Friday, June 17, 2022

WACANA ASPIRASI OKU

Ringkasan pengisian program yang diperolehi selepas menyertai Webinar Wacana Aspirasi Orang Kurang Upaya - Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan yang diadakan pada 16/6/2022 (Khamis),9:00 pagi – 11:00 pagi di Platform Cisco Webex.

WACANA ASPIRASI OKU

(Persediaan Menghadapi Alam Pekerjaan)

Oleh: Nurulhasni Abu Hassan

SPEAKER I: DR AHMAD SHAMSURI MUHAMAD (PENSYARAH KANAN DI JABATAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN DAN KAUNSELING, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA)

·       Kenal pasti kekuatan dan kelemahan serta maklumat kerjaya yang sesuai dengan pemohon.

·       Persiapan untuk menghadiri temuduga bersama majikan (sebagai OKU) - Fizikal & Mental.

FIZIKAL

MENTAL

Tampil dengan imej yang sesuai dengan kerjaya yang dipohon. (untuk good impression)

Bersedia untuk soalan-soalan yang agak sensitive berkaitan status diri (kekurangan upaya)

Titik beratkan cara penyediaan dokumen – haruslah in order dan mudahkan penemuduga untuk membuat rujukan.

Belajar untuk mengawal emosi ketika merespon kepada setiap soalan seumpama itu.

Titik beratkan cara berjalan, cara bercakap, cara pembawakan diri, pemilihan pakaian, postur badan dan lenggok bahasa.

Bersedia menerima rejection dan optimis dengan rezeki Allah itu luas.

·       OKU perlu berdikari, majikan di Malaysia ada yang tidak mempunyai pendedahan dengan pekerja OKU.

·       OKU harus meminta kesama-rataan dan bukannya keistimewaan.

·       Peka dan manfaatkan kemajuan teknologi dalam membantu usaha OKU pencarian kerja OKU.

·       Fakta yang OKU perlu hadapi, memang susah nak dapat pekerjaan. Jangan putus asa, Apply!! Apply!! Apply!!

·       Tawarkan specialty kita kepada bakal majikan.

·       Penting untuk OKU menghadiri forum dan kaunseling kerjaya kerana bimbingan yang diperolehi dari program tersebut boleh bantu OKU mengenalpasti minat, personaliti, bakat, dan padankan semua itu dengan pekerjaan yand dipohon.

·       Untuk jadi OKU executive, OKU perlu ada antara KELAYAKAN AKADEMIK ataupun PENGALAMAN yang tinggi.

·       Perlu ambil tahu dan manfaatkan aplikasi dan sistem teknologi terkini untuk mengatasi masalah ketidak upayaan. Cth: Guna smart phone untuk bantu semak ejaan, buat ayat dan pengunaan kalkulator untuk pengiraan bg OKU pembelajaran.

·       PERCAYA PADA REZEKI DAN REDHA – Jangan putus asa, percaya bahawa setiap usaha pasti ada hasil.

·       Jangan memilih kerja, bersedia untuk berhijrah ke daerah lain.

·       Join badan pertubuhan yang berkaitan untuk sokongan dan dokongan (cth: NGO)

·       Gunakan agensi pencarian kerja (sekarang banyak online, cth: myfuturejob.com)

·       Gunakan kemahiran advokasi (kemahiran dari segi hak dan perundangan untuk OKU) MINTA KESAMARATAAN, BUKAN KEISTIMEWAAN!!!

·       Belajar kawal fizikal, mental dan emosi kerana fizikal, mental dan emosi yang cerdas mampu mempengaruhi kualiti kerja yang baik. Jika tidak mampu, dapatkan bantuan professional (pakar) – untuk OKU yang menderita anxiety, depression dan seumpamanya.

·       Dapatkan sokongan komuniti (cth: Ibu bapa yang senasib) PDK, Bengkel Terlindung.

