Showing posts with label General Info. Show all posts
Showing posts with label General Info. Show all posts

Monday, July 18, 2022

10 Days "CERTIFIED PROFESSIONAL NEURO-PSYCHOLOGY" Online Course.

27 Jun 2022 - Hari pertama mengikuti kursus 10 hari atas talian "CERTIFIED PROFESSIONAL NEURO-PSYCHOLOGY". Satu program holistik untuk memahami bagaimana kesihatan otak amat mempengaruhi bagaimana kesejahteraan psikologi dan mental. Pensijilan Non-Academic yang diterbit dan disusun oleh PEKA Malaysia, PEKA Brunei, Biro Psikologi Terapan Indonesia & Komunitas Harapan Adiksi Indonesia. Melalui kursus ini dapat dipelajari pelbagai ilmu terapi terutama terapi kognitif. Dengan ilmu tersebut peserta kursus akan lebih dapat membantu individu terkesan. Mempelajari tentang gabungan neuro dan terapi yang bisa mewujudkan gabungan menolong yang holistik terutama bagi membantu individu yang mempunyai isu-isu kesihatan mental. Bismillah...

Friday, June 17, 2022

WACANA ASPIRASI OKU

Ringkasan pengisian program yang diperolehi selepas menyertai Webinar Wacana Aspirasi Orang Kurang Upaya - Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan yang diadakan pada 16/6/2022 (Khamis),9:00 pagi – 11:00 pagi di Platform Cisco Webex.

WACANA ASPIRASI OKU

(Persediaan Menghadapi Alam Pekerjaan)

Oleh: Nurulhasni Abu Hassan

SPEAKER I: DR AHMAD SHAMSURI MUHAMAD (PENSYARAH KANAN DI JABATAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN DAN KAUNSELING, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA)

·       Kenal pasti kekuatan dan kelemahan serta maklumat kerjaya yang sesuai dengan pemohon.

·       Persiapan untuk menghadiri temuduga bersama majikan (sebagai OKU) - Fizikal & Mental.

FIZIKAL

MENTAL

Tampil dengan imej yang sesuai dengan kerjaya yang dipohon. (untuk good impression)

Bersedia untuk soalan-soalan yang agak sensitive berkaitan status diri (kekurangan upaya)

Titik beratkan cara penyediaan dokumen – haruslah in order dan mudahkan penemuduga untuk membuat rujukan.

Belajar untuk mengawal emosi ketika merespon kepada setiap soalan seumpama itu.

Titik beratkan cara berjalan, cara bercakap, cara pembawakan diri, pemilihan pakaian, postur badan dan lenggok bahasa.

Bersedia menerima rejection dan optimis dengan rezeki Allah itu luas.

·       OKU perlu berdikari, majikan di Malaysia ada yang tidak mempunyai pendedahan dengan pekerja OKU.

·       OKU harus meminta kesama-rataan dan bukannya keistimewaan.

·       Peka dan manfaatkan kemajuan teknologi dalam membantu usaha OKU pencarian kerja OKU.

·       Fakta yang OKU perlu hadapi, memang susah nak dapat pekerjaan. Jangan putus asa, Apply!! Apply!! Apply!!

·       Tawarkan specialty kita kepada bakal majikan.

·       Penting untuk OKU menghadiri forum dan kaunseling kerjaya kerana bimbingan yang diperolehi dari program tersebut boleh bantu OKU mengenalpasti minat, personaliti, bakat, dan padankan semua itu dengan pekerjaan yand dipohon.

·       Untuk jadi OKU executive, OKU perlu ada antara KELAYAKAN AKADEMIK ataupun PENGALAMAN yang tinggi.

·       Perlu ambil tahu dan manfaatkan aplikasi dan sistem teknologi terkini untuk mengatasi masalah ketidak upayaan. Cth: Guna smart phone untuk bantu semak ejaan, buat ayat dan pengunaan kalkulator untuk pengiraan bg OKU pembelajaran.

·       PERCAYA PADA REZEKI DAN REDHA – Jangan putus asa, percaya bahawa setiap usaha pasti ada hasil.

