Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Thursday, October 7, 2021

Cabaran Keibubapaan Seiring Dengan Kemajuan Teknologi Hari ini.

Didikan awal dengan mengawal akses anak² ke mana² social media yang dianggap memberi hiburan kosong dan pengaruh buruk pada mereka memang sangat penting. 

Tapi dengan mengisolasi, menyekat atau mengharamkan mereka dari menerokai dan mewarnai dunia teknologi serta meletakkan hukum isolasi/sekat/pengharaman mandatori terhadap mereka juga bukanlah penyelesaian mutlak kepada permasalahan tersebut. 

Banyak berlaku hari ini, sekatan melampau dari kita ibubapa bukanlah jaminan yang anak² tidak terjebak dengan platform² social media di internet, sebaliknya itu berupaya menjadi pencetus kepada jebakan yang lebih dasyat.

Kegagalan ibu bapa memainkan peranan dalam setiap keluarga selalunya berpunca dari ibu bapa itu sendiri bila mana mereka terlalu terlalu strict/extreme dalam meletakkan peraturan. 

Dalam kehidupan, takde satu pun senario yg betul² acurate 100% normal atau tak normal. Semuanya adalah tentang keseimbangan, in fact dalam Islam pun digalakkan kita mendidik anak sesuai dengan zamannya, dan sekarang adalah zaman ank² kita yang rapat dan kuat kebergantungan mereka dengan teknologi moden (gadget dan social media).

Menyekat tidak menjamin mereka menjadi baik dan terdidik. Mungkin juga akan membuat mereka memberontak, menipu, melakukan perkara itu secara berselindung dari kita ibu bapanya, dan mereka berpotensi mencari cara untuk melakukan perkara tersebut diluar bersama kawan² dan kalau itu terjadi maka terjadilah kemusnahan yang maha dasyat dan tidak mampu kita sebagai ibubapa bendung lagi.

Kita mahupun anak² kita adalah manusia. Didikan bukan diukur dari senormal atau pun tidaknya cara didikan itu tapi selarikan dengan tuntutan emosi dan keperluan mental ank², yang penting moderation and consideration. 

Masa dan ruang untuk kita kenal dan faham keseimbangan sifat dan sikap baik buruk anak² adalah kunci konsep keibubapaan yang sukses.

Masa yang cukup dengan secukupnya kebebasan yang terkawal terhadap mereka akan menjamin anak² lebih simpati dan empati dengan kehendak dan kemahuan ibubapa, itu juga mampu menjadi 'guardian angel' yang menjaga mereka ketika kita tiada bersama.

Ruang untuk mereka jujur tanpa syarat adalah penting untuk menjadikan mereka jujur dengan kita tak kira apa pun 'rahsia' yang mereka ingin dedahkan. 

Bukankah itu lebih bermakna?

#bilaotaktakbisadiam
#otakjaga
#toomuchtosay
#toonoisyinmyhead

Wednesday, October 30, 2013

Mengenalpasti Komponen Ciri Anak Serta Analisa Potensi Mereka Dengan Kaedah NUMEROLOGI

Oleh: Nurulhasni Binti Abu Hassan

Dalam mendidik anak-anak,kita perlu banyak bersabar dan sabar pula memerlukan ilmu DAN perlu dilatih. Untuk mendidik anak-anak dengan efektif,kita perlulah mahir dan bijak untuk mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Di seminar tersebut,saya telah diberi pendedahan mengenai satu kaedah/kemahiran untuk mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta kaedah menganalisa potensi diri mereka melalui TARIKH LAHIR yang dikenali sebagai KAEDAH PENGIRAAN NUMEROLOGI @ penomboran meta fizik oleh ROSLINA JANTAN @ HUSSIAN dari ESOURCE TRAINING & CONSULTANCY.

Kaedah ini sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan oleh kita untuk mengenal anak-anak kita malahan penggunaannya adalah sangat meluas hatta keatas diri kita sendiri bagi tujuan mengenalpasti corak perwatakan, tingkah laku, kekuatan serta kelemahan serta kawasan zon kecenderungan penyakit.

Ianya digunakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah atau isu. Kaedah ini merupakan sebahagian dari sains psikologi tingkah laku.

Konsultasi ini akan memberikan impak maksimum  kerana seseorang itu akan dibawa menjelajahi setiap tingkah laku, perwatakan, kekuatan serta kelemahan mereka. Ini secara tidak langsung akan memberikan perspektif yang jauh berbeza kepada pelanggan mengenai tahap potensi diri kita sebagai individu khususnya.

