Wednesday, October 30, 2013

Mengenalpasti Komponen Ciri Anak Serta Analisa Potensi Mereka Dengan Kaedah NUMEROLOGI

Oleh: Nurulhasni Binti Abu Hassan

Dalam mendidik anak-anak,kita perlu banyak bersabar dan sabar pula memerlukan ilmu DAN perlu dilatih. Untuk mendidik anak-anak dengan efektif,kita perlulah mahir dan bijak untuk mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Di seminar tersebut,saya telah diberi pendedahan mengenai satu kaedah/kemahiran untuk mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta kaedah menganalisa potensi diri mereka melalui TARIKH LAHIR yang dikenali sebagai KAEDAH PENGIRAAN NUMEROLOGI @ penomboran meta fizik oleh ROSLINA JANTAN @ HUSSIAN dari ESOURCE TRAINING & CONSULTANCY.

Kaedah ini sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan oleh kita untuk mengenal anak-anak kita malahan penggunaannya adalah sangat meluas hatta keatas diri kita sendiri bagi tujuan mengenalpasti corak perwatakan, tingkah laku, kekuatan serta kelemahan serta kawasan zon kecenderungan penyakit.

Ianya digunakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah atau isu. Kaedah ini merupakan sebahagian dari sains psikologi tingkah laku.

Konsultasi ini akan memberikan impak maksimum  kerana seseorang itu akan dibawa menjelajahi setiap tingkah laku, perwatakan, kekuatan serta kelemahan mereka. Ini secara tidak langsung akan memberikan perspektif yang jauh berbeza kepada pelanggan mengenai tahap potensi diri kita sebagai individu khususnya.

Tetapi di laman ini,saya hanya berhasrat untuk memberi fokus penuh kepada kaitan kaedah NUMEROLOGI dalam mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka secara berasingan yang mana kaedah ini sebenarnya terlibat secara lebih meluas dalam kehidupan seseorang individu tidak kira umur dan status mereka.

Perlbagai pendapat dan tanggapan daripada umum mengenai numerologi. Ianya sangat kontra pendapat yang datang daripada mereka yang bersifat liberal dan islamik. Ada yang berpendapat ianya syirik kerana ia umpama mempercayai tilik nasib atau ramalan. Mungkin artikel Di Link Ini....Klik Disini !!! dapat memberi sedikit pencerahan.

Tetapi pada hemat saya,kaedah ini adalah tidak lebih hanya dari salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah diri.

Menurut Roslina,setiap "BODY" (badan) ada "ENERGY" (tenaga) nya yang tersendiri iaitu :-
  • Akal
  • Emosi
  • Hati
  • Jiwa
  • Nafsu
Tenaga ini pula terbahagi kepada tenaga zahir (fizikal) dan batin (mental),sebaik-baik waktu untuk ibubapa menegur, menasihat mahupun bertanyakan permasalahan kepada anak-anak adalah ketika tenaga zahir dan batin mereka bersatu contohnya ketika berehat, bersantai, bergurau, bersahaja dan seumpamanya. Ini bertujuan memberikan persekitaran tenang yang membolehkan batin anak tersebut membenarkan input melalui zahirnya secara telus. Maka,komunikasi 2 hala antara ibubapa dan anak tersebut akan berhasil dan membawa kesan yang positif.

Tenaga-tenaga tersebutlah yang mewujudkan pelbagai reaksi antara positif dan negatif dalam diri anak-anak kita. Apabila potensi mereka dapat dikenalpasti maka mudahlah kita untuk menangani serta membesarkan mereka dengan baik. Sebaik-baik kaedah berkomunikasi dengan anak-anak adalah dengan menggunakan kaedah diplomasi. Ini akan membina rasa yakin,hormat dan setuju anak kepada kita sebagai ibubapa.

Dibawah Adalah Cara Pengiraan Numerologi

Contohnya:-

Tarikh lahir anda ialah 6/5/1986

6+5+1+9+8+6=35
3+5 = 8

Maka nombor kod asas anda adalah 8.