·       Jangan memilih kerja, bersedia untuk berhijrah ke daerah lain.

·       Join badan pertubuhan yang berkaitan untuk sokongan dan dokongan (cth: NGO)

·       Gunakan agensi pencarian kerja (sekarang banyak online, cth: myfuturejob.com)

·       Gunakan kemahiran advokasi (kemahiran dari segi hak dan perundangan untuk OKU) MINTA KESAMARATAAN, BUKAN KEISTIMEWAAN!!!

·       Belajar kawal fizikal, mental dan emosi kerana fizikal, mental dan emosi yang cerdas mampu mempengaruhi kualiti kerja yang baik. Jika tidak mampu, dapatkan bantuan professional (pakar) – untuk OKU yang menderita anxiety, depression dan seumpamanya.

·       Dapatkan sokongan komuniti (cth: Ibu bapa yang senasib) PDK, Bengkel Terlindung.

SPEAKER II: DR HJH RUZIAH GHAZALI (PENCERAMAH BEBAS/ADVOCATOR)

  • Calon harus bersedia sebelum hadir temuduga, kawal cara berkomunikasi.
  • Komunikasi ada 2

Komunikasi Lisan

Komunikasi Badan

(Body Language)

Formal

Informal


  • Komunikasi melibatkan bahasa lisan, content yang disampaikan, postur badan dan ekspresi muka.
  • Cth: Jangan duduk sebelum disuruh duduk. Marketkan diri sendiri supaya majikan berminat untuk menggajikan kita.
  • Perlu join badan-badan social, NGO, support group dan seumpamanya untuk membentuk peribadi. Join program social.
  •  Join kursus-kursus baru demi ilmu, rajin membaca, google dan tonton youtube yang berfaedah.
  • Mesti terapkan azam SAYA MESTI DAPATKAN KERJA!!! Selagi tak dapat, jangan putus asa.
  • Bercakap dengan umum mesti ada content (teknik komunikasi berkesan) [adab + ilmu / formal + informal kena seimbang]
  • Kemahiran advokasi (pengetahuan tentang hak OKU secara perundangan yang mampu memberi perlindungan dan sokongan kepada OKU) ini supaya komuniti OKU akan dihormati dan memberi kekuatan kepada komuniti OKU untuk mendapatkan sokongan dalam sesuatu perkara atau keadaan didalam komuniti OKU mahupun masyarakat keseluruhannya (cth: untuk dapatkan sokongan untuk kes penderaan adik Bella OKU down syndrome)

"Advokasi ialah aktiviti oleh individu atau kumpulan yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan dalam institusi politik, ekonomi dan sosial. 

Advokasi merangkumi aktiviti dan penerbitan untuk mempengaruhi dasar awam, undang-undang dan belanjawan dengan menggunakan fakta, hubungan mereka, media, dan pesanan untuk mendidik pegawai kerajaan dan orang ramai. 

Advokasi boleh merangkumi banyak aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi termasuk kempen media, pengucapan awam, pentauliahan dan penyelidikan penerbitan.

 Melobi (selalunya oleh kumpulan pelobi) ialah satu bentuk advokasi di mana pendekatan langsung dibuat kepada penggubal undang-undang mengenai isu tertentu atau undang-undang tertentu – Wikipedia"

 

