Monday, June 17, 2019

Happy Father's Day Daddy


May God protect you from any form of sickness, be your strength during the odd times and be the source of your happiness when you needs His guide. May you walk in the world and never fall, make your life a great blessing. 

Amen.

Mummy and twindy loves you mucho daddy 
💋


Happy Father's Day Abah

Abah,

The one that always supported me all the way specially when it comes about my marriage. 

17 years ago, as a typical Malaysian Malay man and only worked as a prison officer with Jabatan Penjara Malaysia, he only cried once (when my mom told him that I asked for their permission regarding marriage) and reminded me to be strong for whatever come towards bcuz he knew how society will look at me after all.

I put my hope to the Almighty. 

Since then, he never treat my husband badly. Abah accepted him with no doubt. Abah gave him (husband) huge smile on their first meeting instead of investigating him like CIA. Abah always there for us whenever needed (authority stuffs and all) With his full blessings, everything seems easy, by the grace of God.

He fight together with me. 
He's my strength. 
He's my spirit booster.
He's the one that put his trust in me in whatever I do, the one that confidence with my husband's capability as a leader to our small family. 
He has forgiven my mistakes.

Once Abah face racism attack the moment he wanted to register twin's birth certification (back in 2002) and the JPN counter (wilayah complex) officer mocked him,

"Boleh pulak encik bagi anak encik kawin dengan n**** ni yer?",

..and I was waiting inside the car with husband since he's the one that offered to do everything regarding JPN matter and I knew the main reason is because he don't want the insults from the JPN officer.

His answer to them burst me into tears,

"..dah depa mintak elok² cik, takkan kita nak buang anak pulak. Lagipun dah depa sama² nak, jodoh pulak. Apa daya kita nak halang. Depa pun masing² dh besaq. Tentu depa paham kesan baik buruk pilihan depa",

I'm sorry Abah 🙁

For this father's day, I only pray for Abah's good health, peaceful heart, prosperity and wealth bcuz I knew that's all he ever wanted right now.

Abah that loves my daughter without prejudice. 
Granddaughter's great fro supporter. 
Granddaughter's great motivator as he always tells the twins, 

"Toksah la dok down sgt, orang tak dak tengok awak aihhh. Perasaan awak ja tu. Kalau tgk pun biaq pi lah awak unik apa? Tengok rambut sudahla",

..and Abah will smile at them.

My strongest Abah. 
I love him #lillahitaala
#happyfathersdayabah



Monday, April 1, 2019

You'll Never Walk Alone




Ketika posting ini ditulis pada 20 Mac 2016
 (Gambar tangan mummy dan adik) Location: TCRS AEON Wangsa Maju.

Ketika itulah hati seorang ibu ini sarat dengan pelbagai rasa,

Rasa risau,
Resah,
Gelisah,
Terlalu memikirkan,
Penat.

Namun pada hari ini,
1 April 2019

Ibu itu sangat bersyukur,
Mereka semakin matang dan mampu handle social anxiety mereka baik dari sebelum²nya. 

Mereka sudah mampu berbangga dengan 'percampuran darah dan melanin' ditubuh,
cuma sosial sahaja yang masih perlu diasah dan dibantu.
Begitu juga tahap keyakinan dan komunikasi mereka.

Semuanya kesan dari perasaan terasing seketika dulu.

Sekarang,
Mereka telah temui semangat. 
Seiring usia yang menginjak dewasa,
Ibu mampu menarik nafas lega.

Sedikit lagi cuma...

Gambatte kudasai adik and kakak. 
Let's face this battle together. 

Kita langkah sama², hadap segala apa yang ada. 
Sekalipun suatu hari nanti mungkin kalian akan melangkah keluar dari tanah ini, 
Tanah dimana tumpahnya darah kalian. 

Pastikan  kalian melangkah dengan maruah. 
Demi mereka yang menyayangi kalian disini,
Demi keluarga kalian
😊😊

#inirumahkamu
#homesweethome
#youllneverwalkalone
#ipromiseyou


12 Years A Slaves - Black History Is More Than The Slavery



Watching "twelve years a slaves" on unifi playbox® together with my 17 years old girls.

Since this film is classified as 18 years and above, they certainly need serious explanations.