Sifat peribadi mengikut nombor kod asas numerologi seseorang individu:

Individu Nombor Kod Asas 1

Pro:
Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan
Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra:
Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan:
Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Individu Nombor Kod Asas 2

Pro:
Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra:
Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Individu Nombor Kod Asas 3

Pro:
Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra:
Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Individu Nombor Kod Asas 4

Pro:
Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra:
Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro:
Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra:
Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro:
Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra:
Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Individu dengan Nombor Kod Asas 7

Pro:
Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra:
Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro:
Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra:
Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Individu dengan Kod Asas 9

Pro:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra:
Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Maklumat lebih lanjut??? Klik lah saya !!!

"Sarana Ibu Bapa Kearah Keberhasilan Transformasi Pendidikan Negara"

Oleh: Nurulhasni Binti Abu Hassan

Perkongsian saya dari Seminar Keibubapaan Kebangsaan Peringkat Negeri 2013 yang telah saya hadiri pada 26hb Oktober 2013 anjuran Majlis Kaunseling Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Yayasan Pelajaran MARA

SARANA KEIBUBAPAAN
  • Sarana bermaksud "alat" (toolkit) yang digunakan (untuk mengajar) bagi mencapai/melaksanakan teknik mengajar secara khusus.
  • Sarana ibubapa adalah platform paling baik bagi meningkatkan pembelajaran anak-anak disekolah dan menarik komuniti/swasta untuk menyumbang dana/masa/tenaga atau seumpamanya.
  • Sarana ibubapa membolehkan ibubapa membuat sumbangan kepada pihak sekolah secara efektif.
Langkah ini diambil bagi meningkatkan penglibatan ibubapa dalam usaha kearah transformasi pendidikan negara. Ibubapa digalakkan untuk terlibat secara umum dalam sistem pembelajaran anak-anak disekolah khususnya ini kerana dalam menjamin keberkesanan dan keberhasilan rancangan kearah merealisasikan proses transformasi ini,PIBG dan sekolah perlulah seiring. Penglibatan ibubapa adalah sangat penting kerana masa anak-anak bersama ibubapa (dan komuniti) adalah 85% berbanding masa mereka disekolah yang hanyalah dalam kadar 15%.

LANGKAH-LANGKAH MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIHAK SEKOLAH) KEARAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG BERKESAN

Antara langkah yang terlibat adalah:-
  • Komunikasi
  • Keberadaan (Kehadiran)
  • Penglibatan
  • Sentiasa Berhubungan
  • Berilmu
  • Berkawan
Komunikasi yang baik adalah komunikasi lancar 2 hala antara PIBG/komuniti dan pihak sekolah.

Kehadiran ibubapa di sekolah adalah sangat penting dalam menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri mereka secara efektif didalam kegiatan disekolah.

Penglibatan ibubapa yang aktif dan progresif disekolah akan menghasilkan anak yang positif dan ceria. Oleh itu ibubapa akan mendapat faedah dan lebih banyak maklumat yang telus mengenai guru-gur dan sekolah.

Sentiasa berhubungan antara ibubapa dan guru. Faedah yang diperoleh daripada ini ialah ibubapa akan peka dan sentiasa mendapat maklumat mengenai program dan aktivit yang dibuat oleh pihak sekolah serta ibubapa akan saling mengenali dan ukhwah yang mesra dapat diwujudkan disini.

Berilmu adalah perkara paling utama yang perlu ada pada setiap ibubapa agar dapat sama-sama pihak sekolah dalam usaha mendidik anak-anak tidak kira disekolah mahupun dirumah.

Berkawan dengan kawan anak-anak serta keluarga mereka. Ini supaya wujudnya hubung baik antara ibubapa,maka sesuatu maklumat tentang program dan aktiviti sekolah mudah disebarkan. Dengan ini,aktiviti-aktiviti sekolah yang memerlukan penglibatan ibubapa dapat dijalankan dengan sokongan yang padu dari semua pihak.

