Sunday, May 10, 2015

My Mom Mother's Day Tribute...

Mak yang sentiasa cerewet tentang segalanya, yang perfectionist, menyediakan yang segala yang terbaik yang satu pun aku x boleh tandingi!!!
Mak terbaik treat kami same as the way we're still babies for her yang acapkali mengundang krisis yang sentiasa terjaga dari tidur kerana rindukan anak dan cucu yang masa mudanya menggalas senjata, selenggarakan tahanan selain menjinjing senduk.

Mak hebat, yang anak-anak still can't beat!! 
Mak kata aku keras hati  tu semangat "commando" yang terwarisi dari mak..ada masa rasa rimas diatur mak walaupun sedar itulah yang baik untuk kita..tapi, bila dah punya anak sendiri barulah sedar, apa rasanya seorang ibu yang mahu 100% kesempurnaan utk anaknya yang sudah pun membahagiakan kita dari lahirnya kita kedunia sampai saat dia perlu diampu sokong tika membuka langkah dijalanan..

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku. Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.

Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.

Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.

Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.

Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.

Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.

Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. 
Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.

Ya Allah, permudahkan lah dia ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari di hisab.

Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu

Selamat Hari Ibu, Mak...

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...