I fall, I rise, I make mistakes, I live, I learn, I've been hurt but I'm alive. I'm human, I'm not perfect but I'm thankful..
Monday, February 21, 2022
We Moved To Taiping Again (This Time For Good) - First Blog In 2022
Sunday, October 10, 2021
Salahkah?
Beruntunglah dia yang sentiasa menerima doa dalam kelembutan dan kasih sayang dari ibunya. Beruntungkah dia yang keras merentan tapi tetap mendapat doa ibunya kerana kasih ibu padanya lebih dari apa dan siapa pun. Beruntunglah dia yang tidak pernah didoa akan kesusahan hidupnya jika tidak akur menurut.
Hidup mereka inilah yang selalunya senang dan kurang lubang lopak perjalanannya, kerana redha ibunya.
Jadi ibu itu tidak mudah dan tidak semuanya indah, dia dengan sewenang-wenangnya bisa dihujat dan dipersalahkan atas setiap kekurangan diri dan anak-anaknya keatasnya. Beban menahan derita tekanan seandainya ibunya juga sama rapuh dan kerapuhan itu diwariskan kepadanya. Kerana doa ibu itu tiada hijab. Mana mungkin ibu itu menyalahkan ibunya atas kerapuhan yang diwarisi ditakuti kelak dianggap neraka. Kerana dia sedar dalam kerapuhan ibunya itu, dia masih berkebegantungan terhadap ibunya.
Itulah takdir hidupnya, seorang anak ibu yang juga seorang ibu yang tersakiti. Takdir membawa dia berlayar dilautan kehidupan yang bergelora, membawanya terumbang ambing sambil mengenangkan betapa tidak berbaloi dirinya, gagal.
Sungguh sakit luka itu.
Hanya kerana jalan hidup yang ibu ini jalani tidak seperti yang ibunya mahu dan aturkan.
Lebih malapetaka bila kesakitan itu mula terwarisi kepada anak-anaknya.
- Salahkah kalau ibu itu menyalahkan ibunya atas kerapuhan yang dia punya?.
- Salahkah sekiranya dia marah bila mana ibunya sendiri tidak punya cukup masa untuk dia?
- Salahkah sekiranya dia minta ruang dan haknya untuk membuat keputusan atas pilihan hidupnya?
- Salahkah sekiranya dia mengganggap kegagalannya adalah kegagalan ibunya juga kerana tak betah lagi bertahan dengan tekanan yang diberikann oleh ibunya?
Jika dulu ibunya tahu memainkan peranan seorang ibu keatasnya, pasti ibu ini tidak rapuh seperti kini. Tidakkah ibunya terfikir segalanya telah terlewat? Untuk meminta lebih dari yang ibu ini mahu dan mampu. Pasti ibu ini cuma mahu dilepaskan berlayar sendiri bersama puing-puing kehidupan yang telah rapuh.
Berlayar jauh dan sepi, penuh kedamaian
Tapi, disitulah gagalnya dia, bila dia sendiri akhirnya tiba dipenghujung jalan yang mati, dan disitu dia sedar kembali yang sememangnya dia manusia gagal yang masih memerlukan ibunya walau rapuh hingga hancur tulang belulangnya atau sejauh mana pun dia cuba belayar pergi.
Buat mereka yang teruji dan diuji, redhalah kerana itu jalan pilihanmu kerana hidup hanya sementara. Entahkan esok entahkan lusa, sampailah masa, untuk mereka tidak susah dan menyusahkan.
Masa itu adalah masa rehat yang abadi.- Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021
Thursday, October 7, 2021
Cabaran Keibubapaan Seiring Dengan Kemajuan Teknologi Hari ini.
Wednesday, October 6, 2021
Twins 19th Birthday
Sunday, October 3, 2021
Anxiety Attack VS Panic Attack
I really love to share tentang anxiety dengan panik ni (following my own experience) sebab for me, by expressing it out I dapat educate semua orang. Hope ada yang sudi mengambil ilmu ni. I am standing on behalf of other AD survivors yang takde kekuatan nak voice out kerana risaukan judgements. Sama juga when I alway speak out ttg discrimination, racism and colorism towards african asian community in Malaysian. Because I think, things need to be explain. I don't trust self learning method as dalam Al quran pun dituntut supaya ilmu itu dicari dan berguru. I take this sharing is similar to educate, an educating process is the process between the educator and the learner. So, I take this as mengajar other people as well. What I share is based on what my counselor, therapist and psychiatrist explained to me as I am a diagnosed anxiety survivor. Not self diagnose!!
![]() |
| https://1.bp.blogspot.com |
As for my own experience, anxiety ni slow and painful, manakala panic attack pulak rapid and crushing. Kesan semasa dan selepas attack might be different from one to another, just take this as general input maybe pemahaman, kawalan kendiri atau kawalan terhadap orang² yang kita sayang.
