Thursday, December 22, 2016

Chrismas Dinner At One Of Our Afro-Asian Friend

Lamanya mummy tak update blog ni kan?
Ada yang rindu tak?
😊😊😊

Update kali ini mummy nak ceritakan pengalaman sambut chrismas dengan salah seorang kawan afro asian mummy.

Pada malam Ahad 19 december yang lalu, salah seorang dari family whatsapp group afro-asian kami telah menjemput mummy dan member whatsapp yang lain untuk kerumah beliau kerana keluarga beliau telah menganjurkan satu majlis makan malam sempena krismas yang akan datang.

Just mummy, sally dan myra dengan anak-anak je antara yang hadir pada mlm tu, yang lain tidak dapat hadir atas sebab-sebab tersendiri.

Macamana pun, pada mummy majlis tersebut tetap meriah dan ceria, sangat terserlah semangat afroasian disitu.

Kami panggil the host as kak rose, kak rose senior kami.
Anak-anak kak rose dah pun remaja belia,
4 orang semuanya.
Banyak yang mummy nak belajar dari kak rose ni..

Compliment for the season.
Thanks and happy christmas to the host and family.
May this season bring joy and happiness.
Thanks for welcoming us as well..
Thanks afroasian sisters for the cheerful night.
Food is superb..

Ooh ya,
Sebelum terlupa, disini mummy kongsikan detik-detik awal perkenalan kami dalam gathering kecil kami yang pertama yang kami adakan di Ikea Damansara pada beberapa Ahad sebelumnya.

Pertemuan tersebut diaturkan selepas kak hawa yang juga senior kami menubuhkan group whatsapp yang mana kami seramai 6-7 orang yang semuanya.

Bersuamikan lelaki afrika, decided untuk get together. Suami, ada yang dari nigeria, ada yang ghana dan ada yang dari zambia, so interesting.

Thanks kak we..

Dari situlah perhubungan kami semakin akrab dari hari ke hari, hinggakan yang jauh dimata pun jadi dekat dihati.

Dell, sally, kakwe, kakrose, wani, myra dan kadang² a'an 😂😂

Till next blog.

Tuesday, May 17, 2016

Read Baby Read



Books make me travel and get new adventures to many places,
By reading, I found that the use of social media is different following each country.
There's some country that ban/block certain social media application,
for and example Facebook was banned/blocked in mainland China since 2009,
but dunno if there's already can be access now, have to recheck 😜😜

No wonder, we'll find out that Facebook usage's among the highest were in Malaysia
but when we travel, our friends which stay abroad might not really into it (e.g: fb)

Should we feel embarrassed?? 
Nayyy..I don't think so!!

This is just us, just Malaysian thug lol 😂😂

p.s: oppss, but ain't a nerdy reader lolll..im'ma rock and roll mama 😜


Wednesday, May 11, 2016

Dinginnya "Winter Di Afrika"

Bismillahirahmanirahim...

KEMAS BLOG TERKINI

Setelah sekian lama ku tidak mengemaskinikan ruangan blog ini yang entah ada entahkan tiada sesiapapun yang berminat untuk singgah membaca melainkn teman-teman rapat.
Hari ini aku tertarik untuk menulis. Tepat after a complete year..
Even, ini adalah blog aku yang pertama bagi tahun 2016..

Aku ingin menulis dan berkongsi tentang sebuah novel yang baru kubaca. 
Buku yang ditulis oleh seseorang yang boleh ku anggap"adik", Tapi berlainan ayah dan ibu,
Ia menjadikannya begini kerana kami berkongsi rasa cinta yang sama
pada lelaki kelahiran benua yang sama.

Oohhh!!
Tapi bukan lelaki yang sama, jangan risau ok hehehe..

Suaminya berasal dari Ghana, manakala suamiku pula dari Nigeria. 
Namun begitu, setiap irama dan rentak yang kami tari dan nyanyikan itu sama, 
setiap kesedihan yang kami tangiskan itu sama, 
setiap kejutan yang kami perlu tahan itu sama, 
walaupun hakikatnya kami tidak pernah kenal secara zahir, semangat kesaudaraan itu ada. 
Kerana kami ibu kepada anak-anak Afrikan-Asian...