  • Boleh mengambil tahu tentang program-program advokasi dari sumber seperti media cetak, media massa, media social dan seumpanya.
  • Program advokasi mungkin akan dianjurkan dalam bentuk program advokasi pendidikan dan program advokasi praktikal.
  • Cth program advokasi diperingkat masyarakat: Pemimpin masyarakat dan OKU dan waris haruslah dekat, galakkan pendaftaran OKU secara rasmi dengan badan bertanggungjawab seperti JKM dan seumpamanya. Dapatkan data OKU secara tepat disetiap peringkat dari sebesar-besar peringkat negeri hinggalah sekecil-kecil pringkat kampung dan wujudkan team activist OKU yang pro aktif disetiap cabang.
  • Kukuhkan networking kerana networking itu penting untuk sokongan.
  • Jangan kalah pada cabaran, halangan dan kegagalan kerana cabaran, halangan dan kegagalan adalah untuk mendidik diri kita memahami tentang sesuatu.
  • Approach badan-badan sosial, NGO dan seumpamanya yang relate dengan ketidak upayaan diri untuk latest update dan info semasa.
  • Ikhlaskan dan berdamai dengan masalah-masalah yang timbul dalam mencari keseragaman dalam menangani sebarang masalah OKU kerana isu persefahaman yang timbul antara ahli komuniti. Berbincang jangan guna emosi kerana kalau negative cara selenggara negative lah outcome. kalau positive cara selenggara positive lah outcome. BE PROFESIONAL.
  • OKU kena ada keberanian dalam menghadapi masyarakat besar, specially dalam era endemic ni kerana Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.
  • Cari maklumat dan berkomunikasi adalah kunci.
  • Bangkit dari kekurangan supaya tidak dibelenggu dengan status sebagai OKU – TINGGALKAN MASA LALU DAN PENGALAMAN NEGATIF YANG MENYEDIHKAN – BELIEVE IN YOURSELF (kalau kita tak suka, tak percaya, tak sayang diri kita – kita nak harap orang lain sayangkan dan percaya kita?) Hargai kelebihan diri. Perlu ada ilmu, skill dan kelebihan. JANGAN DENGAR KATA NEGATIF. Nak dapatkan/buat sesuatu – teruskan. Jaga displin dan hala tuju diri.
  • Calon haruslah membuat research tentang jawatan yang dipohon dan bersedia dengan kemungkinan soalan yang bakal diajukan oleh penemuduga. Ini berhasil untuk mengurangkan panic, blur cth: bg yang ada anxiety disorder. Untuk meyakinkan bakal majikan.
  • Bagi Muslim yang ada anxiety disorder boleh cuba air penawar/syifa sebagai persediaan rohani (scientifically called hydrotherapy or formerly called hydropathy)



Sunday, February 27, 2022

Booster Dose For The 3 Of Us

Completed our booster dose on the second week we have been here . 

Their 1st and 2nd dose was with daddy and this time around turn dengan mummy. It is because, coincidentally klinik kat sini ada walk in PPV. Mudahlah untuk kitorang 😍

Alhamdulillah one task has completed!! Looking forward for another task to be done 😊




Thursday, October 7, 2021

Cabaran Keibubapaan Seiring Dengan Kemajuan Teknologi Hari ini.

Didikan awal dengan mengawal akses anak² ke mana² social media yang dianggap memberi hiburan kosong dan pengaruh buruk pada mereka memang sangat penting. 

Tapi dengan mengisolasi, menyekat atau mengharamkan mereka dari menerokai dan mewarnai dunia teknologi serta meletakkan hukum isolasi/sekat/pengharaman mandatori terhadap mereka juga bukanlah penyelesaian mutlak kepada permasalahan tersebut. 

Banyak berlaku hari ini, sekatan melampau dari kita ibubapa bukanlah jaminan yang anak² tidak terjebak dengan platform² social media di internet, sebaliknya itu berupaya menjadi pencetus kepada jebakan yang lebih dasyat.

Kegagalan ibu bapa memainkan peranan dalam setiap keluarga selalunya berpunca dari ibu bapa itu sendiri bila mana mereka terlalu terlalu strict/extreme dalam meletakkan peraturan. 

Dalam kehidupan, takde satu pun senario yg betul² acurate 100% normal atau tak normal. Semuanya adalah tentang keseimbangan, in fact dalam Islam pun digalakkan kita mendidik anak sesuai dengan zamannya, dan sekarang adalah zaman ank² kita yang rapat dan kuat kebergantungan mereka dengan teknologi moden (gadget dan social media).

Menyekat tidak menjamin mereka menjadi baik dan terdidik. Mungkin juga akan membuat mereka memberontak, menipu, melakukan perkara itu secara berselindung dari kita ibu bapanya, dan mereka berpotensi mencari cara untuk melakukan perkara tersebut diluar bersama kawan² dan kalau itu terjadi maka terjadilah kemusnahan yang maha dasyat dan tidak mampu kita sebagai ibubapa bendung lagi.