My daughter and I - we like to chat about all issues, we almost have no secret, and tonight we talk about black descent slavery and history.

There was anger, hatred and dissatisfactions within themselves.

Its ain't selective biased, but more likely a sharing of the "knowledge of history" and by getting some of it may change how we view racism and children nowadays were better at identifying historically true events (in this case, this film is kind of the imagery they can ever imagine/refer to)

To give kids a fighting chance of living in a more equitable society, we need to broaden what is considered important to impart to our children so that the view reflected in the racially-biased policing, violent hate crimes and the absurd resistance to permanently bringing down racism which might plays out beyond their daily life. It’s time to stop propagating the myth of who ever as the only true and dominant one of our past and present, black history is bigger than slavery.

This is such a great masterpiece, it was not only moving, it was also inspirational.

❤No one knows what life may bring
❤We’re very lucky and blessed
❤There are still good people out there
❤Hope will keep us alive and moving forward

There's still many more to talk to make them understand as my goal was to increase the sense of black pride and spirit within themselves at a time when not too many took notice of the black community in Malaysia (and the world) except to dwell upon the negatives.

I want them to be proud of the African descent in them and fight for their right as an Asian as well, unique and authentic blasian blend ✌😊


Sunday, March 31, 2019

Pentingnya Sarana Keibubapaan Dalam Membesarkan Anak Afro Asian Di Malaysia

Sekadar perkongsian,

Di Malaysia, antara cara paling mudah untuk sebarkan apa pun bentuk kesedaran adalah bermula dari sekolah.

Ini kerana membentuk nilai murni dalam jiwa anak² yang naif lebih mudah dari mendidik orang tua yang berakal.

Untuk afro-asian Mom yang menghantar anak² ke sekolah kerajaan (kerana anak yg bersekolah swasta kurang tekanan begini)

Kukuhkan sarana keibubapaan antara ibubapa dan pihak sekolah.

Pastikan guru² dan pihak sekolah berkerjasama dlm usaha memastikan tidak ada buli emosi terhadap anak² afro-asian yg merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh anak afro-asian disekolah kerajaan (buli emosi) dari dipandang pelik (kerana fizikal yg berbeza terutama rambut) hinggalah dipanggil dengan panggilan negro (ini paling 'taboo') dari situ sedikit demi sedikit self confidence mereka akan lenyap dan mereka lebih memilih untuk mengasingkan diri dari bersosial dengan rakan sekolah.

Dengan hanya bersuara sesama kita sudah pasti mesej ini tidak akan sampai pada 'target'.

Kukuhkan sarana, cipta hubung baik dengan guru² dan pihak sekolah (bukan hanya dengan complain) kerana dari situ kita akan dapat platform yang kukuh untuk sebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan komuniti anak² kita di sini, sering sertai aktiviti² yang pihak sekolah anjurkan dan berkomunikasi secara proaktif sekiranya timbul apa² isu terkait seperti yang disebutkan diatas.

Jangan sesekali ajarkan anak kita untuk bersabar (dipanggil negro) tapi ajar mereka agar tidak putus asa untuk mendidik masyarakat kenapa mereka tidak patut/tidak boleh dipanggil negro dalam masa yang sama ajarkan mereka untuk imun dengan panggilan tersebut (demi kekuatan mental)

Pihak sekolah yang menerima pelajar afro-asian perlu sensitif, perlu ada rasa empati dalam memastikan pelajar ini mendapat persekitaran pembelajaran yang membantu dari segi emosi. Seharusnya pihak sekolah mengambil serius tentang buli emosi yang mungkin terjadi terhadap kumpulan minority anak² kita disekolah kerajaan.

Ibu², bersemuka dan minta lah kerjasama serta bantuan guru² untuk memastikan mesej kita sampai pada masyarakat. Malaysia perlu tahu yang negro adalah panggilan yang ofensif buat kaum kulit hitam Afrika. Lebih baik mereka dipanggil "hitam" atau "afrika" dari dipanggil negro.