BUKU PENGIKAT SILATURRAHIM

Minggu lepas, telah diadakan pesta buku antabangsa besar-besaran di MAEPS, Sepang.
Disitu beliau membuat pelancaran besar-besaran buku yang ditulinya.
Dia telah menulis sebuah buku yang sangat membuat
jiwa kemanusiaan aku meronta-ronta untuk membacanya.
Selama ini aku hanya mengenali dia dengan nama FBnya Paola Kira Ewusi yang diambil sempena nama anaknya yang berdarah kacukan Melayu Ghana iaitu gabungan 2 benua Afrika dan Asia.
Hari itu, aku telah mengambil kesempatan yang baik itu untuk bertemu 4 mata dengannya, kerana penulisannya membuatkan air mata ku tumpah tidak tertahan-tahan, merobek tangkai perasaan ku hingga tidak dapat aku luahkan dengan perkataan.
Yang pasti, apa yang ditulis itu adalah nyawa dan kehidupanku.
 Perjalanan aku mengembara dengan pengalaman selama hampir 15 tahun.

TERIMA KASIH, DELL (nama panggilan aku kepadanya),
gadis melayu, penulis kelahiran Melaka ini.





HIGHLIGHT TENTANG "Winter Di Afrika"

Yang membuatkan aku begitu tertarik untuk highlight kan review khas tentang buku ini ialah 
instead of banyak-banyak buku yang telah aku baca, pengalaman yang penulis kongsikan hasil dari pengembaraannya ke benua Afrika ini hampir apa semua yang ingin aku luahkan hasil dari pengembaraanku ke bumi Afrika  namun tiada suara mahupun tinta yang bisa terluahkan. 

Hanya sedikit darinya mampuku karangkan di blog ini satu ketika dulu sekitar penghujung 2014. Namun tiada daya dan keyakinan untuk menulis apalagi untuk dibukukan seperti apa yang telah penulis realisasikan.


Tahniah Dell!!! 

Thanks Dell kerana sudi kongsikan pengembaraan Dell dengan kami.

"Duhai hidup! Kadangkala ada benda yang susah betul nak kau luahkan"
- Winter di Afrika by Paola Kira Ewusi hanya dengan membaca, kau akan mula mengenal jati diri sendiri 
lantas memahami perihal manusia lain.

Bacalah...dapatkan ia sekarang,

p.s: Bagi yang ingin dapatkan novel ini, sila hubungi beliau di https://www.facebook.com/zaila.ali

Grab it now!!!!

Me beside the writer and another friend, bersama-anak-anak.


"For the sake of African-Asian Unite, One love"

Sunday, May 10, 2015

My Mom Mother's Day Tribute...

Mak yang sentiasa cerewet tentang segalanya, yang perfectionist, menyediakan yang segala yang terbaik yang satu pun aku x boleh tandingi!!!
Mak terbaik treat kami same as the way we're still babies for her yang acapkali mengundang krisis yang sentiasa terjaga dari tidur kerana rindukan anak dan cucu yang masa mudanya menggalas senjata, selenggarakan tahanan selain menjinjing senduk.

Mak hebat, yang anak-anak still can't beat!! 
Mak kata aku keras hati  tu semangat "commando" yang terwarisi dari mak..ada masa rasa rimas diatur mak walaupun sedar itulah yang baik untuk kita..tapi, bila dah punya anak sendiri barulah sedar, apa rasanya seorang ibu yang mahu 100% kesempurnaan utk anaknya yang sudah pun membahagiakan kita dari lahirnya kita kedunia sampai saat dia perlu diampu sokong tika membuka langkah dijalanan..

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku. Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.

Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.

Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.

Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.

Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.

Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.

Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. 
Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.

Ya Allah, permudahkan lah dia ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari di hisab.

Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu

Selamat Hari Ibu, Mak...

Wednesday, March 4, 2015

This Time For Africa Vol 1 _ Our Nigeria Trip

This time for Africa

Tepat 11.50 am (local time) Lagos, flight kami Ethiopian Airways safely landed at Murtala Muhammad International Airport, Nigeria. 
Syukur Alhamdulillah. 
After almost 20 hours flight, including the transit period, sampai juga kami kesini.
Letih, gembira, cuak semuanya bercampur aduk.


I feel sooo tired...

Budak berdua ni excited sangat. 
Since long time, Nigeria yang “kental” ini, surrounding inilah yang buat diorang feeling at home.