Kita mahupun anak² kita adalah manusia. Didikan bukan diukur dari senormal atau pun tidaknya cara didikan itu tapi selarikan dengan tuntutan emosi dan keperluan mental ank², yang penting moderation and consideration. 

Masa dan ruang untuk kita kenal dan faham keseimbangan sifat dan sikap baik buruk anak² adalah kunci konsep keibubapaan yang sukses.

Masa yang cukup dengan secukupnya kebebasan yang terkawal terhadap mereka akan menjamin anak² lebih simpati dan empati dengan kehendak dan kemahuan ibubapa, itu juga mampu menjadi 'guardian angel' yang menjaga mereka ketika kita tiada bersama.

Ruang untuk mereka jujur tanpa syarat adalah penting untuk menjadikan mereka jujur dengan kita tak kira apa pun 'rahsia' yang mereka ingin dedahkan. 

Bukankah itu lebih bermakna?

#bilaotaktakbisadiam
#otakjaga
#toomuchtosay
#toonoisyinmyhead

Tuesday, October 2, 2018

Don't Call Them 'Negro'. 'Black' Is Just Fine.

'Negro' is a very offensive and nasty word that no one should ever use. 'Black people' is more respectful.

Not all blacks are African.
They can be Jamaicans or a native Australians (Aborigines) and they totally look black.
I don't think I can call them 'Africans' just as I did not fit if am called chinese, siamese, japanese, korean or even filipino etc cuz am perfectly malay.

Yes, that's what it is 😊😊

My morning thought,
Morning beautiful people.
Muka tak mandi uolsss 😂😂


Friday, November 28, 2014

Why The Word "NEGRO" Being Objected By Most Of Black People (Written by An Asian mom)

This posting has been made due to the complaint by my mixed black kids whenever they hear the society calling them with the term - "negro". 

It is so saddened but I always insist them to let the frustration and the anger go but in the same time its worrying me if that situation could be a disturbance to the mental and emotion, specially when they mix around with local people.

Hereby let us share some knowledge to everyone whom might visit and read my blog.

Dear friends,

The word "Negro" being objected because it was associated with the long history of SLAVERY, SEGREGATION and DISCRIMINATION - treated African Americans as second class citizens, or worse. 

By reading this post, we really hope those who has understood and clear about this issue can "walk together" with us in this battle. The battle to spread awareness and to increase the sensitivity among races. We really hope, all parents in the society will raise their children to be the civilize and high mentality standard children for the sake of their future, Raise and educate our children not to mock and humiliate black/African people that they see in our society nowadays.

We are not either selfish or demanding beyond our rights but we are appealing for a positive surrounding so that our mix black children can live happy and healthy just the way local children is enjoying their childhood here in Malaysia.
"Malcolm X referred "black" to "negro", but also started using the term "Afro-American" after leaving the Nation of Islam".
That is if we refer the term to the American "black". How about Malaysian born mix Asian black kids which I am happy to refer them as Afro-Asian kids.

This is some tips that society can apply following their part:

1) AFRO ASIAN MOMMIES,

Let us be positive to help our kids grows happily. Teach them how to be proud of who they're let them believe that black is beautiful. Make them calm an take the meaning of "negro" as not  as bad than just ordinary "black" which something common like other colors in the rainbow.

Black itself sound strong and tough what, keep calm - we're afro-asian lol 😝

2) OTHER PARENTS

It's good if parents in Malaysia beyond races and religions can be able to educate their kids from small to avoid themselves from using any for of words or behavior that might have racist and discrimination act. 

Unfortunately, what normally happen is, our little ones learned from their seniors. They practice what they hear, see and taught.

We are still worst in the sentiment of racist, not only towards African or other third world country foreign comers. Malaysian are still a bit racist towards each other (among Malaysian local races)
It would be nice if we can help each other to fix this situation in our country right?