Berikut adalah contoh perkongsian daripada AJK S.M.Setiawangsa dalam mewujudkan hubung baik antara pihak sekolah S.M.Setiawangsa dan AJK dan ahli-ahli PIBG sekolah tersebut:-


  • Membina galeri PIBG
Pihak pentadbiran sekolah ini telah menyediakan sebuah bilik/ruang kepada PIBG untuk dijadikan sebuah galeri yang mana ia dijadikan sebagai pusat operasi dan maklumat khas aktiviti PIBG.
  • Mewujudkan rangkaian telekomunikasi PIBG
Cth: facebook,whatsapp,wechat dan seumpamanya. AJK sekolah ini,telah mewujudkan rangkaian AJK PIBG Group yang mana ia telah membuka ruang kepada ibubapa dan guru-guru untuk berbincang tentang apa-apa maklumat diluar waktu mesyuarat. Ini akan mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru secara tidak langsung. 
  • Meaktifkan penglibatan ibubapa dalam setiap aktiviti semaksima mungkin 
Pihak sekolah ini telah mengadakan kelas tusyen malam dan kelas mengaji dengan melibatkan sumbangan kepakaran dari ibubapa.

Cth: Ibubapa yang mempunyai kepakaran akan menyumbangkan masa dan tenaga bersama-sama guru contohnya menyumbang tenaga sebagai tenaga pengajar,jurulatih,penasihat dan seumpamanya didalam aktiviti yang dijalankan. Terdapat ibubapa yang terlibat secara langsung contohnya sebagai pemimpin pasukan coral speaking sekolah tersebut. Mungkin juga ibubapa yang punya kepakaran contohnya dalam tarian dapat menawarkan diri untuk mereka langkah tari (kareograf) untuk pasukan tari sekolah tersebut. 
  • Program Antarabangsa
Pihak SM Setiawangsa dan PIBG telah menjalinkan program bersama sekolah-sekolah antarabangsa dari negara luar seperti Thailand contohnya,ini bagi menjalinkan hubungan antara sekolah mereka dengan sekolah dari luar negara bagi tujuan perkongsian maklumat dan kemahiran agar mereka dapat belajar banyak perkara secara lebih meluas.

Sekian


: : :__________________________________: : :




Monday, September 30, 2013

Glad That I've Finally Met Renee ~


:: 29th September 2013 ::

Finally I get the chance to meet Renee & Ismail Evans,
 within their transit (KL-Perth) at KLIA before flights
They have been here for a week for a holiday in Penang to spend their honeymoon.


Took this picture right after sending them to the airport. 
Wish we can spend more time for the future.



It's a pleasure to meet you at last....



Renee & Ismail - on the plane
 returned home


Two cute baby Kangaroos FROM AUSSIE  in d house
 
 Thanks Renee for the gifts


Sunday, September 22, 2013

Disleksia PART II ~ Sungguh Aku Bersimpati Dengan Mereka....

Artikel ini aku tulis tribute untuk sekian kalinya buat "The girl that I care so much" dalam post 
Sering kita baca artikel-artikel tentang disleksia yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. 
Disini, izinkan aku coretkan sedikit ilmu untuk dikongsi, berdasarkan pembacaan dan pengalamanku agar difahami dan bisa mengundang rasa simpati dan peduli kita kepada golongan yang menderita dalam diam ini....

Disleksia,

Apakah itu disleksia?

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa.

Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis.
Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.

Bagaimana kita boleh mengenal seseorang itu menderita disleksia?

PERTAMA sekali perlu kita semua jelas,disleksia ini BUKANLAH PENYAKIT!!!!
Mereka dilahirkan disleksia kelihatan normal,sama seperti insan lain (yang normal) malahan sukar untuk kita menangkap/mengenal adakah seseorang individu itu disleksik ataupun tidak.
 Di sekolah golongan ini dapat dikesan bila didapati mereka mempunyai masalah yang agak kritikal dalam bidang akedemik.
Sukar membaca (ada yang tidak pandai membaca hingga berumur 12 tahun),bermasalah untuk memahami apa yang diajar,bermasalah untuk menghurai semula maklumat yang diterima,keliru antara kiri dan kanan,b dan d,p dan q dan seumpamanya,tulisan tangan yang comot,langsung tidak faham apa yang guru ajar walaupun guru baru selesai mengajar beberapa saat yang lalu.