Selesai uruskan luggage yang mana 1 for Mommy, 2 for twins and another 6 luggages is for daddy, kami berjalan keluar. twin daddy, daddy Mac has been waiting for us outside of the airport. 
He’s so happy to see us and so are we...

Kami check-in di Abidap Internationally Hotel, LagoS, it was a very comfy room, dengan ruang tamu kecil, master bed room with 2 bathrooms.

For the first time in my life. I experienced penggunaan generator for the whole life daily activities. It’s kinda exciting but stress juga bila electric kerapkali mati disebabkan power terputus.

Aircond pula at times terpadam dan hidup semula beberapa minit atau jam kemudian. 
Bekalan elektrik di sini tak dpt dinikmati direct 24 jam. 
Ada ketikanya, electric akan terputus dan power akan digantikan dengan penggunaan generator. 
So, yang agak berada dan mampu akan pakai generator but yang tak mampu akan hanya melakukan activity diorg dalam gelap atau lampu suluh. So far, pekan Lagos ni still ok, pekan yang sibuk dengan urusan harian terutama perniagaan.

Pemandangan asing yang amat mengujakan. 
Hiruk pikuk manusia menjalankan activity harian disini sangat unik dan asing for me, ini antara yang  menjadi sebab aku tak henti bersyukur kerana aku anak Malaysia and I born within the civilisation, kasihan mereka yang tak berpeluang menikmati arus ketamadunan yang kita cherish everyday, namun inilah dunia mereka. 

Unik 
Aku teruja.

2 hari menginap di Abidap International Hotel, kami dapatkan sebuah van sewa which they called it chartered bus untuk pergi ke Ondo State. 
There, where daddy membesar and Mac (kembar daddy) settled down as well. 
Mengerjakan sebuah kedai buku sejak 15 tahun yang lalu. Begitulah Mac mencari pendapatan buat keluarganya 
It is very famous book store within that residency.
He has 2 kids, a boy and a girl.

Kami tiba dirumah sewa yang telah diuruskan oleh Mac since before our arrival.
Rumah yang sangat cantik dan sangat selesa. Terlupa pula nak tanya Mac nama landlord rumah sewa kami, yang tahu diorang antara keluarga Muslim di territory ini. 
Bukan main happy diorang bila tahu kami, family Muslim yang akan menginap disini untuk beberapa bulan. 
Bilik sewa dengan tandas, bilik air dan dapur yang berasingan sangat bersih, selesa dan selamat buat kami satu family disini sepanjang penginapan kami. 
Daddy did his best for us and Mac juga sangat menjaga keselamatan dan kebajikan kami disini.

May Almighty God bless them in all ways….



Lebih banyak church yang kami lewati sepanjang kami melalui kawasan disini.. juga terdapat beberapa buah surau dan masjid kelihatan disana sini dan ramai juga penduduk Muslim yang kami temui

Masyarakat yang tinggal di luar bandar masih jauh ditinggal arus ketamadunan
Kagum dengan mereka cus they still manage to live their daily life dengan keadaan yang serba terbatas 
Bekalan electric hanya dinikmati sekali sekala dan oleh mereka yang afford tuk beli generator.
Yang kami beli untuk kegunaan kami disini berharga dalam average 30,000 (naira) tak semua mereka disini afford to have it.
Ada jugak nampaknya local people disini masih menggunakan telaga for the water supply.
Setelah 4 hari disini, isteri Mac which is my biras, his 2 kids and Aunty Felicia, kakak daddy telah kami temui.
They seems so happy to welcome me n the twins here.
what’s so great hospitality

Betul kata coach pada one of my classmate masa diploma dulu, which is a Nigerian to, masyarakat disini welcome their guest very well, they treat me like a queen
Segan jadinya

Hari kelima kami di Ondo, I received a helper to assist me for the house works,
her name is Precious, yang menariknya die pun dilahirkan kembar. 
Tapi kembar sepasang. It’s kinda blessed for twins cus maid yang jaga keperluan diorang sepanjang di sini pun twins jugak,
Mostly Precious akan tolong kerja such as basuh baju dan kerja dapur. 
That’s more than enough sebab kat sini Mummy tak de washing machine and gas stove.
Kata daddy, tak perlu beli since they having electricity problem here.
So hanya basuhan tangan dan masak dengan menggunakan dapur minyak tanah berikutan harga balang gas yang mahal for them here (town yang kami stay ni - Ondo)
Best tau masak pakai stove ni...macam main masak-masak.
Last tengok mak pakai dapur ni, circa 1986/87, masa gas habis.
 Tunggu gas tak sampai and perut dah lapar masa tu.