Tetapi di laman ini,saya hanya berhasrat untuk memberi fokus penuh kepada kaitan kaedah NUMEROLOGI dalam mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka secara berasingan yang mana kaedah ini sebenarnya terlibat secara lebih meluas dalam kehidupan seseorang individu tidak kira umur dan status mereka.

Perlbagai pendapat dan tanggapan daripada umum mengenai numerologi. Ianya sangat kontra pendapat yang datang daripada mereka yang bersifat liberal dan islamik. Ada yang berpendapat ianya syirik kerana ia umpama mempercayai tilik nasib atau ramalan. Mungkin artikel Di Link Ini....Klik Disini !!! dapat memberi sedikit pencerahan.

Tetapi pada hemat saya,kaedah ini adalah tidak lebih hanya dari salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah diri.

Menurut Roslina,setiap "BODY" (badan) ada "ENERGY" (tenaga) nya yang tersendiri iaitu :-
  • Akal
  • Emosi
  • Hati
  • Jiwa
  • Nafsu
Tenaga ini pula terbahagi kepada tenaga zahir (fizikal) dan batin (mental),sebaik-baik waktu untuk ibubapa menegur, menasihat mahupun bertanyakan permasalahan kepada anak-anak adalah ketika tenaga zahir dan batin mereka bersatu contohnya ketika berehat, bersantai, bergurau, bersahaja dan seumpamanya. Ini bertujuan memberikan persekitaran tenang yang membolehkan batin anak tersebut membenarkan input melalui zahirnya secara telus. Maka,komunikasi 2 hala antara ibubapa dan anak tersebut akan berhasil dan membawa kesan yang positif.

Tenaga-tenaga tersebutlah yang mewujudkan pelbagai reaksi antara positif dan negatif dalam diri anak-anak kita. Apabila potensi mereka dapat dikenalpasti maka mudahlah kita untuk menangani serta membesarkan mereka dengan baik. Sebaik-baik kaedah berkomunikasi dengan anak-anak adalah dengan menggunakan kaedah diplomasi. Ini akan membina rasa yakin,hormat dan setuju anak kepada kita sebagai ibubapa.

Dibawah Adalah Cara Pengiraan Numerologi

Contohnya:-

Tarikh lahir anda ialah 6/5/1986

6+5+1+9+8+6=35
3+5 = 8

Maka nombor kod asas anda adalah 8.



Sifat peribadi mengikut nombor kod asas numerologi seseorang individu:

Individu Nombor Kod Asas 1

Pro:
Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan
Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra:
Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan:
Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Individu Nombor Kod Asas 2

Pro:
Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra:
Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Individu Nombor Kod Asas 3

Pro:
Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra:
Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Individu Nombor Kod Asas 4

Pro:
Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra:
Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro:
Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra:
Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro:
Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra:
Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Individu dengan Nombor Kod Asas 7

Pro:
Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra:
Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro:
Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra:
Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Individu dengan Kod Asas 9

Pro:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra:
Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Maklumat lebih lanjut??? Klik lah saya !!!

"Sarana Ibu Bapa Kearah Keberhasilan Transformasi Pendidikan Negara"

Oleh: Nurulhasni Binti Abu Hassan

Perkongsian saya dari Seminar Keibubapaan Kebangsaan Peringkat Negeri 2013 yang telah saya hadiri pada 26hb Oktober 2013 anjuran Majlis Kaunseling Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Yayasan Pelajaran MARA

SARANA KEIBUBAPAAN
  • Sarana bermaksud "alat" (toolkit) yang digunakan (untuk mengajar) bagi mencapai/melaksanakan teknik mengajar secara khusus.
  • Sarana ibubapa adalah platform paling baik bagi meningkatkan pembelajaran anak-anak disekolah dan menarik komuniti/swasta untuk menyumbang dana/masa/tenaga atau seumpamanya.
  • Sarana ibubapa membolehkan ibubapa membuat sumbangan kepada pihak sekolah secara efektif.
Langkah ini diambil bagi meningkatkan penglibatan ibubapa dalam usaha kearah transformasi pendidikan negara. Ibubapa digalakkan untuk terlibat secara umum dalam sistem pembelajaran anak-anak disekolah khususnya ini kerana dalam menjamin keberkesanan dan keberhasilan rancangan kearah merealisasikan proses transformasi ini,PIBG dan sekolah perlulah seiring. Penglibatan ibubapa adalah sangat penting kerana masa anak-anak bersama ibubapa (dan komuniti) adalah 85% berbanding masa mereka disekolah yang hanyalah dalam kadar 15%.