Mana lah tahu, akan terdidik ibubapa dari mesej yang dibawa balik anak² mereka dari sekolah 😊✌

Mudah-mudahan saja...

boleh rujuk artikel berkaitan sarana keibubapaan disini ✌


Friday, March 29, 2019

PowerQ Application For Easy Queuing (at Putrajaya Immigration Department)

To those (Malaysian) yang berkahwin dengan warganegara asing yang pasangan non malaysian mereka masih dibawah PLS jangka panjang, pasti akan seringkali perlu hadir ke kaunter PLS (pas lawatan sosial) di jabatan imegresen untuk tujuan penyambungan visa pasangan.

Ada ketikanya terjadi dimana kita diarahkan pulang dan datang keesokkan hari kerana kaunter no giliran telah pun ditutup untuk hari tersebut, pasti perkara seperti ini sangat menyakitkan hati bukan? Kalau (rumah) dekat takpelah, ni dari KL ke Putrajaya contohnya. Memang nak marah je lah kan.

Untuk memudahkan kita, sebuah aplikasi telefon pintar telahpun dicipta untuk tujuan mempermudahkan proses giliran untuk urusan visa renewal pasangan kita (non malaysian)

Aplikasi powerQ boleh dimuat turun dari play store

Aplikasi yang dinamakan powerQ, adalah satu aplikasi yang dapat memudahkan serta secure kan slot/giliran kita agar kehadiran kita ke pejabat imegresen pada hari tersebut tidak sia².

"No more hassle to turn up early just to get a queue number"

PowerQ membolehkan kita menguruskan proses pembaharuan (renewal) visa pasangan supaya lebih cepat, mudah dan membolehkan kita menetapkan masa berurusan mengikut kesesuaian dan keselesaan kita sendiri.

Antara kemudahan yang boleh didapati ialah:-

- Tempahan segera (within minutes)
- Nombor giliran yang tepat & mudah.
- Memo terkini dari Jabatan Imegresen.
- Mudah semak (temujanji sebelumnya)

Buat masa ini, powerQ hanya terguna pakai di bahagian Visa, Pass & Permit, Jab. Imegren Malaysia, Putrajaya sahaja.

Iaitu di bahagian:

- Social Visit Pass (Extension)
- Long-term Social Visit Pass - Spouse of Malaysian (Interview Appointment by Immigration)

Difahamkan, sistem aplikasi powerQ ini akan di perbaiki dari masa ke semasa dan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan dari aplikasi ini akan di umumkan sedikit masa lagi.

Here, I share apa yang perlu kita as a user buat ketika hendak membuat number booking untuk temujanji.

Step 1: Klik services

Step 2: Klik Long-term social visit pass level 3


Step 3: Klik OK

Step 4: Pilih available date

Step 5: Klik BOOK

..and, tadaa, your booking is done 😊✌


Harap membantu...


Scan QR code booking slot dekat lampu merah tu macam yang selalu kita buat kat barcode scanner/price checker machine kat shopping mall 😊


Saturday, March 9, 2019

Penat...


"PENAT" --- 

Bukan kerana bosan,
Tapi penat kerana sering ulangi kesilapan,
Ada masanya tergelincir dilaluan,
Bila yang dimahu tak seperti yang berjalan,
Kadangkala itu susunan Tuhan,
Bukan pilihan.
Walau begitu segala susunan,
Penatku ini usah dirisaukan,
Tak sesekali kuanggap bebanan,
Malah ku pegang amanah yang dah dipertanggungjawabkan,
Kerana ibu selalu berpesan,
#kanadatuhan

Tidak akan diuji hambaNya diluar kemampuan hamba itu sendiri #Allahuakbar

Friday, February 8, 2019

Afro Asian 2019 Moms & Kids Gathering.

Yeaayy..

Our 3rd February gathering went well.
Thank you Shahida Davis and family for the great hospitality.


Thanks all for participations.
We will always looking forward for many more event like this in the future.

Their smile is my healer.
My lovely children

I have been waited for so long for this kind of event/program.

Our children really need this kind of exposure untuk membuatkan mereka lebih kuat to deal with all related issue dalam kehidupan seharian specially things that related to the their mental health such as racism and inferiority complex etc.

Part of our local community, they're lack in sensitivity, semua ambik ringan. For them semua benda kecik punya hal. But for whom that effected, ianya perkara yang as worst as able to attack their mental condition until that could be the causes of mental depression.







Sunday, January 13, 2019

Doaku Buatmu

Moga semangat mereka juga akan teguh persis sang ayah.