For the moment I typed this…my internet connection has failed.

Takde Facebook,
Takde What’s up,
Takde Instagram ,
Takde Wechat,
Takde Blog….
Takde semua!!!!!

Aku masih tak terbiasa dengan caj data syarikat telekomunikasi disini, top up memang top up
Tapi macam tak cukup langsung lolzz...

Maybe I should top up lebih atau aku yang jakun kot lollllllz

TV pun at times tak de signal lagi-lagi  bila hujan,
 Ini buat aku teringat keadaan ASTRO di Malaysia dalam 12-13 tahun lepas, ASTRO pun mcm ni jugak dulu.
.Di Nigeria, satellite diorang ada pelbagai, tapi yang kami register ni known as DSTV

Sambil meniarap atas katil,
 I just type this post and wish to post it on my blog whenever there’s internet connection dengan sabar!!!!

Kami di sini bukan di bulan cuti persekolahan, so, daddy hire a private teacher untuk ajar twins sepanjang twins berada disini. 
She a lady teacher and her name is taiwo. taiwo means twins in yoruba, lebih kepada the first twin

So,do you got what I’m trying to tell ya???

Yes it issss!!!!!!! 

She’s also twins, 
What a miracle right..subur sungguh orang kat sini hihihiii

There a lots of tribe yang Mummy tau dari pembacaan di blog dan internet,
tentang tribes yang ade kat Nigeria ni
But yang paling Mummy ingat ialah ibo, yoruba & housa.
Most ibo adalah penganut agama kristian manakala yoruba campuran dan housa pula mostly diorg adalah muslim. 
Dan ada juga yang menganut agama puak dan mungkin juga mengamalkan atheism, iaitu tidak menganut mana-mana agama.

The language that they’re using for their daily conversation pun berbeza mengikut tribe. 
Contoh yang Mummy dah belajar ialah bagi panggilan bagi "TWINS" itself, kalau dalam ibo they use to be called EJIMA yoruba pula they called TAIWO bagi someone yang dilahirkan kembar…itulah yang serba sikit Mummy dapat tahu dari teacher "Google", kalau salah harap maaf!!!

We’re absolutely happy that we can come to this very place…tempat dimana daddy membesar. I’m soooo so blessed in every way of my life.

Thank you ALLAH

4th July 2014…
Ramadhan in Ondo State

It’s almost a week dah umat islam berpuasa. 
Masyarakat Islam kt sini menjalankan ibadah puasa mereka secara sangat bersederhana.

There’s no pasar Ramadhan or lambakan makanan as the way we Malaysian muslims celebrate it in our place.
 Insaf sangat bila fikir betapa kita “melebih2” dan sering kurang bersyukur dan merungut.

Thank you ALLAH…you gave me chance to b thankful of my life through this way 
Thank you Thank you Thank you ALLAH

We might be travelling to anambra state to  visit Mama and the other family members.
 I’ll share my journey and it’ll be soon.

Till then....

Monday, December 1, 2014

20 Fakta "Istimewalah Sangat" Tentang Aku...

Since terbaca blog penulisan Si Odah bff ITTAR ku di http://uptotheeaves.blogspot.com/2014/11/fakta-istimewa-muntoh-tentang-aku.html, aku pun sepenuh hati rasa tertarik ingin mengarang perkara yang sama  mohon kawan2 readers jangan muntah yer hehehe...

This is absolutely just for fun.
Takde makna apa-apa pun melainkan untuk kenal diri sendiri dengan lebih jelas.

Ok, here is the:-

20 fakta "Istimewalah Sangat" tentang aku... 