Anxiety attacked me slowly but sakittt sangat. Rasa jantung, hempedu, hati ni macam kena genggam pastu diramas². Dia serang dari luar masuk kedalam jasad. Seksa sangat nak tunggu dia blend dan mula berlembut dan slowly pulak lepaskan my jiwa/roh yang dia seksa. Can hold me dalam mode resah up to hours. Kadang² start attack sehari sebelum I meet up trigger that caused it. Trigger could be event like social event. Only reda after I hit my own anxiousness. Yes, berdepan dan get over the things that trigger my anxiousness lah yang buat anxious tu reda. Bila sampai masa tu, badan ni macam takde pape yang terjadi pun before that.
..dan,
Panic attack serang macam kepala air turun dari gunung. Dia langgar pebende yang ada kat jasad ni. Daripada muka, dada, perut, otak semua rasa berkecai. Macam baru lepas kena tolak dari tingkat 20 bangunan. Barai abis jasad dengan roh. Tekak rasa tercekik, jantung rasa kena hentak dengan kayu balak yang jatuh dari lori bawak kayu balak sebab rantai yang ikat kayu balak tu putus.
Jasad terus bagi signal - menggigil, menggeletar, confuse, rasa macam roh nak meresap keluar dari liang² roma badan, macam nak kesurupan. Mula bertindak dluar kawalan dan kewarasan. Contohnya, I pernah kena panic attack masa drive without anyone yang capable to bertindak in the state of emergency. Time tu my mindset telling me that, what I need is only to stop somewhere to get a bottle of water as without it I could be dying. Unfortunately, masa panik tu tengah attack, traffic light suddenly tukar merah and traffic sangat² congested masa tu. Because of my helplessness, I sanggup keluar dari kereta dan meluru pergi kat kereta belakang untuk mintak sebotol air mineral.
Malunya kalau ingat² balik. But it is what it is. Itulah yang terjadi bila panic menyerang. By God grace, orang tu ada sebotol air mineral yg baru dia beli and he gave me. Punyalah x malu, berhenti mintak air dari orang yang tak dikenali, what a shame kan.
Tapi panic attack gitu lah..bila dapat air tu, slowly geletar, heart trembling, suffocation semua slowly hilang. Masa tu, satu perasaan relieve datang macam orang mati yang dapat semula roh dengan nyawa dia. Masa tu barulah malu datang menghempas² muka. Pujuk diri, dont worry..orang tadi bukan kenal kau pun 😂
Gilakan?
Apart of that, I survived. 1 tahun hidup dengan anti depressant, something happened to my nerve system and brain. I could not harm my body any longer. In January I stop the medication by myself with March and officially stop under doc's consent bulan July lepas. I have decided to get over my condition by looking back of what am lacking of and betul² I found that my way of life yg mostly caused it.
Truly speaking, MCO supported my healing process. Pulihkan my insomnia, fix my sleeping pattern, give me lots lots of spaces to myself. Sleep well, eat healthy and faktor keliling yang sangat² supportive healed me sebab MCO dapat buat I isolate myself from the triggers. I love to share about anxiety disorder because by expressing this out, I feel relieved and fixed. and I love to write too 😊
Dengan bercerita, selain bagi semua orang disekeliling faham, ia juga give me space without depressing me with rasa malu dan insecure. I don't mind judgements because this can happen to anyone. Cuma tahap serangan dan kekuatan seseorang untuk hadap benda ni. I am anxiety survivor and I dont have anything to be ashamed of 😊
Thanks kerana sudi baca sampai habis.
This Is How It Goes (The Symptoms)
Why?
Kerana otak adalah umpama ECU atau motherboard pada sistem tubuh yang mengawal kesemua aktiviti fizik, biologi dan kimia tubuh manusia.
Jantung kejap laju kejap slow.Nafas kejap lega kejap sesak.Kencing kejap manis kejap tawar.Tyroid kejap tinggi kejap rendah.Kolestrol kejap tinggi kejap rendah.Berak kejap cirit birit kejap sembelit.Mata kejap terang kejap rabun.Perasan kejap tenang kejap bercelaru.Tubuh kejap cergas kejap longoi.Mood kejap ok kejap tak.
Segalanya kejap².
Penat doktor nak kejar. Masa tak tau dulu², huru hara jadinya. Panic attack sesaje. Bila dah tau, tenang sikit jadinya. Bukan tiada tapi dah lebih manageable. Dan hari ini otak penderita anxiety dan depressive disorder ni akan terus kreatif melayarkan fikiran dan imaginasinya. Jika hati kita tak yakin pada tuhan maka hati akan lebih cenderung kepada melayan resah yang berpanjangan. Maka akan terus bermustautinlah anxie disorder dan lebih dominan ketakutan itu dan semakin meningkat naiklah degreenya. Myself sendiri terlalu banyak negative self talk. Orang anxiety disorder ni macam - "can smell what The Rock is cooking" 😂😂
Increase sensationsnya.Increase Emphaticnya.Tinggi alertnessnya.Tinggi instinctnya.