I'm pretty sure that we all wanted the best for our kids. I fight this not only for the sake of Afro-Asians but to everyone here, in Malaysia. 

Together we create a positive surrounding for the sake of our future. 

Our children.

It's ok if we can change it completely, if we at least can increase the understanding between us. It is good enough. Slowly towards the better is better then act nothing.  

"Call them African instead of Negro.
More acceptable"

3) TEACHERS

We really hope, teachers in Malaysia will be more sensitive and play their roles very well in order to educate Malaysian students from their preschool age to respect every races, religions and cultures. Doesn't matter if there's only 1 minority student in the class, he/she need to be respected. They must quickly take any precaution act when they detected any form of bully that might related to racism act among multiracial students at school (eg: mock calling any student using their offensive terms like "negro")

"We need great educators to create the educated students"

With a good understanding and the cooperation from the school administration, we can also create a positive place and surrounding for the students to grow and learn.

4) COMMUNITY

We are the community, the power (to control) is in our hands. Do better be better, For sure we can control the situation. When we manage to control the situation, the rest would be fine. Nothing wrong by showing a good deeds. Just make sure rise our children by giving them good knowledge. Respecting others apart of their race, religion, citizenship and things like that is a noble act. 

"Call them African/blak people instead of Negro"
That shows respect, Thank you so much  

#ONELOVE



Tuesday, May 27, 2014

Travel To Africa PART 3: Yellow Fever Vaccination

In few posts ago... 
I promised to tell ya' about the YFV.

As for Malaysian, salah satu syarat untuk permohonan visa ke negara in the African continent ialah, we need to be vaccinated by the Yellow Fever Vaccination...

It's not too easy cus tak semua klinik/hospital providing this type of vaccine and its a bit costly.
So, I pun sibuklah meng "Google" list of clinics yg ade, rupa2nya xbyk klinik yg provide vaccine ni kt KL, malahan Malaysia just only about 19 places and 5 within KL (anggaran je la)
I found some places dan start calling

Twin Tower Medical Center - KLCC, Prince Court MC, Pusat Perubatan Putrajaya, Hospital Tentera Wangsa Maju, ada yg too costly dan ada yg hanya provides utk government servants yg travel to Africa atas urusan rasmi. 

Finally I got the klinik yg provide vaccine ni dgn harga paling murah among all...it's KLINIK KITA, DAYABUMI.

We got the vaccination certification right after bayar...dah boleh submit ke kedutaan...

hoooyeaaah.

Wednesday, July 31, 2013

Start New Life kat UK??? Research...Research!!!!!

Job??? Tapi Non-Profesional,,,Apa cara yang betul erk? There you go,some reference dari frens yang dah migrate and travellers blog ;)

Sukar untuk diberitahu apakah cara yang betul untuk mendapat pekerjaan di UK kerana tiada cara yg boleh dikatakan salah. Yang penting kita perlu ada dokumen yang sah seperti visa, permit kerja dan permit penduduk.

Jadi sekiranya hendak bekerja di bidang non-professional seperti di kilang, pelayan kafe, tukang cuci, pemetik buah dan sebagainya, sukar untuk anda mencari kerja tersebut melalui internet kerana kebanyakannya dipegang oleh ejen pekerjaan.

Jadi cari ejen pekerjaan bagi membantu anda. Atau anda boleh pergi dulu ke UK secara sementara dan cari pekerjaan. Setelah anda ditawarkan pekerjaan anda harus pulang balik ke Malaysia dan mohon lah visa utk bekerja. Jadi permohonan visa anda akan diluluskan sekiranya awak menunjukkan surat tawaran pekerjaan kepada pihak kedutaan. Setelah itu baru anda boleh pergi semula ke UK dan bekerja.

Untuk berhijrah bukanlah mudah..apatah lagi bersama keluarga dan anak2. Lagi pula hendak bekerja di bidang non-professional maka lagi sukar.

Cara yang paling mudah adalah cari kawan yang sudah bekerja disana, mintalah bantuan mereka untuk bekerja sekali dengan mereka. Jadi minta majikan mereka menawarkan pekerjaan kepada anda. Oleh itu majikan akan menguruskan segala dokumen dan permit anda. Apabila siap anda boleh terus datang dan bekerja.