  • Suka warnà biru violet & ungu and kadang² pink.
  • Suka novel/film bergenre seram, travel & living, historical, biografi, motivational, penyiasatan dan penyelidikan.
  • Suka membaca & ambil idea yg bisa mencetus inspirasi secara personal utk diluahkan secara penulisan semula cthnya blog ni la 😉
  • Suka western/chinese/japanese cuisine (soup & grill)
  • I'm totally a defensive mom (sampai tahap anxiety rasanya)
  • Pendendam dan lama gila nak forgive and forget.
  • Suffer with diabetic (insulin reliant) and peripheral neurophatic - sigh 😢
  • Suka tolong orang tapi malu nk minta tolong dari orang, good listener.
  • Suka gentel bucu bantal kat bibir and boleh sampai tertido uols
  • Pernah tulis cita-cita bila besar nanti nak jadi penulis/wartawan - dalam fail maklumat murid TMGS (Primary) masa tu pn. mahani mohd shariff guru kelas aku.
Tp tak pernah berhasil menulis sebab...
  • Mudah putus asa [as relate to low self-esteem] x keyakinan
  • Mempunyai impian nak pijak bumi europe seawal umur 14 thn tp still xsampai lagi, cuma berkesempatan menjejak beberapa negara di asia dan afrika sahaja.
  • Boros giler bab mkn sbb kuat makan
  • Quick temper tp loving
  • Not pet friendly at all, takut kucing paling ketara tp suka bagi haiwan makan cus percaya yang haiwan bisa mendoakan rezeki utk penjaga mereka
  • Sejenis yang believe in luck & karma
  • Tak suka wedding occasions
  • Of course aku anti-racism & colorisme.
  • Super ringkas aka selekeh terutama bab baju (tshirt and seluar je dah cukup) haha sayang duit beli baju sbb baju semuanya macam mahal je pada aku, lol. Food xpe, food x mahal...kahh 😝
  • Punyai childhood moment yg super independen tapi tak berapa best relate to my mom yang sibuk bekerja time tu but kira budak bijak masa kecil dulu sebab boleh membaca dari umur 4 tahun sebab aku ni sejenis cinta buku, tapi merudum start dr drjh 4 sebab malas buat homework & exercise.. (selalu kena hambur dengan miss tan sebab malas buat homework maths)
Tu je kot..ke ade lagi???
Haishhh takyah lah,cukuplah 20 kan
Okbai....

Karya

Dalam kelainan..
Adakala aku alpa,
Adakala aku terlupa yang aku tidak boleh sama,
Adakala aku tersasar,
Tetap melakukan yang salah walau tahu ia salah..
Dalam ketika kugenggam erat pendirian yang hidup ini bukannya perlumbaan,
Tetap aku terlupa masih menjeling kanan dan kiri mencari beza...
Siapa sudah kedepan dan siapa harus ditandingi,
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...

Mencari dan terus mencari arah cahaya...
Agar jalan yg dilalui kurang durinya,
Sambil berjalan tusukan duri ditepi pula menyambar..L
Luka,
Terus berdarah..hancur kulit dan isi.
Baiknya kalau duri memahami...buka laluanku agar kurang teruji.
Aku bukan malaikat...bukan juga nabi.
Hatiku rapuh bisa saja hancur bertaburan jika salah caranya...
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...


Tuhan,
Bantu aku bantu "itu..keadaan itu.."
Terangkan samar2 jalanku agar aku terpandu untuk memandu...
Hantarkan sedikit simpatiMu
Kurniakan aku keajaibanMu..
Sungguh aku perlukan itu,
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...

Ku merangkak mencari cahaya,
Terkadang kudapat cahaya itu..terkadang jauh ianyanya sirna,
Tika itu berdarah tubuh tercalar..namun langkah tetap melangkah..cari lagi cahaya.
Harapkan diri ini teguh..terus menggalas.
Terus genggam..namun untuk lepaskan tidak sekali.
Sakit...
Sakitnya
Sakitnya Itu Didada ini...


27hb Oktober 2014
Nurulhasni (Udems) Abu Hassan
8.30 mlm
Atas Sofa Ruang Tamu Rumahku.......

Friday, November 28, 2014

Why The Word "NEGRO" Being Objected By Most Of Black People (Written by An Asian mom)

This posting has been made due to the complaint by my mixed black kids whenever they hear the society calling them with the term - "negro"

It is so saddened but I always insist them to let the frustration and the anger go but in the same time its worrying me if that situation could be a disturbance to the mental and emotion, specially when they mix around with local people.

Hereby let us share some knowledge to everyone whom might visit and read my blog.

Dear friends,

The word "Negro" being objected because it was associated with the long history of SLAVERY, SEGREGATION and DISCRIMINATION - treated African Americans as second class citizens, or worse. 

By reading this post, we really hope those who has understood and clear about this issue can "walk together" with us in this battle. The battle to spread awareness and to increase the sensitivity among races. We really hope, all parents in the society will raise their children to be the civilize and high mentality standard children for the sake of their future, Raise and educate our children not to mock and humiliate black/African people that they see in our society nowadays.