Biar keras dan teguh,
Sekeras ombak dan seteguh karang dilaut.

Biar kukuh dan utuh,
Sekukuh dan seutuh gunung menongkat bumi.

Biar hangat dan membara,
Bak muntahan lahar dari kamar magma.

Biar kencang dan menghambat,
Sekencang ribut taufan dan tsunami menghambat isi bumi.

Sangat persis semangat sang ayah, datanglah apapun.
Tetap utuh dan sabar dia menghadapi.
Walau duduk jatuhnya.
Tidak akan lama dia begitu - lantas bangkit dan bangun semula.

Begitulah yang aku mahu mereka contohi.

Semangat untuk terus teguh menghadapi apa pun ujian yang diutus tuhan buat mereka.

Tuhanku,

Jagakan mereka untukku dan permudahkanlah segala usaha mereka untuk memajukan diri.

Lindungi mereka dari kezaliman dan kejahatan dunia.

Pertemukan mereka hanya dengan manusia² baik hari ini dan bila² masa pun.

...dan hindari mereka dari pengkhianatan, kehancuran perasaan dan kecewa kerana aku tidak akan sentiasa ada untuk menjaga mereka.

Kerana,
Hanya penjagaanMu yang maha sempurna.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي


Sunday, November 18, 2018

Kisah Jamali (Adam dan Ziyad)


Kisah ini mungkin biasa pada kebanyakkan orang, but its luar biasa to me.

Why I said so?
Maybe I'm too easy to get inspired.

Yeaaah, its just me yang sentiasa mendidik diri untuk melihat kebaikan atau nilai positif dalam tiap situasi.

Knowing Nor Izeni Binti Ismail on Facebook, lead me to this story.
Kisah pasangan berhati mulia yang sanggup lakukan apa yang manusia lain di Malaysia ini tidak akan sanggup lakukan.




Keputusan mereka untuk mengadopsi Jamali (Adam dan Ziyad) sememangnya layak dipuji.
Kasih sayang, perhatian, pendidikan dan perlindungan yang diberikan adalah sangat mulia.

Kesanggupan dan kesudian Izeni dan suami untuk mengadopsi Jamali, memberikan Jamali kasih sayang, perhatian, pendidikan dan perlindungan persis Adam, malahan persis anak kandung sendiri benar² memberi inspirasi dan contoh yang positif pada masyarakat disini.

Jamali adalah anak berketurunan Africa yang mereka ambil dari Rumah Kanak-Kanak Cheras (RKKC).

The thing that impress me so much is kesanggupan mereka memilih Jamali, rata² masyarakat kita takut akan cabaran yang bakal mereka hadapi dalam tempoh membesarkan anak tersebut, terutamanya cabaran dari segi pengurusan dokumentasi pengenalan dan kerakyatan anak, konflik dengan persekitaran dan penerimaan masyarakat serta konflik identiti anak setelah mereka besar.

Jangan kata adoption, membesarkan anak kandung - mixed african asian pun dah banyak cabaran. Inikan pula pasangan melayu membesarkan anak yang berbeza secara fizikal secara mutlak sebegini.

I salute them.

To me,
Mereka ini manusia berhati mulia.

Mudah-mudahan Jamali, Adam dan Ziyad membesar jadi anak yang baik, mendengar kata mama dan baba, punya perasaan kasih dan kasihan pada mama dan baba, rasa tanggungjawab dalam menjaga nama baik dan hati mama dan baba serta keluarga, membesar sihat, cerdik dan bahagia.


Kata mama Jamali, Allah memberi peluang kepada dia dan suami untuk merasakan pengalaman menjadi ibu dan bapa melalui anak² ini, bertuahnya mereka.

Kata mamanya lagi, Jamali lari laju. Jamali juga jarang² sakit, antibodi Jamali kuat. Maklumlahkan, namapun anak Afrika 😉

Nanti boleh ganti Usain Bolt ya Jamali. Jamali jadi Usain Bolt Malaysia.
Jamali perlu tahu, Jamali tak akan pernah keseorangan. Ramai abang, kakak dan adik² yang serupa macam Jamali di Malaysia ni. Satu hari nanti kita semua akan bertemu, Insyallah.

Salam sayang dari kami.

#oneLOVE
#forthesakeofAFRICANASIAN


Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...