LANGKAH-LANGKAH MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIHAK SEKOLAH) KEARAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG BERKESAN

Antara langkah yang terlibat adalah:-
  • Komunikasi
  • Keberadaan (Kehadiran)
  • Penglibatan
  • Sentiasa Berhubungan
  • Berilmu
  • Berkawan
Komunikasi yang baik adalah komunikasi lancar 2 hala antara PIBG/komuniti dan pihak sekolah.

Kehadiran ibubapa di sekolah adalah sangat penting dalam menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri mereka secara efektif didalam kegiatan disekolah.

Penglibatan ibubapa yang aktif dan progresif disekolah akan menghasilkan anak yang positif dan ceria. Oleh itu ibubapa akan mendapat faedah dan lebih banyak maklumat yang telus mengenai guru-gur dan sekolah.

Sentiasa berhubungan antara ibubapa dan guru. Faedah yang diperoleh daripada ini ialah ibubapa akan peka dan sentiasa mendapat maklumat mengenai program dan aktivit yang dibuat oleh pihak sekolah serta ibubapa akan saling mengenali dan ukhwah yang mesra dapat diwujudkan disini.

Berilmu adalah perkara paling utama yang perlu ada pada setiap ibubapa agar dapat sama-sama pihak sekolah dalam usaha mendidik anak-anak tidak kira disekolah mahupun dirumah.

Berkawan dengan kawan anak-anak serta keluarga mereka. Ini supaya wujudnya hubung baik antara ibubapa,maka sesuatu maklumat tentang program dan aktiviti sekolah mudah disebarkan. Dengan ini,aktiviti-aktiviti sekolah yang memerlukan penglibatan ibubapa dapat dijalankan dengan sokongan yang padu dari semua pihak.

Berikut adalah contoh perkongsian daripada AJK S.M.Setiawangsa dalam mewujudkan hubung baik antara pihak sekolah S.M.Setiawangsa dan AJK dan ahli-ahli PIBG sekolah tersebut:-


  • Membina galeri PIBG
Pihak pentadbiran sekolah ini telah menyediakan sebuah bilik/ruang kepada PIBG untuk dijadikan sebuah galeri yang mana ia dijadikan sebagai pusat operasi dan maklumat khas aktiviti PIBG.
  • Mewujudkan rangkaian telekomunikasi PIBG
Cth: facebook,whatsapp,wechat dan seumpamanya. AJK sekolah ini,telah mewujudkan rangkaian AJK PIBG Group yang mana ia telah membuka ruang kepada ibubapa dan guru-guru untuk berbincang tentang apa-apa maklumat diluar waktu mesyuarat. Ini akan mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru secara tidak langsung. 
  • Meaktifkan penglibatan ibubapa dalam setiap aktiviti semaksima mungkin 
Pihak sekolah ini telah mengadakan kelas tusyen malam dan kelas mengaji dengan melibatkan sumbangan kepakaran dari ibubapa.

Cth: Ibubapa yang mempunyai kepakaran akan menyumbangkan masa dan tenaga bersama-sama guru contohnya menyumbang tenaga sebagai tenaga pengajar,jurulatih,penasihat dan seumpamanya didalam aktiviti yang dijalankan. Terdapat ibubapa yang terlibat secara langsung contohnya sebagai pemimpin pasukan coral speaking sekolah tersebut. Mungkin juga ibubapa yang punya kepakaran contohnya dalam tarian dapat menawarkan diri untuk mereka langkah tari (kareograf) untuk pasukan tari sekolah tersebut. 
  • Program Antarabangsa
Pihak SM Setiawangsa dan PIBG telah menjalinkan program bersama sekolah-sekolah antarabangsa dari negara luar seperti Thailand contohnya,ini bagi menjalinkan hubungan antara sekolah mereka dengan sekolah dari luar negara bagi tujuan perkongsian maklumat dan kemahiran agar mereka dapat belajar banyak perkara secara lebih meluas.

Sekian


: : :__________________________________: : :




Sunday, September 22, 2013

Disleksia PART II ~ Sungguh Aku Bersimpati Dengan Mereka....

Artikel ini aku tulis tribute untuk sekian kalinya buat "The girl that I care so much" dalam post 
Sering kita baca artikel-artikel tentang disleksia yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. 
Disini, izinkan aku coretkan sedikit ilmu untuk dikongsi, berdasarkan pembacaan dan pengalamanku agar difahami dan bisa mengundang rasa simpati dan peduli kita kepada golongan yang menderita dalam diam ini....