PASTI MENGUNDANG KEMARAHAN BUKAN???

 Bagi yang kering hati akan menganggap golongan ini golongan yang lembab dan bodoh serta tiada masa depan.

ASTARGFIRULLAH....

sungguh kumohon,jangan ada diantara kita yang berfikir/berperasaan demikian kerana sesungguhkan kita tidak memahami akan derita yang mereka perlu tanggung.
 Sesunguhnya mereka ini boleh dibantu jika betel caranya.


Maklumat didalam rajah diatas menerangkan :-

Disleksia adalah permasalahan yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut :-

  • Membaca
  • Mengeja
  • Mendengar
  • Menulis
  • Kegiatan Harian
  • Memori/Ingatan
  • Kawalan Motor
 

PERMASALAHAN MEMBACA
  • Perkataan yang dibaca seringkali terlompat/bertindih atau hilang.
  • Perlu ulang teks yang dibaca. 

PERMASALAHAN MENGEJA
  • Keliru dengan bunyi huruf yang seakan-akan sama.
  • Keliru dengan bentuk huruf yang seakan-akan sama.
  • Sukar menangkap bunyi huruf.
PERMASALAHAN MENDENGAR 
  • Mudah terganggu dengan bunyi yang datang sekeliling (ketika belajar)
  • Sukar mengambil nota yang diberi oleh guru/lecturer
PERMASALAHAN MENULIS
  • Sukar menentukan ayat/perkataan yang tepat
  • Sukar meluahkan idea bertulis
  • Sukar menyusun/merencanakan/menulis suatu struktur perkataan/ayat 
PERMASALAHAN DALAM KEHIDUPAN DAN AKTIVITI HARIAN
  • Sukar menyatakan masa/jam
  • Mudah sesat/hilang arah (lost)
  • Keliru antara kiri dan kanan
PERMASALAHAN MENGINGAT/MEMORI
  • Sukar untuk mengingati tarikh.
  • Sukar untuk mengingati sesuatu yang bersifat berturutan seperti nombor telefon,huruf dan jadual.
PERMASALAHAN KAWALAN MOTOR
  • Sukar menyalin/menulis dengan cepat
  • Sukar menyelaras/mengkoordinasikan/menyusun (fizikal dan mental)

Merujuk kepada maklumat diatas,jelas sekali penderita disleksia sangat "struggle" dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Antara sokongan yang boleh kita berikan kepada mereka yang menderita disleksia  :-

DARI IBUBAPA
  • Sering memberi sokongan moral serta semangat terhadap mereka.
  • Tahap sabar paling maksima amat-amat diperlukan didalam diri setiap ibu bapa. 
  • Sokong minat anak-anak atau paling tidak,sediakan satu kursus kemahiran seperti bakat atau sukan dari mereka kecil dan elakkan memberi alasan untuk tunggu dan lihat apa minat mereka. Ini kerana anak disleksia sangat memerlukan pimpinan dan sokongan.
  • Bergembiralah sentiasa dengan mereka
  • Hargai dan pujilah setiap usaha mereka (walaupun terpaksa berbohong)
  • Tanam keyakinan agar self-esteem mereka akan meningkat.
  • Gilap kebolehan mereka ke tahap maksima.
  • Sering lakukan aktiviti luar sambil mengaitkan segala-gala disekeliling kehidupan kedalam setiap isu yag diperbincangkan. 
  • Ibu dan bapa harus seiring dan sama-sama saling menyokong usaha dalam membentuk masa depan anak-anak
DARI GURU-GURU
  • Tahap sabar paling maksima amat-amat diperlukan didalam diri setiap pelajar yang dikesan disleksia
  • Elakkan memarah,memaki,menghukum (baik mental,emosi mahupun fizikal)
  • Memberi kelonggaran dari segi disiplin dalam masa yang sama tegas agar mereka fahami pentingnya mengikut peraturan.
  • Buatlah apa pun agar pelajar ini bahagia,gembira dan teruja untuk kesekolah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan ibubapa agar mudah melakukan komunikasi dua hala demi kebaikan pelajar tersebut
  • Elakkan men"double-standard"kan pelajar-pelajar disleksia dengan pelajar arus perdana disekolah.
DARI MASYARAKAT SEKILILING DAN KELUARGA TERDEKAT
  • Masyarakat perlu ada rasa simpati dan empati,terhadap mereka yang menderita disleksia mahupun keluarganya (terutama ibubapa). Tiada siapa dimuka bumi ini sanggup melihat anak yang dilahirkan bermasalah tidak kira mental mahupun fizikal. Jadi,sebagai masyarakat janganlah kita menambah seksa dan tekanan mereka dengan mengkritik tentang tingkah laku,pencapaian anak mereka dan cara mereka memberi pendekatan kepada anak-anak ini kerana sudah pasti mereka ada cara tersendiri bagi memastikan anak mereka mampu berdikari seperti anak-anak normal lainnya.
  • Tidak kiralah siapa kita,nenek,datuk,mak cik,pak cik,kakak,adik,abang,kawan mahupun sesiapa kepada mereka,jangan kita tambah tekanan dan derita mereka kerana sesungguhnya mereka (terutama ibu) sering merasakan mereka telah gagal menjadi ibu yang baik walaupun luaran mereka nampak kuat.