We are not either selfish or demanding beyond our rights but we are appealing for a positive surrounding so that our mix black children can live happy and healthy just the way local children is enjoying their childhood here in Malaysia.
"Malcolm X referred "black" to "negro", but also started using the term "Afro-American" after leaving the Nation of Islam".
That is if we refer the term to the American "black". How about Malaysian born mix Asian black kids which I am happy to refer them as Afro-Asian kids.

This is some tips that society can apply following their part:

1) AFRO ASIAN MOMMIES,

Let us be positive to help our kids grows happily. Teach them how to be proud of who they're let them believe that black is beautiful. Make them calm an take the meaning of "negro" as not  as bad than just ordinary "black" which something common like other colors in the rainbow.

Black itself sound strong and tough what, keep calm - we're afro-asian lol 😝

2) OTHER PARENTS

It's good if parents in Malaysia beyond races and religions can be able to educate their kids from small to avoid themselves from using any for of words or behavior that might have racist and discrimination act. 

Unfortunately, what normally happen is, our little ones learned from their seniors. They practice what they hear, see and taught.

We are still worst in the sentiment of racist, not only towards African or other third world country foreign comers. Malaysian are still a bit racist towards each other (among Malaysian local races)
It would be nice if we can help each other to fix this situation in our country right?

I'm pretty sure that we all wanted the best for our kids. I fight this not only for the sake of Afro-Asians but to everyone here, in Malaysia. 

Together we create a positive surrounding for the sake of our future. 

Our children.

It's ok if we can change it completely, if we at least can increase the understanding between us. It is good enough. Slowly towards the better is better then act nothing.  

"Call them African instead of Negro.
More acceptable"

3) TEACHERS

We really hope, teachers in Malaysia will be more sensitive and play their roles very well in order to educate Malaysian students from their preschool age to respect every races, religions and cultures. Doesn't matter if there's only 1 minority student in the class, he/she need to be respected. They must quickly take any precaution act when they detected any form of bully that might related to racism act among multiracial students at school (eg: mock calling any student using their offensive terms like "negro")

"We need great educators to create the educated students"

With a good understanding and the cooperation from the school administration, we can also create a positive place and surrounding for the students to grow and learn.

4) COMMUNITY

We are the community, the power (to control) is in our hands. Do better be better, For sure we can control the situation. When we manage to control the situation, the rest would be fine. Nothing wrong by showing a good deeds. Just make sure rise our children by giving them good knowledge. Respecting others apart of their race, religion, citizenship and things like that is a noble act. 

"Call them African/blak people instead of Negro"
That shows respect, Thank you so much  

#ONELOVE



Wednesday, November 12, 2014

Gold Coast (Morib) Holiday

31st October 2014 my October closing yang sangat blessed.

Start from 13th October, which is my birthday, such blessings muncul in our family.

I ended my lucky month dengan percutian ke Gold Coast Morib International Resort with the whole family.

Even sad that my lovely niece baru discharge from the hospital, tapi syukur at least her condition getting better.

Here's the joyful moment..













Friday, July 25, 2014

This Time For Africa Vol 2 _ Our Nigeria Trip


Travel journal yg aku save dalam lappy tak dpt buka cus suddenly lappy tak boleh on.
Entah apa problem

Stressnya!!!

Journal since the first day of our arrival hingga the final day before we depart to the Anambra State.

Hopefully boleh on la bila balik nanti. Cus I really wish to share my travel experience with all of dearly friends yang wanted me to write this on my blog.

This is untuk korang ye guys...

THIS TIME FOR AFRICA :')

SUNDAY 7/7/2014

As early as 6.30am kami bertolak meninggalkan Ondo State.
Hujan pagi ini sangat lebat.
Our destination is Anambra State, where Mama is, where hubby was born
Setelah melalui 6 jam perjalanan yang sangat kental, kami pun tiba di Anambra State.
Kawasannya lebih tersusun dan maju dari Ondo State.
Riuh dengan hiruk pikuk umat manusia berjual beli, pekan Anambra ni antara market terbesar seantaro Nigeria, hubby la yg ckp mcm tu
I trust him cus it's really a busy market

no lie ooo 

Jalan rayanya lebih luas dari jalan raya di Ondo. Its make me flash my memory back at suasana kampung di pinggir bandar dan kampung di Malaysia, seriously
I'm used to everything now dan mula rasa selesa and at home.