Disleksia,

Apakah itu disleksia?

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa.

Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis.
Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.

Bagaimana kita boleh mengenal seseorang itu menderita disleksia?

PERTAMA sekali perlu kita semua jelas,disleksia ini BUKANLAH PENYAKIT!!!!
Mereka dilahirkan disleksia kelihatan normal,sama seperti insan lain (yang normal) malahan sukar untuk kita menangkap/mengenal adakah seseorang individu itu disleksik ataupun tidak.
 Di sekolah golongan ini dapat dikesan bila didapati mereka mempunyai masalah yang agak kritikal dalam bidang akedemik.
Sukar membaca (ada yang tidak pandai membaca hingga berumur 12 tahun),bermasalah untuk memahami apa yang diajar,bermasalah untuk menghurai semula maklumat yang diterima,keliru antara kiri dan kanan,b dan d,p dan q dan seumpamanya,tulisan tangan yang comot,langsung tidak faham apa yang guru ajar walaupun guru baru selesai mengajar beberapa saat yang lalu.

PASTI MENGUNDANG KEMARAHAN BUKAN???

 Bagi yang kering hati akan menganggap golongan ini golongan yang lembab dan bodoh serta tiada masa depan.

ASTARGFIRULLAH....

sungguh kumohon,jangan ada diantara kita yang berfikir/berperasaan demikian kerana sesungguhkan kita tidak memahami akan derita yang mereka perlu tanggung.
 Sesunguhnya mereka ini boleh dibantu jika betel caranya.


Maklumat didalam rajah diatas menerangkan :-

Disleksia adalah permasalahan yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut :-

  • Membaca
  • Mengeja
  • Mendengar
  • Menulis
  • Kegiatan Harian
  • Memori/Ingatan
  • Kawalan Motor
 

PERMASALAHAN MEMBACA
  • Perkataan yang dibaca seringkali terlompat/bertindih atau hilang.
  • Perlu ulang teks yang dibaca. 

PERMASALAHAN MENGEJA
  • Keliru dengan bunyi huruf yang seakan-akan sama.
  • Keliru dengan bentuk huruf yang seakan-akan sama.
  • Sukar menangkap bunyi huruf.
PERMASALAHAN MENDENGAR 
  • Mudah terganggu dengan bunyi yang datang sekeliling (ketika belajar)
  • Sukar mengambil nota yang diberi oleh guru/lecturer
PERMASALAHAN MENULIS
  • Sukar menentukan ayat/perkataan yang tepat
  • Sukar meluahkan idea bertulis
  • Sukar menyusun/merencanakan/menulis suatu struktur perkataan/ayat 
PERMASALAHAN DALAM KEHIDUPAN DAN AKTIVITI HARIAN
  • Sukar menyatakan masa/jam
  • Mudah sesat/hilang arah (lost)
  • Keliru antara kiri dan kanan
PERMASALAHAN MENGINGAT/MEMORI
  • Sukar untuk mengingati tarikh.
  • Sukar untuk mengingati sesuatu yang bersifat berturutan seperti nombor telefon,huruf dan jadual.
PERMASALAHAN KAWALAN MOTOR
  • Sukar menyalin/menulis dengan cepat
  • Sukar menyelaras/mengkoordinasikan/menyusun (fizikal dan mental)

Merujuk kepada maklumat diatas,jelas sekali penderita disleksia sangat "struggle" dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Antara sokongan yang boleh kita berikan kepada mereka yang menderita disleksia  :-