Konklusinya,

KASIHANILAH MEREKA.......


Di Malaysia, anak-anak disleksia yang dikesan dari peringkat pra sekolah/sekolah rendah akan ditempatkan
dibawah Program Pendidikan Khas Integrasi.
Di sini mereka akan diajar mengikut tahap kemampuan mereka untuk menyerap segala maklumat yang diberikan. Antara latihan yang mereka perlu ialah latihan bagaimana untuk menguruskan diri dan emosi kerana mereka sangat lemah dalam hal berkaitan.
Dengan ini,ibubapa haruslah redha dan jangan menidakkan hak anak-anak ini untuk mendapatkan pendidikan khas atas sebab malu atau tidak mahu anak mereka ditempatkan bersama anak-anak OKU disekolah khas yag telah Kementerian Pendidikan Malaysia wujudkan.


Wednesday, September 11, 2013

"KiDzAnIa" School Trip



They went to KiDzANiA school tripp last Wednesday...
They had sooo much fun....

 

Kidzania ni mcm a small town yang di cipta khas untuk kanak-kanak. 
Di sini mereka boleh jadi Polis, Peguam, Posmen, Doktor, Juruterbang, or whoever they wanna be.
 Kidzania asalnya dari Mexico diwujudkan dalam tahun 1996 oleh Xavier Lopez with the purpose untuk memberi keseronokan kepada kanak-kanak.
 To let them feel and experience pengalaman sebenar.
 
Here,they can learn how to manage life like a real one. 
For an example kids nak attend art class, driving class, or nak belajar tentang anything
they need to pay for it, bila bekerja mereka akan di bayar gaji,
 macam kehidupan sebenar kita di dunia realiti org dewasa 



Had umur bagi kids yang nak masuk Kidzania ialah antara 4-14 tahun.
They can choose among 90 jobs/services from 60 companies manakala kids bawah umur 4 tahun pula akan ditempatkan ditempat khusus di tingkat Mezzanine yang di panggil "Urbano House".



Di Kidzania adanya currency mereka sendiri yang di panggil Kidzos,
exactly like a real world which u need to spend ur kidzos for any transaction in ur kidzania world.
 What's so fun more when they even can open an account at CIMB untuk menempatkan Kidzos mereka.
Fun rite????

But its only laku kt kidZania je la....


Di kidZania,kiddos di ajar untuk lebih independence,
they'll decided for all their wants, needs and desires.
All parents and kids will be provided with something like a wrist watch yang berfungsi ala-ala GPS supaya parents mudah untuk tahu dimana kedudukan anak ketika berada di Kidzania.

Di KidZania juga,wang tidak boleh dibeli. 
Jika anak-anak ingin kan sesuatu,they have to work for kidzos...




Every kids akan diberi sekeping cek yg bernilai 50 Kidzo.
Then,they have to go to the bank n tukar cek tu kepada duit. 

Selepas tu bermula la kehidupan mereka didunia KidZania....

