Sunday, March 31, 2019

Pentingnya Sarana Keibubapaan Dalam Membesarkan Anak Afro Asian Di Malaysia

Sekadar perkongsian,

Di Malaysia, antara cara paling mudah untuk sebarkan apa pun bentuk kesedaran adalah bermula dari sekolah.

Ini kerana membentuk nilai murni dalam jiwa anak² yang naif lebih mudah dari mendidik orang tua yang berakal.

Untuk afro-asian Mom yang menghantar anak² ke sekolah kerajaan (kerana anak yg bersekolah swasta kurang tekanan begini)

Kukuhkan sarana keibubapaan antara ibubapa dan pihak sekolah.

Pastikan guru² dan pihak sekolah berkerjasama dlm usaha memastikan tidak ada buli emosi terhadap anak² afro-asian yg merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh anak afro-asian disekolah kerajaan (buli emosi) dari dipandang pelik (kerana fizikal yg berbeza terutama rambut) hinggalah dipanggil dengan panggilan negro (ini paling 'taboo') dari situ sedikit demi sedikit self confidence mereka akan lenyap dan mereka lebih memilih untuk mengasingkan diri dari bersosial dengan rakan sekolah.

Dengan hanya bersuara sesama kita sudah pasti mesej ini tidak akan sampai pada 'target'.

Kukuhkan sarana, cipta hubung baik dengan guru² dan pihak sekolah (bukan hanya dengan complain) kerana dari situ kita akan dapat platform yang kukuh untuk sebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan komuniti anak² kita di sini, sering sertai aktiviti² yang pihak sekolah anjurkan dan berkomunikasi secara proaktif sekiranya timbul apa² isu terkait seperti yang disebutkan diatas.

Jangan sesekali ajarkan anak kita untuk bersabar (dipanggil negro) tapi ajar mereka agar tidak putus asa untuk mendidik masyarakat kenapa mereka tidak patut/tidak boleh dipanggil negro dalam masa yang sama ajarkan mereka untuk imun dengan panggilan tersebut (demi kekuatan mental)

Pihak sekolah yang menerima pelajar afro-asian perlu sensitif, perlu ada rasa empati dalam memastikan pelajar ini mendapat persekitaran pembelajaran yang membantu dari segi emosi. Seharusnya pihak sekolah mengambil serius tentang buli emosi yang mungkin terjadi terhadap kumpulan minority anak² kita disekolah kerajaan.

Ibu², bersemuka dan minta lah kerjasama serta bantuan guru² untuk memastikan mesej kita sampai pada masyarakat. Malaysia perlu tahu yang negro adalah panggilan yang ofensif buat kaum kulit hitam Afrika. Lebih baik mereka dipanggil "hitam" atau "afrika" dari dipanggil negro.

Mana lah tahu, akan terdidik ibubapa dari mesej yang dibawa balik anak² mereka dari sekolah 😊✌

Mudah-mudahan saja...

boleh rujuk artikel berkaitan sarana keibubapaan disini ✌


Friday, March 29, 2019

PowerQ Application For Easy Queuing (at Putrajaya Immigration Department)

To those (Malaysian) yang berkahwin dengan warganegara asing yang pasangan non malaysian mereka masih dibawah PLS jangka panjang, pasti akan seringkali perlu hadir ke kaunter PLS (pas lawatan sosial) di jabatan imegresen untuk tujuan penyambungan visa pasangan.

Ada ketikanya terjadi dimana kita diarahkan pulang dan datang keesokkan hari kerana kaunter no giliran telah pun ditutup untuk hari tersebut, pasti perkara seperti ini sangat menyakitkan hati bukan? Kalau (rumah) dekat takpelah, ni dari KL ke Putrajaya contohnya. Memang nak marah je lah kan.

Untuk memudahkan kita, sebuah aplikasi telefon pintar telahpun dicipta untuk tujuan mempermudahkan proses giliran untuk urusan visa renewal pasangan kita (non malaysian)

Aplikasi powerQ boleh dimuat turun dari play store

Aplikasi yang dinamakan powerQ, adalah satu aplikasi yang dapat memudahkan serta secure kan slot/giliran kita agar kehadiran kita ke pejabat imegresen pada hari tersebut tidak sia².

"No more hassle to turn up early just to get a queue number"

PowerQ membolehkan kita menguruskan proses pembaharuan (renewal) visa pasangan supaya lebih cepat, mudah dan membolehkan kita menetapkan masa berurusan mengikut kesesuaian dan keselesaan kita sendiri.

Antara kemudahan yang boleh didapati ialah:-

- Tempahan segera (within minutes)
- Nombor giliran yang tepat & mudah.
- Memo terkini dari Jabatan Imegresen.
- Mudah semak (temujanji sebelumnya)

Buat masa ini, powerQ hanya terguna pakai di bahagian Visa, Pass & Permit, Jab. Imegren Malaysia, Putrajaya sahaja.

Iaitu di bahagian:

- Social Visit Pass (Extension)
- Long-term Social Visit Pass - Spouse of Malaysian (Interview Appointment by Immigration)

Difahamkan, sistem aplikasi powerQ ini akan di perbaiki dari masa ke semasa dan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan dari aplikasi ini akan di umumkan sedikit masa lagi.

Here, I share apa yang perlu kita as a user buat ketika hendak membuat number booking untuk temujanji.

Step 1: Klik services

Step 2: Klik Long-term social visit pass level 3


Step 3: Klik OK

Step 4: Pilih available date

Step 5: Klik BOOK

..and, tadaa, your booking is done 😊✌


Harap membantu...


Scan QR code booking slot dekat lampu merah tu macam yang selalu kita buat kat barcode scanner/price checker machine kat shopping mall 😊


Saturday, March 9, 2019

Penat...


"PENAT" --- 

Bukan kerana bosan,
Tapi penat kerana sering ulangi kesilapan,
Ada masanya tergelincir dilaluan,
Bila yang dimahu tak seperti yang berjalan,
Kadangkala itu susunan Tuhan,
Bukan pilihan.
Walau begitu segala susunan,
Penatku ini usah dirisaukan,
Tak sesekali kuanggap bebanan,
Malah ku pegang amanah yang dah dipertanggungjawabkan,
Kerana ibu selalu berpesan,
#kanadatuhan

Tidak akan diuji hambaNya diluar kemampuan hamba itu sendiri #Allahuakbar

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...