DARI IBUBAPA
  • Sering memberi sokongan moral serta semangat terhadap mereka.
  • Tahap sabar paling maksima amat-amat diperlukan didalam diri setiap ibu bapa. 
  • Sokong minat anak-anak atau paling tidak,sediakan satu kursus kemahiran seperti bakat atau sukan dari mereka kecil dan elakkan memberi alasan untuk tunggu dan lihat apa minat mereka. Ini kerana anak disleksia sangat memerlukan pimpinan dan sokongan.
  • Bergembiralah sentiasa dengan mereka
  • Hargai dan pujilah setiap usaha mereka (walaupun terpaksa berbohong)
  • Tanam keyakinan agar self-esteem mereka akan meningkat.
  • Gilap kebolehan mereka ke tahap maksima.
  • Sering lakukan aktiviti luar sambil mengaitkan segala-gala disekeliling kehidupan kedalam setiap isu yag diperbincangkan. 
  • Ibu dan bapa harus seiring dan sama-sama saling menyokong usaha dalam membentuk masa depan anak-anak
DARI GURU-GURU
  • Tahap sabar paling maksima amat-amat diperlukan didalam diri setiap pelajar yang dikesan disleksia
  • Elakkan memarah,memaki,menghukum (baik mental,emosi mahupun fizikal)
  • Memberi kelonggaran dari segi disiplin dalam masa yang sama tegas agar mereka fahami pentingnya mengikut peraturan.
  • Buatlah apa pun agar pelajar ini bahagia,gembira dan teruja untuk kesekolah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan ibubapa agar mudah melakukan komunikasi dua hala demi kebaikan pelajar tersebut
  • Elakkan men"double-standard"kan pelajar-pelajar disleksia dengan pelajar arus perdana disekolah.
DARI MASYARAKAT SEKILILING DAN KELUARGA TERDEKAT
  • Masyarakat perlu ada rasa simpati dan empati,terhadap mereka yang menderita disleksia mahupun keluarganya (terutama ibubapa). Tiada siapa dimuka bumi ini sanggup melihat anak yang dilahirkan bermasalah tidak kira mental mahupun fizikal. Jadi,sebagai masyarakat janganlah kita menambah seksa dan tekanan mereka dengan mengkritik tentang tingkah laku,pencapaian anak mereka dan cara mereka memberi pendekatan kepada anak-anak ini kerana sudah pasti mereka ada cara tersendiri bagi memastikan anak mereka mampu berdikari seperti anak-anak normal lainnya.
  • Tidak kiralah siapa kita,nenek,datuk,mak cik,pak cik,kakak,adik,abang,kawan mahupun sesiapa kepada mereka,jangan kita tambah tekanan dan derita mereka kerana sesungguhnya mereka (terutama ibu) sering merasakan mereka telah gagal menjadi ibu yang baik walaupun luaran mereka nampak kuat.

Konklusinya,

KASIHANILAH MEREKA.......


Di Malaysia, anak-anak disleksia yang dikesan dari peringkat pra sekolah/sekolah rendah akan ditempatkan
dibawah Program Pendidikan Khas Integrasi.
Di sini mereka akan diajar mengikut tahap kemampuan mereka untuk menyerap segala maklumat yang diberikan. Antara latihan yang mereka perlu ialah latihan bagaimana untuk menguruskan diri dan emosi kerana mereka sangat lemah dalam hal berkaitan.
Dengan ini,ibubapa haruslah redha dan jangan menidakkan hak anak-anak ini untuk mendapatkan pendidikan khas atas sebab malu atau tidak mahu anak mereka ditempatkan bersama anak-anak OKU disekolah khas yag telah Kementerian Pendidikan Malaysia wujudkan.


Tuesday, January 8, 2013

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak

:: SEBAGAI RUJUKAN PERIBADI ::


Sebuah artikel Professor Madya Dr M Swamenathan
Ahli Psikologi


1. Jangan Amalkan Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.

2. Jangan Jadikan Dirinya Bahan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.

3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.


4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.

5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.

6. Elakkan Menyemai Perasaan Takutkan Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.

7. Elakkan Membuatkan Mereka Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.

8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.

9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.

10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.

Sunday, October 28, 2012

Disleksia PART I ~ A Story Of A Dyslexic Girl & I

I sat down and looked towards a lil' girl.
She might be around 10 or 11, suddenly she write something on a piece of paper,

She took up the paper and show me.
Its her name on it.
But she wrote it in reverse,
 ...from right to the left

A story of a dyslexic girl.

...she knew it was wrong tears dripping.
 She started questioning and cry...

"WHY ME"


Oh God
What should I do to help?
 
 I took the paper she wrote her name and take it to the mirror. 

I asked her what she's seeing...

She told me she saw her name..
In the proper way,
Still look upset.
 
What should I do to bring her moral back??? 
 GOD...
May YOU always provide her with mental strength.

You'll always be in my prayer my dear...

-Tribute to the girl that I care so much-






Friday, February 18, 2011

Panduan Keibubapaan

Assalammualaikum...pagi ini sebaik sahaja saya log-in ke akaun Facebook saya , satu nota saya terima dari seorang sahabat baru.Dyanna Idris namanya.

Nota panduan keibubapaan tertera:-


  • Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.



  • Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.



  • Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:-


  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .



  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.



  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.



  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.



  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,



  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

 

  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

 
Semoga nota ini sedikit sebanyak akan membawa seribu kebaikan kepada kita semua. Insyallah..

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...