Wednesday, July 31, 2013

Start New Life kat UK??? Research...Research!!!!!

Job??? Tapi Non-Profesional,,,Apa cara yang betul erk? There you go,some reference dari frens yang dah migrate and travellers blog ;)

Sukar untuk diberitahu apakah cara yang betul untuk mendapat pekerjaan di UK kerana tiada cara yg boleh dikatakan salah. Yang penting kita perlu ada dokumen yang sah seperti visa, permit kerja dan permit penduduk.

Jadi sekiranya hendak bekerja di bidang non-professional seperti di kilang, pelayan kafe, tukang cuci, pemetik buah dan sebagainya, sukar untuk anda mencari kerja tersebut melalui internet kerana kebanyakannya dipegang oleh ejen pekerjaan.

Jadi cari ejen pekerjaan bagi membantu anda. Atau anda boleh pergi dulu ke UK secara sementara dan cari pekerjaan. Setelah anda ditawarkan pekerjaan anda harus pulang balik ke Malaysia dan mohon lah visa utk bekerja. Jadi permohonan visa anda akan diluluskan sekiranya awak menunjukkan surat tawaran pekerjaan kepada pihak kedutaan. Setelah itu baru anda boleh pergi semula ke UK dan bekerja.

Untuk berhijrah bukanlah mudah..apatah lagi bersama keluarga dan anak2. Lagi pula hendak bekerja di bidang non-professional maka lagi sukar.

Cara yang paling mudah adalah cari kawan yang sudah bekerja disana, mintalah bantuan mereka untuk bekerja sekali dengan mereka. Jadi minta majikan mereka menawarkan pekerjaan kepada anda. Oleh itu majikan akan menguruskan segala dokumen dan permit anda. Apabila siap anda boleh terus datang dan bekerja.

Itu adalah cara yang paling jimat dan selamat. Sekiranya menggunakan ejen maka anda perlu mengeluarkan modal sekitar RM10-RM20 ribu untuk tujuan tersebut.

Sila google untuk mengumpul maklumat sedetail yang mungkin. Boleh layari laman web ini utk tengok peluang pekerjaan yg ada. http://www.anyworkanywhere.com/

Sekolah Di UK

Untuk daftar sekolah anak , mula-mula pergi ke sekolah yang berdekatan. Tanya tentang kekosongan tempat kat situ. Lepas itu pihak sekolah akan minta kita hubungi City Council untuk daftar. Wakil dari City Council datang ke rumah untuk interview tentang particulars anak-anak kita. Masa wakil City Council datang,kena lah ready passport anak2.Tapi borang semua dia yang isikan kita cuma tinggal sign aje bila dia dah siap isi. Masa ni kena maklumkan kat mereka sekolah mana yang kita nak. Kalau ada betul-betul kosong mereka akan letakkan anak kita kat sekolah tersebut. Lepas meeting di City Council, baru keputusan akan diperolehi melalui surat atau telefon.

Ada sumber juga yang bagitahu,the students permit (for kids) Will BE arrange at our embassy (if kiddos born IN Malaysia)...

Pakaian

Pakaian bergantung bila kita nak ke London. Kalau nak pergi dalam bulan November sehingga Februari, kena bawa pakaian tebal-tebal dan thermalware. Tapi kalau pergi selain daripada November sehingga Februari, pakai sweater pun dah cukup,pakai hoodie lagi senang. Tak perlu baju sejuk tebal-tebal dan kasut kalis air. Semua tu boleh didapati dengan mudah di London. Tengok dulu cuaca macam mana bila sampai nanti dan baru beli pakaian yang sesuai. Memang sah lebih murah di sana berbanding Malaysia. Dijamin!!

Makanan

Di London, banyak makanan halal cuma agak mahal. Kedai kebab & kedai daging fresh halal pun ada. Tapi untuk survive dalam minggu pertama tu, bawaklah perencah-perencah dan mee segera ;)

Pengangkutan

Kita yang datang dari Malaysia,akan sampai di Heathrow Airport. Di sana, kita boleh ambil tube (LRT London) untuk ke Central London. Tapi, sebelum naik tube tu, pastikan kita beli Oyster Card. Oyster Card adalah penting untuk travel sekitar London. Dengan adanya oyster card, perbelanjaan akan menjadi amat-amat jimat. Kalau tak silap, boleh mencecah 70% diskaun.


