I fall, I rise, I make mistakes, I live, I learn, I've been hurt but I'm alive. I'm human, I'm not perfect but I'm thankful..
Friday, September 9, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Sunday, April 24, 2011
Friday, April 22, 2011
Sunday, March 20, 2011
Terminal Bersepadu Selatan, KL - TBS
Entri ini aku tulis cus of keterujaan aku sepanjang perjalanan balik dr Selatan 2 hari lepas. Keluar dari Kota Singa dengan menaiki bas memang menjimatkan kos. So,selepas 2 hr disana tibalah masanya aku untuk pulang ke tanahair (cewahhh...mcmlah jauh sangat yer). Bas ku ambil dari Terminal Bas Larkin JB hingga ke KL...Seperti yg semua warga KL tahu,dah lama transit dan arrival bus dah ditukarkan ke kawasan berdekatan stesen LRT Bkt Jalil. So, aku pun dah auto-set dlm mind ni yg kejap lagi aku akan turun kat Bkt Jalil. Naik ajer bas (Konsortium) aku pun terus tak sedarkan diri,dek kerana kepenatan yg amat sgt Bas pun berjalan terbuai-buai sama seperti mataku yang semakin melayu dan akhirnya dibuai mimpi....
Dlm kebingungan dan sedikit pening & sakit kepala (cus tertido sepanjang perjalanan) aku tersedar yang aku dah pun sampai di tol Sg. Besi. Bas membelok kelaluan yg asing sedikit dr biasa. Aku mula rasa pelik sbb tempat yg bas ni masuk lain dr Bkt Jalil. Sah2 bukan Bkt Jalil dan tempat tu sgt2 baru. Dr dlm bas aku baca Signboard penunjuk jln tertulis TBS - Terminal Bersepadu Selatan,KL. OOOhhh...inilah terminal bas baru yg diwar2kan kebelakangan ni ea??? Waaahh dah beroperasi pun!!! Subhanallahh!!! Sgt cantik.
Mula2 aku panik jugak..nk naik aper pulak aku nak blk ni??? Naik teksi parah lahhh,berapa pulak tambangnya. Rupa2nya,sistem pengakutan awamnya juga sgt mudah!! Cuma aku perlu berterus terang yg sistemnyer langsung tak mesra warga emas & bg ibu mengandung dan insan2 yg mengidap penyakit tulang (cth: Arthristis) mmg agak seksalah!!! Bt the way , still boleh manage sbb klu jln slow2 pun xganggu org lain cus laluannya yg luas dan sgt2 selesa. Turun je dr bas,aku terus naik dan masuk kedlm terminal,then ikut je laluan terus ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Dr situ mmg dah mudah lah klu nak kemana- lokasi yg kita nak tuju selagi mana ada rangkaian stesen LRT,Putra,komuter even bus. Malahan KLIA transit pun ade...Completely senanglah...
Aku pun dgn terujanya menangkap berbagai-bagai "angle" gambar disekitar TBS sbb nak dimasukkan ke dlm blog ni. Ini pun dh menjadi salah satu dari kebanggaan kita ni!!! Sampai ade lah kedengaran 2 org tourist (African) tu puji2 lagi pembangunan M'sia. Wording dia kira2 cam ni.....
"WOW,very-very 'fantastic' development" =) WELL...Malaysia kan!!!
Penat terubat bila masuk jer dlm LRT tu,dpt chill air-conditioner!! FFFuuuHHHH...selesa. Next station --- ??? Sampai depan pintu rumah. Waaaaahh,mmg satu rahmatlah !!! I LOVE MY COUNTRY,I LOVE MY HOME. So...jom pergi mengundi. Pesanan dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ..
Tibe-tibe je kan ~(^_^)~
Wasalam
Friday, February 18, 2011
Panduan Keibubapaan
Assalammualaikum...pagi ini sebaik sahaja saya log-in ke akaun Facebook saya , satu nota saya terima dari seorang sahabat baru.Dyanna Idris namanya.
Nota panduan keibubapaan tertera:-
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
Tips:-
Semoga nota ini sedikit sebanyak akan membawa seribu kebaikan kepada kita semua. Insyallah..
Nota panduan keibubapaan tertera:-
- Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
- Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
- Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
Tips:-
- Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
- Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
- Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
- Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
- Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
- Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
- Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
- Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
- Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
- Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
- Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
- Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
- Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
- Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
- Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
- Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
- Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
- Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
- Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
Semoga nota ini sedikit sebanyak akan membawa seribu kebaikan kepada kita semua. Insyallah..
Thursday, January 20, 2011
Pembedahan Gantian Sendi Lutut Sepenuh-Atasi Penderitaan Pesakit Arthritis
![]() |
| SEMASA PEMBEDAHAN |
![]() |
| http://halaqah.net |
![]() |
| SELEPAS PEMBEDAHAN |
Emak pulang dari hospital selepas menghadiri temujanjinya bersama doktor pakar yang merawat permasalahan sendi lutut mak. Dah lama mak mengadu tentang sakit-sakit sendi yang dia alami...kesian mak. Aku sarankan mak berjumpa dengan Pakar Ortopedik kerana mereka sahaja yang dapat membuat diagnosis yang tepat tentang permasalahan mak kerana mak sakit sendi tulang...
