Wednesday, December 20, 2017

Wednesday, November 29, 2017

Afrikan Di Malaysia - Mangsa Dikriminasi & Perkauman, Bilakah Akan Berakhir?

Bismillahirahmanirahim...

My first blog after complete a year. Lama hilang semangat menulis aku ni, one of my passion in life and the method of my anger and stress management, juga ketika sedih mahupun gembira. I love to write, biarpun belum tentu ada yang baca 😁😁

Hari ini aku menerima tag dari sahabat fb aku, artikel tentang dilema yang rata-rata afro-asian family di Malaysia akan hadapi. Tentang dikriminasi terhadap African di Malaysia. Ini merangkumi semua golongan African termasuklah pelajar, yang berkahwin dan bermastautin mahupun golongan professional yang berkerja di sini.

http://www.afraso.org/en/content/africans-malaysia-students-husbands-and-victims-racial-discrimination-interview-author

Di dalam penulisan blogger ini ada beliau menceritakan gambaran sebenar apa yang kami terpaksa tangani dalam menjalani kehidupan sehari-hari sebagai keluarga afro-asian di Malaysia. Beliau menulis artikel ini melalui sudut pandang penulis buku "winter di Africa & SATU" yang juga merupakan salah seorang dari ahli komuniti afro-asian di Malaysia merangkap wartawan akhbar SINAR HARIAN.

Interesting...

Inilah yang dikatakan kehidupan, tiada yang sempurna. Jodoh pertemuan dan perpisahan adalah one part of process kehidupan. Begitu juga kami didalam komuniti ini, seperti mana stigma yang kebanyakkan dari masyarakat rumuskan - African itu jahat, penjenayah, penipu.

Tidak menyalahkan masyarakat 100% cuma sebagai komuniti terpencil kami sangat berharap agar masyarakat berfikiran lebih matang dan terbuka, hentikan dikriminasi dan bersikap sceptical. Ini bukan cuma tentang African lagi, tapi lebih dari itu. Ini juga tentang anak-anak kami, yang juga punyai kuasa milikan yang sama keatas tanah ini - Malaysia. Anak-anak afro-asian.

Susahkah untuk seorang asian mom membesarkan afro-asian kids di Malaysia?

For me it's  depend, lokasi dimana kita tinggal (kejiranan), sekolah (persekitaran dan pentadbirannya), dan kesediaan serta kekentalan mental emosi kita untuk sama-sama menghadapi stigma dan penerimaan masyarakat serta bagaimana kukuhnya perisai yang kita bina untuk anak kita meneroka kehidupan sendirian menepis segala kemungkinan tanpa kita bila mereka telah menginjak remaja. Most of afro-asian kids akan berhadapan dengan masalah inferiority complex atau mungkin membesar dalam anxiety, disini pentingnya peranan kita sebagai ibu demi mencari keseimbangan antara kesihatan mental emosi anak dan stigma masyarakat keliling.

Secara peribadi, I have passed half of the journey. Proudly afro-asian mom. Manage to pass this thorny journey with them successfully. Mereka kini sangat optimis dan mampu tangani masalah dikriminasi dan perkauman dengan (boleh dikatakan) baik 😊😊 jujurnya agak sukar sebagai asian mom untuk beri keyakinan pada mereka yang aku faham apa yang mereka rasa, mereka bertanggapan aku hanya mengambil hati mereka.

Membawa dan mendedahkan mereka kepada perjumpaan komuniti afro-asian, memperkenalkan mereka kepada anak-anak afro-asian di Malaysia, memberi mereka peluang untuk mendengar luahan antara mereka tentang bagaimana rasanya membesar didalam masyarakat yang sceptical dan racist demi memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan sakit hati, benci, marah, letih dan hampa dengan fenomena perkauman yang boleh dikatakan masih tenat di Malaysia ini.

It seems work!!!
Syukur...

Apapun, perjalanan kami masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Sehingga itu, as a mom aku tidak akan berhenti memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakatku agar mereka faham dan matang dalam menilai. Kami tak minta lebih, hanya penerimaan positif dan hentikan dikriminasi kaum.
 

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...