SPEAKER II: DR HJH RUZIAH GHAZALI (PENCERAMAH BEBAS/ADVOCATOR)

  • Calon harus bersedia sebelum hadir temuduga, kawal cara berkomunikasi.
  • Komunikasi ada 2

Komunikasi Lisan

Komunikasi Badan

(Body Language)

Formal

Informal


  • Komunikasi melibatkan bahasa lisan, content yang disampaikan, postur badan dan ekspresi muka.
  • Cth: Jangan duduk sebelum disuruh duduk. Marketkan diri sendiri supaya majikan berminat untuk menggajikan kita.
  • Perlu join badan-badan social, NGO, support group dan seumpamanya untuk membentuk peribadi. Join program social.
  •  Join kursus-kursus baru demi ilmu, rajin membaca, google dan tonton youtube yang berfaedah.
  • Mesti terapkan azam SAYA MESTI DAPATKAN KERJA!!! Selagi tak dapat, jangan putus asa.
  • Bercakap dengan umum mesti ada content (teknik komunikasi berkesan) [adab + ilmu / formal + informal kena seimbang]
  • Kemahiran advokasi (pengetahuan tentang hak OKU secara perundangan yang mampu memberi perlindungan dan sokongan kepada OKU) ini supaya komuniti OKU akan dihormati dan memberi kekuatan kepada komuniti OKU untuk mendapatkan sokongan dalam sesuatu perkara atau keadaan didalam komuniti OKU mahupun masyarakat keseluruhannya (cth: untuk dapatkan sokongan untuk kes penderaan adik Bella OKU down syndrome)

"Advokasi ialah aktiviti oleh individu atau kumpulan yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan dalam institusi politik, ekonomi dan sosial. 

Advokasi merangkumi aktiviti dan penerbitan untuk mempengaruhi dasar awam, undang-undang dan belanjawan dengan menggunakan fakta, hubungan mereka, media, dan pesanan untuk mendidik pegawai kerajaan dan orang ramai. 

Advokasi boleh merangkumi banyak aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi termasuk kempen media, pengucapan awam, pentauliahan dan penyelidikan penerbitan.

 Melobi (selalunya oleh kumpulan pelobi) ialah satu bentuk advokasi di mana pendekatan langsung dibuat kepada penggubal undang-undang mengenai isu tertentu atau undang-undang tertentu – Wikipedia"

 

  • Boleh mengambil tahu tentang program-program advokasi dari sumber seperti media cetak, media massa, media social dan seumpanya.
  • Program advokasi mungkin akan dianjurkan dalam bentuk program advokasi pendidikan dan program advokasi praktikal.
  • Cth program advokasi diperingkat masyarakat: Pemimpin masyarakat dan OKU dan waris haruslah dekat, galakkan pendaftaran OKU secara rasmi dengan badan bertanggungjawab seperti JKM dan seumpamanya. Dapatkan data OKU secara tepat disetiap peringkat dari sebesar-besar peringkat negeri hinggalah sekecil-kecil pringkat kampung dan wujudkan team activist OKU yang pro aktif disetiap cabang.
  • Kukuhkan networking kerana networking itu penting untuk sokongan.
  • Jangan kalah pada cabaran, halangan dan kegagalan kerana cabaran, halangan dan kegagalan adalah untuk mendidik diri kita memahami tentang sesuatu.
  • Approach badan-badan sosial, NGO dan seumpamanya yang relate dengan ketidak upayaan diri untuk latest update dan info semasa.
  • Ikhlaskan dan berdamai dengan masalah-masalah yang timbul dalam mencari keseragaman dalam menangani sebarang masalah OKU kerana isu persefahaman yang timbul antara ahli komuniti. Berbincang jangan guna emosi kerana kalau negative cara selenggara negative lah outcome. kalau positive cara selenggara positive lah outcome. BE PROFESIONAL.
  • OKU kena ada keberanian dalam menghadapi masyarakat besar, specially dalam era endemic ni kerana Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.
  • Cari maklumat dan berkomunikasi adalah kunci.
  • Bangkit dari kekurangan supaya tidak dibelenggu dengan status sebagai OKU – TINGGALKAN MASA LALU DAN PENGALAMAN NEGATIF YANG MENYEDIHKAN – BELIEVE IN YOURSELF (kalau kita tak suka, tak percaya, tak sayang diri kita – kita nak harap orang lain sayangkan dan percaya kita?) Hargai kelebihan diri. Perlu ada ilmu, skill dan kelebihan. JANGAN DENGAR KATA NEGATIF. Nak dapatkan/buat sesuatu – teruskan. Jaga displin dan hala tuju diri.
  • Calon haruslah membuat research tentang jawatan yang dipohon dan bersedia dengan kemungkinan soalan yang bakal diajukan oleh penemuduga. Ini berhasil untuk mengurangkan panic, blur cth: bg yang ada anxiety disorder. Untuk meyakinkan bakal majikan.
  • Bagi Muslim yang ada anxiety disorder boleh cuba air penawar/syifa sebagai persediaan rohani (scientifically called hydrotherapy or formerly called hydropathy)



Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...