Kereta Murah & Gaji
Kereta boleh dibeli secara cash (kerana harganya boleh dikira murah), hanya dengan GBP1800 kita boleh miliki sebuah Honda Shuttle, sebuah MPV 7 seater bergear automatic tahun 1999 dengan milage 56,000 KM.

Sebahagian penjual di sini juga dikatakan mengamalkan kaedah jualan secara Islam (in substance) apabila mendedahkan kelemahan-kelemahan kereta mereka secara profesional. Namun tidak semuanya begitu, cuma mungkin lebih baik sedikit dari Malaysia.

Sesuai dengan harga kereta, gaji pekerja tempatan di UK pula agak tinggi berbanding Malaysia. Amat diketahui umum, ramai pelajar Malaysia yang bekerja di UK. Pendapatan sejam sebagai cleaner di sekolah atau pasaraya sahaja sudah mencecah GBP 5-6 (RM32- 38.40 sejam), ada rakan yang mampu memperolehi GBP 1000 sebulan( RM6,400) hanya dengan bekerja sebagai cleaner.

Minyak Kete ;)

Harga minyak di sini sudah tentu lebih tinggi dari Malaysia, harga jualan petrol di sekitar GBP 1.19 (RM 7.60) hingga 1.21 (RM 7.74) seliter.Uniknya, harga minyak berbeza di sebuah stesyen dengan sebuah yang lain. pertarungan harga secara kompetetif. 

Rumah Sewa Mahal....

Jika kereta murah, rumah sewa pula mahal. Menurut statistik yang saya perolehi di Internet, purata sewa rumah dua hingga tiga bilik di Bandar Lampeter adalah sekitar GBP 400-700 ( RM2560 - RM4480) sebulan, selain itu agak sukar pula memperolehi rumah sewa di kawasan ini. Namun terdapat kawasan lain yang jauh lebih mahal.

Carboot Sales

Itu favorite kebanyakan rakyat Malaysia di sana...

"Jualan bonet kereta".

Dinamakan sedemikian kerana penjualnya majoritinya membawa kereta masing-masing dengan bonet dipenuhi barangan used untuk dijual dengan harga yang amat menarik bagi orang luar dan warga Malaysia khususnya.

Ia ibarat pasar malam Cuma ia dibuat di pagi hari dan adakalanya kereta juga di jual di car boot ini.

http://khairulabdullah.com
http://gelamabusuk.blogspot.com
www.longhaffiz.com
http://uk.santifjobs.com
http://www.migrationexpert.co.uk
www.ukba.homeoffice.gov.uk‎
http://www.zaharuddin.net

Friday, July 26, 2013

Penjagaan Arnab versi ~My Bunny Pet "C.R"~


This is C.R my female bunny pet. Kami sekeluarga start bela C.R sejak early Mei 2013...masa start bela,C.R kurus sangat. Bulu C.R pun xcantik,C.R langsung xberseri. Comel jauh sekali... 

Tapi sekarang C.R sangat fluffy...bulu C.R tebal sangat. Gebu dan bersih. Kerap juga C.R dimandi/spraykan dengan syampoo kegemarannya.


 That's make C.R wangi selalu :) then,dibedakkan pakai bedak Baby Johnson...

C.R kami bagi makan pellet.
 Air pulak,sentiasa air yang dimasak dicampur dengan vitaminnya yang kami beli dari pet shop.


 Belum pernah C.R kami beri air mentah. Sayur yang paling C.R suka ialah Ulam Raja. Maklumat itu kami dapati dari google.com Iaitu Ulam Raja adalah antara diet terbaik arnab,disamping carrot. Kangkung dan kubis xbaik untuk arnab kerana getahnya...so kami xpernah bagi C.R lagi. Our C.R loves Dutch Lady Full Cream Milk sangat2..seronok bila tengok C.R asyik minum susu tu :) kadang2 jagung kering,daun sawi juga diberikan pd C.R. 