Ianya dibuktikan dengan kajian saintifik. Inilah masanya mendidik hati bertawakal. Inilah masanya kita gunakan kuasa hati untuk mentadbir diri. Inilah masanya untuk hati kita mengawal, mentabdir, memperbaiki, reprogramming dan mendidik fizikal otak yang menjana akal. Ianya boleh berlaku jika kita berusaha membersihkan hati (redha tanpa ragu dengan kurniaan tuhan) dan serahkan hati sepenuhnya kepada tuhan
End The Stigma (Anxiety Disorder)
Sakit!!!
Sangat sakit, only God knows 😭
But, as my own experience - panic attack happen due to anxiety, tak sure pula if it can be in other way around. What I have been through is, by understanding anxiety (and triggers) makes me capable to control my panic episodes.
Please bear with me when I'm too loud pasal anxiety dan panic attack, this is the only way I can calm myself down dan redakan cetusan serangan yang mungkin menjengah tak mengira masa dan tempat disamping too passionate to share with the world so no one will feel the same pain as I do 😞
#speakout #endthestigma #standstrongfighters #mentalhealthawareness
My Kinda Anxiety Survival Kit
Anxious, anxiety attacks and outings? Why not? I choose to fight!
- With a bottle of chamomile tea and lavender oil along.
- Taking my medications, multivitamins and mind the food and drinks I take before leaving (no sugar, minimum carbs, no caffeine).
- Make sure all related medications and medical kits is 'on the go'.
- Enough and correct sleeping time (8 hours of good sleep)
I have made it!!
I love suspend, thrill and horror fiction reading and movies. But, I lost to the anxiety attack in my previous horror movie session with kids. I failed. I surrendered to my own anxiousness. I left the cinema hall at the middle of the movie which never happen in my life ever before. I thought I'll never step my feet in the cinema hall ever again. I almost give up the thing I always enjoy with kids, families and friends on holidays.
At this point, I have decided.
I'll fight this so called anxiety disorder and I'll prove that I'm superior that it does. I'm the controller of my mind. I'm the strongest. I'm worth it. I made this time, With the good control at the first hour in the hall, I know it is playing my mind off and thinking that I'll surrender this time?
Hell no!
I'm the controller of my own mind. Mark it!!
#thediaryofananxietysurvivor #letsfightfighters #ifIcansocanyou #IsharebecauseIcare
ps: rewarding myself with my favorite fiction book right after movie 😍
We Have Had Our Covid-19 Vaccine #PfizerClan
Sunday, February 21, 2021
2020, COVID-19 & MY LIFE
Hola guys..
Its has been long that I didn't update this blog as year 2020 has been so rough to everyone, without us realizing. Laju je masa berlalu kan?
All is because of this wicked pandemic called Covid-19.
Lost of income, moved house, loved ones stranded oversea almost 1 year, name it, Semua pun I have been through. Honestly, mom and dad was my backbone. they have been my support. Lead my ways sampai takde ruang nak rasa down dah.
I'm positively in the good state of mind even mula-mula selalu kena migraine and anxiety attacked.
For the first 4-5 months of MCO, I have been selling variety of kerepek popia such as popia pedas, popia cheese and popia nestum. It helps my expenses for that 4-5 months. After 7 months buat bisnes tu sambil manage twins, hantar them to their campus after 3 months MCO finished, sampailah the 2nd CMCO they need to be back for home online class and finished their 1st semester December end.
Now we're almost going to March.
Husband's flight cancelled again, his mytravelpass will be expiring before April end. How lah? Just wait and see. I'm fully positive eventhough kids and I miss him crazily. we're fine with all these nowadays technologies and such.
Been in Taiping since January, I stopped my kerepek popia production and starting my new business. started from early February.
See you next writes up lovelies!!!
Saturday, October 26, 2019
Teknik Relaksasi Ketika Diserang Anxiety & Panic
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah tinggi, penyakit jantung atau susah hendak tidur, sakit kepala dan asma.
Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, regangan & gambaran dalam fikiran (Imagery)
- Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
- Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
1) Melakukan teknik pernafasan dalam adalah teknik asas yang pertama. Ianya dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam. Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
Cuba praktikkan untuk beberapa minit antara 3 ke 4 kali sehari atau apabila pesakit merasa tegang dan tertekan.
Cara-cara menarik nafas yang betul ialah:-
- Duduk dan letak kedua belah tangan pesakit dengan erat dan selesa di atas perut.
- Pastikan otot perut dalam keadaan rehat.
- Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
- Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya
Kemudian cara-cara menghembuskan nafas:-
- Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana kedua belah tangan masih diatas perut.
- Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
- Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan.
- Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut (ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)
2) Teknik asas kedua ialah gambaran dalam fikiran (Imagery). Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda. Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.
Apabila anda ingin melakukan teknik relaksasi adalah amat penting untuk anda:-
- Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
- Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
- Jangan biarkan pesakit bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi.
- Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
- Bangun perlahan-lahan apabila sudah bersedia.
Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan.
- Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks.
- Cuba mengenalpasti punca stress atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
- Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal stress pesakit
Kredit: http://www.myhealth.gov.my
Diam
Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...
-
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah ...
-
Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...
