Mak ada bagitahu aku yang doktor menyarankan agar dia menjalani Pembedahan Sendi Lutut Gantian Sepenuh.Petang semalam selepas pulang dari temujanji tersebut,mak tunjukkan risalah penerangan tentang pembedahan tersebut pada aku. Mak minta pendapat aku kerana pembedahan ini kelak akan melibat kami semua. Memerlukan kami semua untuk memahami dan memainkan peranan masing-masing yang bukanlah mudah. Nota sediaan Dr. Chee Eng Keong,Unit Artoplasti Hospital Besar Kuala Lumpur ku baca sekali lalu. Aku perlukan masa untuk memahami setiap maklumat yang di terangkan agar aku faham apakah persediaan yang perlu dari kami anak-anak mak dan juga abah.
Apakah Arthritis?
Arthritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis Arthritis.Arthritis yang paling lazim ialah Arthritis rheumatoid dan Osteoarthritis. Gout juga salah satu jenis Arthritis. Sakit mak dikategorikan dibawah jenis Osteoarthritis.
a) Osteoarthritis:-
Kebiasaannya melibatkan golongan berumur 50 tahun keatas. Ia berkemungkinan juga penyakit keturunan. Carthilage pada sendi lutut lembut dan terhakis .
Banyak tentang Osteoarthritis boleh difahami melalui: http://halaqah.net
b)Rheumatoid Arthritis:-
Merupakan sejenis penyakit dimana lapisan synovium dalam sendi menjadi tebal dan mengalami radang. Ini akan menyebabkan pertambahan cecair synovium dan seterusnya merosakkan permukaan carthilage sendi lutut dan menyebabkan kesakitan dan ketegangan lutut.
c)Gout:-
Ia merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.Ia memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Banyak tentang gout boleh difahami melalui http://www.tayibah.com/eIslam/gout.htm
Memahami Keperluan Pembedahan Sendi Lutut Gantian Sepenuh.
Setelah mencuba dengan ubat-ubatan,menghadkan aktiviti dan menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat gagal melegakan sakit sendi,pesakit perlu pertimbangkan keperluan pembedahan sendi lutut gantian sepenuh. Dengan menjalani pembedahan ini,kesakitan lutut dapat dikurangkan dan keadaan kaki yang bengkok boleh diperbetulkan. Pembedahan ini dilakukan bagi menggantikan permukaan sendi lutut yang sudah rosak dan terhakis.
Anatomi
Sendi lutut terbentuk daripada hujung tulang peha (FEMUR) dan pangkal tulang kaki (TIBIA). Kepala lutut (PATELLA) akan bergerak sekali dengan pergerakan sendi didalam lurah yang terbentuk pada hujung femur. Ligamen-ligamen yang besar sekitar lutut memberi kestabilan pada sendi lutut. Otot-otot disekeliling lutut pula memberi kekuatan pada sendi lutut.
Permukaan sendi diselaputi oleh tulang rawan (CARTHILAGE). Rawan mempunyai ciri-ciri licin dan boleh menyerap hentakan bagi melancarkan pergerakan.Diantara itu juga wujudnya satu lapisan tisu nipis yang dikenali sebagai "SYNOVIAL MEMBRANE" ia mengeluarkan cecair pelincir bagi melancarkan pergerakan sendi tanpa geseran.
Jadi,mak minta pendapat aku. Terus terang aku sarankan mak agar tidak membuat pembedahan tersebut kerana pembedahan ini bukanlah menyembuhkan atau menjadikan pesakit lebih kuat dan dapat melakukan aktiviti seperti ketika sihat,tetapi sekadar mengurangkan kesakitan dan ianya terbukti 90% pesakit yang melakukan pembedahan ini berjaya mengurangkan kesakitan. Tambahan pula selepas pembedahan,pesakit perlu mengelakkan dari melakukan aktiviti lasak untuk sepanjang hayat mereka ini kerana walaupun dengan penggunaan dan aktiviti lutut secara normal, setiap sendi gantian akan mengalami hakisan pada bahagian pelapik plastik. Bergantung juga dengan cara pesakit menjalani hidupnya. Dengan limitasi aktiviti yang terkawal pembedahan tersebut boleh bertahan selama bertahun-tahun lamanya.
Mampukah mak menguruskan limitasi pembedahan tersebut?
Kami anak-anak mak juga perlu memahami persediaan yang perlu dititik beratkan selepas pembedahan. Banyak faktor yang perlu difahami Diantara yang kami sebagai keluarga perlu fahami ialah
a)Penjagaan selepas pembedahan
Kami perlu bantu mak selama beberapa minggu kerana mak perlu berpantang sepenuhnya. Mak tak boleh bergerak sembarangan. Mak tak boleh berdikari lagi masa tu...Semua kami perlu lakukan untuk mak. Persekitaran juga tak boleh kotor. Takut infeksi. Terlalu banyak risiko. Antara risiko-risiko selepas pembedahan boleh dirujuk di:- http://kesihatan-herba.blogspot.com/2009/05/risiko-dvt-selepas-pembedahan.html.
b)Perancangan pengubahsuaian rumah.
Bagi membantu mak bergerak dirumah selepas pembedahan,banyak perubahan yang perlu dibuat. Yang ini bukanlah masalah buat kami. Ianya hanyalah pengubahsuaian seperti:-
- "Safety Bar"/Palang pemegang keselamatan di bilik air.
- Palang pemegang tangga
- Kerusi yang stabil dengan pelapik yang sesuai (18-20 inch height)
- Tandas duduk
- Kerusi kalis air untuk mandi
- Tiada permaidani atau wayar elektrik dilantai rumah bagi mengelakkan kemalangan.
Sesungguhnya aku menyusun 10 jari memohon dari-NYA yang satu agar semuanya akan baik buat mak.
~Amin~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Diam
Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...
-
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah ...
-
Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...



























