Wednesday, October 5, 2011

Selamat Hari Lahir Permata Hati Mummy



Subhanallaaahhhh

 5hb Oktober 2011

Permata hatiku telah pun berusia 9 tahun!!!
Dialah racun dan penawarku,dialah anugerah dan ujian terbesar dalam hidupku.

THEIR 9TH BIRTHDAY CELEBRATION - FAMILY DINNER @ NAILI'S PALACE SENTUL
















Dialah guru sejati yang mematangkan aku sebagai manusia dimuka bumi Allah ini.
Terima kasih Ya Allah,sesungguhnya tidak pernah sedetik aku kesali akan kehadiran mereka didalam hidupku malahan aku bersyukur kerana mereka telah membawa cahaya dan kebahagiaan kepadaku.

Kusuarakan pada yang Esa,moga permata hatiku sentiasa dibawah lindunganNya,diberikan kesihatan yang baik,dipandukan kejalan yang lurus,di anugerahkan masa depan yang cemerlang,gemilang dan terbilang,dianugerahkan hidayah sentiasa agar menjadi anak yang solehah,di anugerahkan kehormatan yang terpuji,dianugerahkan keajaiban agar terbimbing hidup mereka masa depan. Agar mereka sentiasa dilindungi ketika aku masih ada bersama mereka mahupun sebaliknya. Berikanlah mereka bahagia yang tidak bertepi agar mereka tidak menangis kerana tangisan mereka adalah kesakitanku.Maafkan ibumu sekiranya ada tersilap dalam mendidikmu......

BIRTHDAY CELEBRATION WITH THEIR CLOSE FRIEND





















Selamat Hari Lahir nyawaku,semoga panjang umur,sihat sentiasa dan diberkati Allah s.w.t. Mummy loves both of you!!! Tidak lupa buat ibuku yang menyambut hari lahir pada 4hb Oktober. Selamat Hari Lahir_semoga panjang umur,diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. I Love you Mom.... 

Wednesday, June 29, 2011

Twins at Desa Waterpark






Just Splashin' Around 

The majority of the day was spent splashing around at Desa Waterpark
So,they spent this school brake splashing around in the blow-up pool!!!






Sunday, April 24, 2011

My Lil' Brother (BUT NOT SO LITTLE) and twins at Event

My lil' brother,my daughter & at the Big Bikers and Super-cars show .
 They're  SOOO excited. .

Penat tapi seronok...












Friday, April 22, 2011

Twins Became Princesses

Last Tuesday,Chioma & Myra were involved in their school march competition. The're given the most adorable character ~ as a princess ~ What am most proud of the day \(^_-)/ wink..wink


Princesses "Wit No Smile" =)


Sunday, March 20, 2011

Terminal Bersepadu Selatan, KL - TBS



Entri ini aku tulis cus of keterujaan aku sepanjang perjalanan balik dr Selatan 2 hari lepas. Keluar dari Kota Singa dengan menaiki bas memang menjimatkan kos. So,selepas 2 hr disana tibalah masanya aku untuk pulang ke tanahair (cewahhh...mcmlah jauh sangat yer). Bas ku ambil dari Terminal Bas Larkin JB hingga ke KL...Seperti yg semua warga KL tahu,dah lama transit dan arrival bus dah ditukarkan ke kawasan berdekatan stesen LRT Bkt Jalil. So, aku pun dah auto-set dlm mind ni yg kejap lagi aku akan turun kat Bkt Jalil. Naik ajer bas (Konsortium) aku pun terus tak sedarkan diri,dek kerana kepenatan yg amat sgt Bas pun berjalan terbuai-buai sama seperti mataku yang semakin melayu dan akhirnya dibuai mimpi....

Dlm kebingungan dan sedikit pening & sakit kepala (cus tertido sepanjang perjalanan) aku tersedar yang aku dah pun sampai di tol Sg. Besi. Bas membelok kelaluan yg asing sedikit dr biasa. Aku mula rasa pelik sbb tempat yg bas ni masuk lain dr Bkt Jalil. Sah2 bukan Bkt Jalil dan tempat tu sgt2 baru. Dr dlm bas aku baca Signboard penunjuk jln tertulis TBS - Terminal Bersepadu Selatan,KL. OOOhhh...inilah terminal bas baru yg diwar2kan kebelakangan ni ea??? Waaahh dah beroperasi pun!!! Subhanallahh!!! Sgt cantik.












Mula2 aku panik jugak..nk naik aper pulak aku nak blk ni??? Naik teksi parah lahhh,berapa pulak tambangnya. Rupa2nya,sistem pengakutan awamnya juga sgt mudah!! Cuma aku perlu berterus terang yg sistemnyer langsung tak mesra warga emas & bg ibu mengandung dan insan2 yg mengidap penyakit tulang (cth: Arthristis) mmg agak seksalah!!! Bt the way , still boleh manage sbb klu jln slow2 pun xganggu org lain cus laluannya yg luas dan sgt2 selesa. Turun je dr bas,aku terus naik dan masuk kedlm terminal,then ikut je laluan terus ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Dr situ mmg dah mudah lah klu nak kemana- lokasi yg kita nak tuju selagi mana ada rangkaian stesen LRT,Putra,komuter even bus. Malahan KLIA transit pun ade...Completely senanglah...















































Aku pun dgn terujanya menangkap berbagai-bagai "angle" gambar disekitar TBS sbb nak dimasukkan ke dlm blog ni. Ini pun dh menjadi salah satu dari kebanggaan kita ni!!! Sampai ade lah kedengaran 2 org tourist (African) tu puji2 lagi pembangunan M'sia. Wording dia kira2 cam ni.....

"WOW,very-very 'fantastic' development" =) WELL...Malaysia kan!!!

Penat terubat bila masuk jer dlm LRT tu,dpt chill air-conditioner!! FFFuuuHHHH...selesa. Next station --- ??? Sampai depan pintu rumah. Waaaaahh,mmg satu rahmatlah !!! I LOVE MY COUNTRY,I LOVE MY HOME. So...jom pergi mengundi. Pesanan dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ..




Tibe-tibe je kan ~(^_^)~






Wasalam










Friday, February 18, 2011

Panduan Keibubapaan

Assalammualaikum...pagi ini sebaik sahaja saya log-in ke akaun Facebook saya , satu nota saya terima dari seorang sahabat baru.Dyanna Idris namanya.

Nota panduan keibubapaan tertera:-


  • Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.



  • Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.



  • Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:-


  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .



  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.



  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.



  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.



  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,



  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

 

  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

 
Semoga nota ini sedikit sebanyak akan membawa seribu kebaikan kepada kita semua. Insyallah..

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...