Itu adalah cara yang paling jimat dan selamat. Sekiranya menggunakan ejen maka anda perlu mengeluarkan modal sekitar RM10-RM20 ribu untuk tujuan tersebut.

Sila google untuk mengumpul maklumat sedetail yang mungkin. Boleh layari laman web ini utk tengok peluang pekerjaan yg ada. http://www.anyworkanywhere.com/

Sekolah Di UK

Untuk daftar sekolah anak , mula-mula pergi ke sekolah yang berdekatan. Tanya tentang kekosongan tempat kat situ. Lepas itu pihak sekolah akan minta kita hubungi City Council untuk daftar. Wakil dari City Council datang ke rumah untuk interview tentang particulars anak-anak kita. Masa wakil City Council datang,kena lah ready passport anak2.Tapi borang semua dia yang isikan kita cuma tinggal sign aje bila dia dah siap isi. Masa ni kena maklumkan kat mereka sekolah mana yang kita nak. Kalau ada betul-betul kosong mereka akan letakkan anak kita kat sekolah tersebut. Lepas meeting di City Council, baru keputusan akan diperolehi melalui surat atau telefon.

Ada sumber juga yang bagitahu,the students permit (for kids) Will BE arrange at our embassy (if kiddos born IN Malaysia)...

Pakaian

Pakaian bergantung bila kita nak ke London. Kalau nak pergi dalam bulan November sehingga Februari, kena bawa pakaian tebal-tebal dan thermalware. Tapi kalau pergi selain daripada November sehingga Februari, pakai sweater pun dah cukup,pakai hoodie lagi senang. Tak perlu baju sejuk tebal-tebal dan kasut kalis air. Semua tu boleh didapati dengan mudah di London. Tengok dulu cuaca macam mana bila sampai nanti dan baru beli pakaian yang sesuai. Memang sah lebih murah di sana berbanding Malaysia. Dijamin!!

Makanan

Di London, banyak makanan halal cuma agak mahal. Kedai kebab & kedai daging fresh halal pun ada. Tapi untuk survive dalam minggu pertama tu, bawaklah perencah-perencah dan mee segera ;)

Pengangkutan

Kita yang datang dari Malaysia,akan sampai di Heathrow Airport. Di sana, kita boleh ambil tube (LRT London) untuk ke Central London. Tapi, sebelum naik tube tu, pastikan kita beli Oyster Card. Oyster Card adalah penting untuk travel sekitar London. Dengan adanya oyster card, perbelanjaan akan menjadi amat-amat jimat. Kalau tak silap, boleh mencecah 70% diskaun.


Kereta Murah & Gaji
Kereta boleh dibeli secara cash (kerana harganya boleh dikira murah), hanya dengan GBP1800 kita boleh miliki sebuah Honda Shuttle, sebuah MPV 7 seater bergear automatic tahun 1999 dengan milage 56,000 KM.

Sebahagian penjual di sini juga dikatakan mengamalkan kaedah jualan secara Islam (in substance) apabila mendedahkan kelemahan-kelemahan kereta mereka secara profesional. Namun tidak semuanya begitu, cuma mungkin lebih baik sedikit dari Malaysia.

Sesuai dengan harga kereta, gaji pekerja tempatan di UK pula agak tinggi berbanding Malaysia. Amat diketahui umum, ramai pelajar Malaysia yang bekerja di UK. Pendapatan sejam sebagai cleaner di sekolah atau pasaraya sahaja sudah mencecah GBP 5-6 (RM32- 38.40 sejam), ada rakan yang mampu memperolehi GBP 1000 sebulan( RM6,400) hanya dengan bekerja sebagai cleaner.

Minyak Kete ;)

Harga minyak di sini sudah tentu lebih tinggi dari Malaysia, harga jualan petrol di sekitar GBP 1.19 (RM 7.60) hingga 1.21 (RM 7.74) seliter.Uniknya, harga minyak berbeza di sebuah stesyen dengan sebuah yang lain. pertarungan harga secara kompetetif. 

