situ sedikit demi sedikit self confidence mereka akan lenyap dan mereka lebih memilih untuk mengasingkan diri dari bersosial dengan rakan sekolah.
Dengan hanya bersuara sesama kita sudah pasti mesej ini tidak akan sampai pada 'target'.
Kukuhkan sarana, cipta hubung baik dengan guru² dan pihak sekolah (bukan hanya dengan complain) kerana dari situ kita akan dapat platform yang kukuh untuk sebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan komuniti anak² kita di sini, sering sertai aktiviti² yang pihak sekolah anjurkan dan berkomunikasi secara proaktif sekiranya timbul apa² isu terkait seperti yang disebutkan diatas.
Jangan sesekali ajarkan anak kita untuk bersabar (dipanggil negro) tapi ajar mereka agar tidak putus asa untuk mendidik masyarakat kenapa mereka tidak patut/tidak boleh dipanggil negro dalam masa yang sama ajarkan mereka untuk imun dengan panggilan tersebut (demi kekuatan mental)
Pihak sekolah yang menerima pelajar afro-asian perlu sensitif, perlu ada rasa empati dalam memastikan pelajar ini mendapat persekitaran pembelajaran yang membantu dari segi emosi. Seharusnya pihak sekolah mengambil serius tentang buli emosi yang mungkin terjadi terhadap kumpulan minority anak² kita disekolah kerajaan.
Ibu², bersemuka dan minta lah kerjasama serta bantuan guru² untuk memastikan mesej kita sampai pada masyarakat. Malaysia perlu tahu yang negro adalah panggilan yang ofensif buat kaum kulit hitam Afrika. Lebih baik mereka dipanggil "hitam" atau "afrika" dari dipanggil negro.
Mana lah tahu, akan terdidik ibubapa dari mesej yang dibawa balik anak² mereka dari sekolah 😊✌
Mudah-mudahan saja...
boleh rujuk artikel berkaitan sarana keibubapaan disini ✌
Friday, March 29, 2019
PowerQ Application For Easy Queuing (at Putrajaya Immigration Department)
Ada ketikanya terjadi dimana kita diarahkan pulang dan datang keesokkan hari kerana kaunter no giliran telah pun ditutup untuk hari tersebut, pasti perkara seperti ini sangat menyakitkan hati bukan? Kalau (rumah) dekat takpelah, ni dari KL ke Putrajaya contohnya. Memang nak marah je lah kan.
Untuk memudahkan kita, sebuah aplikasi telefon pintar telahpun dicipta untuk tujuan mempermudahkan proses giliran untuk urusan visa renewal pasangan kita (non malaysian)
| Aplikasi powerQ boleh dimuat turun dari play store |
Aplikasi yang dinamakan powerQ, adalah satu aplikasi yang dapat memudahkan serta secure kan slot/giliran kita agar kehadiran kita ke pejabat imegresen pada hari tersebut tidak sia².
"No more hassle to turn up early just to get a queue number"
PowerQ membolehkan kita menguruskan proses pembaharuan (renewal) visa pasangan supaya lebih cepat, mudah dan membolehkan kita menetapkan masa berurusan mengikut kesesuaian dan keselesaan kita sendiri.
Antara kemudahan yang boleh didapati ialah:-
- Tempahan segera (within minutes)
- Nombor giliran yang tepat & mudah.
- Memo terkini dari Jabatan Imegresen.
- Mudah semak (temujanji sebelumnya)
Buat masa ini, powerQ hanya terguna pakai di bahagian Visa, Pass & Permit, Jab. Imegren Malaysia, Putrajaya sahaja.
Iaitu di bahagian:
- Social Visit Pass (Extension)
- Long-term Social Visit Pass - Spouse of Malaysian (Interview Appointment by Immigration)
Difahamkan, sistem aplikasi powerQ ini akan di perbaiki dari masa ke semasa dan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan dari aplikasi ini akan di umumkan sedikit masa lagi.
Here, I share apa yang perlu kita as a user buat ketika hendak membuat number booking untuk temujanji.
| Step 1: Klik services |
| Step 2: Klik Long-term social visit pass level 3 |
| Step 3: Klik OK |
| Step 4: Pilih available date |
| Step 5: Klik BOOK |
| ..and, tadaa, your booking is done 😊✌ |
Harap membantu...
![]() |
| Scan QR code booking slot dekat lampu merah tu macam yang selalu kita buat kat barcode scanner/price checker machine kat shopping mall 😊 |
Diam
Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...
-
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah ...
-
Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...


























