Monday, August 9, 2010

~ Ramadan~ Kenangan Itu Mengingatkan Aku

1 hari lagi ramadan akan tiba.
Cuaca panas begini adalah ujian dariNya. Harap aku akan tabah dan kuat untuk harungi Ramadan ni walaupun dalam keadaan yang mencabar.

1 tahun dah berlalu, sayu aku kalau terkenang kan peristiwa itu.

Setahun yang lalu...

3 Ramadan,
Aku pun hairan mengapa hobi memasakku menjadi² kebelakangan ini,

Anak dan adik² puas menikmati air tanganku.
Seronok bila tengok diorang makan,
terubat penat memasak.

Hari kejadian.

Juadah berbuka kami hari itu ialah nasi beriyani ayam, buah tembikai, bebola ikan goreng, murtabak, air tebu dan air soya.

Yang lagi hairan,

Aku kerap ke toilet.
Sangat kerap.
Aku sangka kerana diabetesku

Rupa-rupanya.

30 Minit selepas berbuka dan selesaikan segala yang patut, aku pun duduk menonton TV,
Buletin utama kalau tak silap.

Aku yang sewaktu itu datang bulan. Bangun untuk kebilik air.
Lantai basah sedikit.
Air dari bilik air melimpah keluar.

Malangnya aku tergelincir, tapi tak lah jatuh terduduk.
Tergelincir sikit aje, tapi sakitnya pinggang, Allah je yang tahu.

Pinggang semakin sakit sampai menangkap kepangkal rahim.

Aduhhh, Ya Allah sakit apakah ini?

Masa berlalu...

Aku tersujud dilantai dek kerana sakit yang amat sangat.
Aku bangun masuk semula kebilik air dan duduk diatas mangkuk tandas
sambil merayu² pada Allah minta Allah kurangkan sakit aku.

Tak terfikir dah yang aku berada dalam tandas ketika tu.
Suami takde kat rumah.

Kerja.

 Ucu, adik bongsu yang tinggal dengan aku pulak keluar jumpa kawan.

Yang ada cuma anak² dan tunangn angah adik kedua yang juga tinggal dengan kami, dirumah masa tu.

Dia pun dah masuk bilik
 rehat² selepas berbuka.

Aku arahkan anak² panggil dia .
Dia panik.

Dia cadangkan supaya aku hubungi suami, tapi aku tak nak ganggu suami
.
Kami baru buka restoran dand ia pun masih tak cukup pekerja, lagipun kalau dia tak boleh balik aku lagi sedih.
Biarlah aku harungi dulu keadaan ni.
Aku yakin aku mampu.

Aku diberikan panadol for mucsle and joint pain.

Aku telan!!

Lepas seketika, aku rasa lega...

Aku merangkak dan panjat untuk berbaring sofa, kebetulan ucu pun balik,
sedikit kekuatan pada aku hinggakan Aku sendiri tak sedar bilakah masanya yang aku terlelap.

Pukul 4.30am 
4 Ramadan

:: LEGA ::

Pinggang pun tak sakit lagi.
Pangkal rahim pun tak sebisa tadi.

Tapi,
badan aku bermandi darah.
Panas 'darah' yang meluncur kurasakan di paha dan betisku.

Aku bangun kebilik air sebelum membersihkan tempat baringan aku tadi, yang juga basah dengan darah  yang aku sangka haid.

 Usai mencuci diri dan tempat baringan aku tadi, aku angkat kain batik yang kuletakkan diatas lantai awalnya yang aku gunakan untuk mengelap darah dilantai.
Kain batik itu kuletakkan di bilik air.

Siap membersihkan tempat baringan,
aku pun pergi semula ke bilik air kerana hendak bersihkan diri.
perancangannya hendak siapkan sahur selepas itu memandangkan jam sudah hampir pukul 5 pagi.

Sebaik saja kain batik tadi kuangkat, seketul daging/darah jatuh terjelepuk ke lantai...

..berserau darah aku!!!!!

Aku tergamam...
Takut,
Geli,,
Ingin tahu,

Bercampur baur.

Aku kejutkan suami yang sudah pun pulang dari pukul 2.30 pagi

Dia sarankan ketulan tersebut aku tunjukkan pada doktor dihospital keesokan harinya.

Di Hospital Esoknya,

Doktor mengesahkan yang aku keguguran.

Sayu hati aku.

Sesungguhnya impian kami sekeluarga untuk menyambut ahli baru, namun apakan daya.

Sehingga saat ini rezeki masih belum menyebelahi kami.

Kehamilan ke 4,
Keguguran ke 3.

Aku redha.


Sunday, August 1, 2010

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...