Rumah Sewa Mahal....

Jika kereta murah, rumah sewa pula mahal. Menurut statistik yang saya perolehi di Internet, purata sewa rumah dua hingga tiga bilik di Bandar Lampeter adalah sekitar GBP 400-700 ( RM2560 - RM4480) sebulan, selain itu agak sukar pula memperolehi rumah sewa di kawasan ini. Namun terdapat kawasan lain yang jauh lebih mahal.

Carboot Sales

Itu favorite kebanyakan rakyat Malaysia di sana...

"Jualan bonet kereta".

Dinamakan sedemikian kerana penjualnya majoritinya membawa kereta masing-masing dengan bonet dipenuhi barangan used untuk dijual dengan harga yang amat menarik bagi orang luar dan warga Malaysia khususnya.

Ia ibarat pasar malam Cuma ia dibuat di pagi hari dan adakalanya kereta juga di jual di car boot ini.

http://khairulabdullah.com
http://gelamabusuk.blogspot.com
www.longhaffiz.com
http://uk.santifjobs.com
http://www.migrationexpert.co.uk
www.ukba.homeoffice.gov.uk‎
http://www.zaharuddin.net

Monday, May 7, 2012

Hari Ibu pun "HARAM"? Semuanya HARAM. Jadi,apa yang halal?





Sambut hari ibu pulak haram??????? Goshhh...I do understand why "VALENTINE" is haram untuk umat Islam. But Hari ibu,WHY??? Cus sambutan tu asalnya upacara "worshiping" dan adat budaya luar yang berunsurkan keagamaan bukan islam?

Bukankah apa yang kita buat berpaksikan pada niat? Nawaitu ketika mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kpd ibu kita itu adakah dengan niat kerana menghargai ibu kita sebagai seseorang yang tidak ternilai kerana ALLAH Ta'ala atau menyambutnya dengan niat penuh merujuk kpd "Mothering Sunday" yang dilakukan oleh orang Greece dulu kala??

Ingatan2 istimewa sebegini sebenarnya secara tidak sedar menyuburkan hubungan mesra sesama keluarga.Tolonglah kaji setelitinya sebelum terus meletakkan hukum.

Hari ibu ini bukan datang dari Kristian sahaja, malah seluruh pelusuk dunia yang rasa hormat pada ibu. For me, yang paling penting niat dan perbuatan itu sendiri. Kita niat nak bagi ibu kita happy dan perbuatan masa kita sambut Hari Ibu tu tak dilarang dari segi Islam. Mmg sayangi ibu setiap hari setiap masa, tapi adakah kita akan bawak ibu  makan dinner sama2, bawak dia jalan2 setiap hari dan setiap masa? Kalau kita buat macam tu selama 1 bulan atau tiap-tiap hari rasanya terus tak rasa apa2 dah takde sentimental value orang kate,alah bisa tegal biasa. bila kita buat sesuatu istimewa sekali atau dua kali dalam setahun, itulah yg memberi impak dan kesan pada seseorang Pendirian saya ianya adalah tidak haram. Even dalam Islam, kita disuruh berbuat baik untuk ibu kita.

Banyak sebab dan mengapa Hari Ibu ini wujud, contoh tujuan hari ibu disambut berbeza di sesebuah negara. Jadikanlah sambutan hari ibu di Malaysia ini adalah sambutan hari ibu yang islamik dan tidak lari dari landasan ajaran agama Islam itu sendiri bukan kerana memuja atau atas dasar keagamaan sahaja. So,mulakanlah segalanya dengan BISMILLAH dan niatkanlah kasih sayang kita kerana ALLAH.

Heboh di laman2 sosial nowadays ttg seorang Ustaz Facebook ni jatuhkan hukum bahawa Hari Ibu ni HARAM...entahlah Ustaz...ayUhhAaaaaI !!!