Kami tiba at Mama's house lebih kurang 1 pm. 
Mama, Felicia,William his wife and kids serta beberapa ahli keluarga sudah sedia menunggu.
Mama's house located just by the side of the main road.
Mama sambut kedatangan kami dengan gembira...tentulah terubat hati tuanya yang sangat merindui salah seorang putera bongsu dari pasangan kembar lelaki ,daddy lah tu

Kami disambut meriah dengan jemputan jiran tetangga dan saudara berdekatan, ucapan dan doa dari wakil penduduk di sini.





Paling utama, walaupun kami berbeza kepercayaan dan iman,
aku hormati mereka sebagaimana mereka menghormati peganganku and syukur kami berhasil menghadapinya dgn kasih sayang.

That does matter.
 For the whole day mama non-stop menerima tetamu dan 
non-stop juga Mama telling others how happy she is.

My sister and brother(s) in-law pun tak kurang baiknya, never fail untuk menyediakan our necessity. They really cherish our presence here.

Syukur...
Hubby were kind to, he take a well care about my kids and my hospitality here.

Since I felt so comfortable and safe, even hubby aren't around. My twins are around and the family is lovely and kind to me.
Nothing to worry, as long as am still in the house area dan tidak keluar tanpa sesiapa temankan.
Nieces and nephews are around, kakak ipar, biras, jadi tak de ape yang perlu ditakutkan.
Dengan izinNya aku sentiasa selamat. 
Alhamdulillah.

Thursday 11 July 2014

Final day we're at mama's house.
Esok kami akan bergerak balik to ondo state, where our rental house is.
Hubby decided to shortens our stay in Nigeria regarding unfinish business back in Malaysia, 
we left mama house pada Friday, 12 July 2014 lebih kurang 3pm, dengan menaiki bus 
diorag panggil bus, but it's actually van or MPV charter dari Anambra state ke ondo state. 
Kami tiba di rmh sewa lebih kurang 6pm, letih sangat. 
But puas hati, twins menangis sedikit time nak berpisah dengan nenek, aunty, uncle dan cousin in the village, kesian twins

On Sunday 14 July 2014,
Mac arrange a photographer for the photograph session to snap family portrait kami. Mac dan wife dia juga arrange Nigerian traditional attire for me & my twin
It's spectacularly awesome!!!

I love it. Mummy dpt puji for the whole day, we are perfectly happy.
Right after that, we all went to chill out sambil dengar African music 
dekat one of the nearest bar in that town. Esporta Hotel, Ondo Town sambil tunggu 
world cup final Germany vs Argentina, 
cus masa tu musim world cup.

Hubby & Mac wanted Germany to win and its happen.
We went home happily

--

Hanya menanti hari untuk meninggalkan bumi Africa, penuh berharap 
akan bisa jejakkan kaki kesini lagi in the future.

Final day in Ondo

Again, 
we hang out at the Esporta Hotel Bar sambil berbual panjang 
mendengar international dan local music.

--

Hati sangat sayu when my nephew nangis when he knows that am leaving but I miss my home badly too. I love my beautiful life.

Thank you GOD


Tuesday, May 27, 2014

Travel To Africa PART 3: Yellow Fever Vaccination

In few posts ago... 
I promised to tell ya' about the YFV.

As for Malaysian, salah satu syarat untuk permohonan visa ke negara in the African continent ialah, we need to be vaccinated by the Yellow Fever Vaccination...

It's not too easy cus tak semua klinik/hospital providing this type of vaccine and its a bit costly.
So, I pun sibuklah meng "Google" list of clinics yg ade, rupa2nya xbyk klinik yg provide vaccine ni kt KL, malahan Malaysia just only about 19 places and 5 within KL (anggaran je la)
I found some places dan start calling

Twin Tower Medical Center - KLCC, Prince Court MC, Pusat Perubatan Putrajaya, Hospital Tentera Wangsa Maju, ada yg too costly dan ada yg hanya provides utk government servants yg travel to Africa atas urusan rasmi. 

Finally I got the klinik yg provide vaccine ni dgn harga paling murah among all...it's KLINIK KITA, DAYABUMI.

We got the vaccination certification right after bayar...dah boleh submit ke kedutaan...

hoooyeaaah.

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...