Saturday, July 7, 2018

Suara Hati Perempuan

Antara aspek yang orang kita tak nampak yang mmbuatkan ramai wanita tempatan (obviously wanita melayu) lebih rela mengahwini lelaki asing.

Ternyata rata² wanita kita bukan dambakan harta dan wang berkoyan sebenarnya, jika ada yg mementingkan aspek material utk mereka kahwini itu adalah berbalik kpd point didlm post dibawah ini.

Kita cuma mahu lelaki yang ada simpati dan empati, terutamanya terhadap keperluan anak², kami jatuh no. 2 pun tak ape.

Tapi tidak.

Lelaki tempatan nowadays (namun pun begitu TIDAKLAH SEMUA) lebih memilih utk mmperisterikan wanita yang mampu memberi hasil.

Inilah delima wanita kita hari ini, antara untuk menggembirakan hati suami sebagai "pembantu ekonomi keluarga dambaan" dan "memenuhi keperluan anak² pada tahap terbaik".

Kasihannnn....

Rata² yg terlihat (pengalaman diri sendiri juga) majority lelaki asing sangat rajin bekerja serta tidak memilih kerja. Rasa tanggungjawab mereka tinggi. Even majority rakan² yg berkahwin dgn lelaki asing diusulkan oleh suami masing² untuk tak bekerja dan menjaga dan mmbesarkan ank sendiri, walau kehidupan ditahap biasa² namun keperluan dalam asas kekeluargaan itu terjaga.

That does matter.

Ni tidak, bila tahu mana² wanita tempatan kahwin warga asing, macam² label menghina netizen bagi. Kadang² berdarah mata, hati dan telinga lihat dan mendengar.

Mentality orang kita, bilalah nak berubah?



Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...