Tapi ada yang memberi feedback positive. Jika berminat boleh rujuk:-

From: @imammudaasyraf
Sy hormati pndgn alim ulamak yg jauh lbih faqih dlm mgharamkn Hari Ibu..namun sy dgn rendah diri TIDAK brsetuju utk mgharamkannya

sent via Twitter for iPhone

On Twitter:http://twitter.com/imammudaasyraf/status/199487879582457857
dan


From: @imammudaasyraf
Byk perkara perlu diharamkan jika illahnya tasyabbuh..namun dawabit tasyabbuh yg diberi masih longgar..

sent via Twitter for iPhone

On Twitter:http://twitter.com/imammudaasyraf/status/199508961668505600


Sunday, March 20, 2011

Terminal Bersepadu Selatan, KL - TBS



Entri ini aku tulis cus of keterujaan aku sepanjang perjalanan balik dr Selatan 2 hari lepas. Keluar dari Kota Singa dengan menaiki bas memang menjimatkan kos. So,selepas 2 hr disana tibalah masanya aku untuk pulang ke tanahair (cewahhh...mcmlah jauh sangat yer). Bas ku ambil dari Terminal Bas Larkin JB hingga ke KL...Seperti yg semua warga KL tahu,dah lama transit dan arrival bus dah ditukarkan ke kawasan berdekatan stesen LRT Bkt Jalil. So, aku pun dah auto-set dlm mind ni yg kejap lagi aku akan turun kat Bkt Jalil. Naik ajer bas (Konsortium) aku pun terus tak sedarkan diri,dek kerana kepenatan yg amat sgt Bas pun berjalan terbuai-buai sama seperti mataku yang semakin melayu dan akhirnya dibuai mimpi....

Dlm kebingungan dan sedikit pening & sakit kepala (cus tertido sepanjang perjalanan) aku tersedar yang aku dah pun sampai di tol Sg. Besi. Bas membelok kelaluan yg asing sedikit dr biasa. Aku mula rasa pelik sbb tempat yg bas ni masuk lain dr Bkt Jalil. Sah2 bukan Bkt Jalil dan tempat tu sgt2 baru. Dr dlm bas aku baca Signboard penunjuk jln tertulis TBS - Terminal Bersepadu Selatan,KL. OOOhhh...inilah terminal bas baru yg diwar2kan kebelakangan ni ea??? Waaahh dah beroperasi pun!!! Subhanallahh!!! Sgt cantik.












Mula2 aku panik jugak..nk naik aper pulak aku nak blk ni??? Naik teksi parah lahhh,berapa pulak tambangnya. Rupa2nya,sistem pengakutan awamnya juga sgt mudah!! Cuma aku perlu berterus terang yg sistemnyer langsung tak mesra warga emas & bg ibu mengandung dan insan2 yg mengidap penyakit tulang (cth: Arthristis) mmg agak seksalah!!! Bt the way , still boleh manage sbb klu jln slow2 pun xganggu org lain cus laluannya yg luas dan sgt2 selesa. Turun je dr bas,aku terus naik dan masuk kedlm terminal,then ikut je laluan terus ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Dr situ mmg dah mudah lah klu nak kemana- lokasi yg kita nak tuju selagi mana ada rangkaian stesen LRT,Putra,komuter even bus. Malahan KLIA transit pun ade...Completely senanglah...















































Aku pun dgn terujanya menangkap berbagai-bagai "angle" gambar disekitar TBS sbb nak dimasukkan ke dlm blog ni. Ini pun dh menjadi salah satu dari kebanggaan kita ni!!! Sampai ade lah kedengaran 2 org tourist (African) tu puji2 lagi pembangunan M'sia. Wording dia kira2 cam ni.....

"WOW,very-very 'fantastic' development" =) WELL...Malaysia kan!!!

Penat terubat bila masuk jer dlm LRT tu,dpt chill air-conditioner!! FFFuuuHHHH...selesa. Next station --- ??? Sampai depan pintu rumah. Waaaaahh,mmg satu rahmatlah !!! I LOVE MY COUNTRY,I LOVE MY HOME. So...jom pergi mengundi. Pesanan dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ..




Tibe-tibe je kan ~(^_^)~






Wasalam










Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...