Sunday, January 13, 2019

Doaku Buatmu

Moga semangat mereka juga akan teguh persis sang ayah.

Biar keras dan teguh,
Sekeras ombak dan seteguh karang dilaut.

Biar kukuh dan utuh,
Sekukuh dan seutuh gunung menongkat bumi.

Biar hangat dan membara,
Bak muntahan lahar dari kamar magma.

Biar kencang dan menghambat,
Sekencang ribut taufan dan tsunami menghambat isi bumi.

Sangat persis semangat sang ayah, datanglah apapun.
Tetap utuh dan sabar dia menghadapi.
Walau duduk jatuhnya.
Tidak akan lama dia begitu - lantas bangkit dan bangun semula.

Begitulah yang aku mahu mereka contohi.

Semangat untuk terus teguh menghadapi apa pun ujian yang diutus tuhan buat mereka.

Tuhanku,

Jagakan mereka untukku dan permudahkanlah segala usaha mereka untuk memajukan diri.

Lindungi mereka dari kezaliman dan kejahatan dunia.

Pertemukan mereka hanya dengan manusia² baik hari ini dan bila² masa pun.

...dan hindari mereka dari pengkhianatan, kehancuran perasaan dan kecewa kerana aku tidak akan sentiasa ada untuk menjaga mereka.

Kerana,
Hanya penjagaanMu yang maha sempurna.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي


Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...