Antara blog2 yang kami lawati sebagai rujukan dalam penjagaan C.R ialah :-


We will always update blog2 yang kami rujuk demi penjagaan C.R may it help others too...

Thursday, July 25, 2013

~ Nasi Ambeng & Kenangan Aidifitri Dibumi Johor ~

Sudah lebih setengah tahun jarak masa aku aku tidak menulis entri baru dari entri yang lepas. Hari ini,tergerak rasa hatiku untuk meng"update" blog dimana aku coretkan sesetengah rasa suka,duka,pengalaman dan pandangan peribadiku.

Hari ini sudahpun genap 16 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, kami sekeluarga berbuka hari ni dgn menu tradisi jawa yg di reQuest dr anak2

-
-
-

Nasi Ambeng
-
-
-

http://www.riverstoneecoresort.blogspot.com/


Ianya bukanlah topik panas sangat pun,saje aku nak kongsi rasa "excited" sesekali makan Nasi Ambeng setelah sekian lama. Entah sejak bila lah anak2 dah pandai makan Nasi Ambeng ni....aku pun suka,rasanya yang "melekat" dengan keranggupan urapnya dan sambal kering + tempe goreng campur sekali dgn mee goreng,lapik pulak dengan daun pisang!!! Panas + Pedas - Mmmmm.....

Lama dh xmakan Nasi Ambeng since bumi Johor kutinggalkan. Apa yg xdpt disangkal ialah,sambutan Ramadan dan Aidilfitri dibumi Johor adalah antara sambutan paling meninggalkan kenangan paling berkesan disanubari...menumpang huni dibumi Johor selama 3 tahun cukup memberiku serba sedikit kenangan yang cukup bererti di dalam hidupku.

Cara masyarakat di Johor meraikan Aidilfitri sangat meriah. Bagi setengah-setengah tempat, sambutan mungkin hanya sehari atau dua, tetapi di Johor biasanya aidilfitri dirai hingga sebulan. Awal-awal raya, saling mengunjungi antara keluarga dan sahabat handai. Minggu ke 2 dan ke 3 diraikan dengan majlis-majlis marhaban yang diadakan berasingan antara lelaki dan perempuan.Kadang-kadang, ada juga kumpulan marhaban di kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang dipimpin oleh guru-guru. Juga diadakan majlis marhaban dengan berkunjung ke rumah para guru dan kaki tangan.Memang meletihkan tetapi sangat seronok kerana budaya itulah yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri.

Itu pun dh lama tidakku rasai lagi ~ sejak bumi Johor kutinggalkan ~

Buat yang pernah lalui kenangan itu bersamaku ~ you now who you are ;) ~ Seriuuuus aku rindu pada memori tu guysss!!!

~ 16 Ramadhan 1434H ~

Wednesday, January 9, 2013

Tragedi 2 Januari


:: SubhanAllah ::

Terima kasih ALLAH diatas perlindungan dan keselamatan yang dikurniakan olehMU kepada mak dan abah ... 

Sungguh,aku redha atas segala ujian dan keperitan yang diberikan kepadaku jika dibandingkan dengan selautan kelapangan tetapi tiada jagaan dan perlindunganMU keatas orang tuaku. 

Sungguh terasa kasih sayangMU YA ALLAH.




:: 2.2.2013 ::

Bagaikan diragut nyawa dari badanku apabila menerima SMS mak menyatakan yang dia dan abah terlibat dalam kemalangan jalanraya. 







Ya ALLAH...kumohon agar Kau sentiasa lindungi keduanya untukku disaat aku tidak berdaya.

Sentiasa berikan mereka kekuatan.

Tuesday, January 8, 2013

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak

:: SEBAGAI RUJUKAN PERIBADI ::


Sebuah artikel Professor Madya Dr M Swamenathan
Ahli Psikologi


1. Jangan Amalkan Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.

2. Jangan Jadikan Dirinya Bahan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.

3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.


4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.

5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.

6. Elakkan Menyemai Perasaan Takutkan Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.

7. Elakkan Membuatkan Mereka Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.

8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.

9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.

10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...