Thursday, January 20, 2011

Pembedahan Gantian Sendi Lutut Sepenuh-Atasi Penderitaan Pesakit Arthritis



SEMASA PEMBEDAHAN


http://halaqah.net

SELEPAS PEMBEDAHAN

Emak pulang dari hospital selepas menghadiri temujanjinya bersama doktor pakar yang merawat permasalahan sendi lutut mak. Dah lama mak mengadu tentang sakit-sakit sendi yang dia alami...kesian mak. Aku sarankan mak berjumpa dengan Pakar Ortopedik kerana mereka sahaja yang dapat membuat diagnosis yang tepat tentang permasalahan mak kerana mak sakit sendi tulang...

Mak ada bagitahu aku yang doktor menyarankan agar dia menjalani Pembedahan Sendi Lutut Gantian Sepenuh.Petang semalam selepas pulang dari temujanji tersebut,mak tunjukkan risalah penerangan tentang pembedahan tersebut pada aku. Mak minta pendapat aku kerana pembedahan ini kelak akan melibat kami semua. Memerlukan kami semua untuk memahami dan memainkan peranan masing-masing yang bukanlah mudah. Nota sediaan Dr. Chee Eng Keong,Unit Artoplasti Hospital Besar Kuala Lumpur ku baca sekali lalu. Aku perlukan masa untuk memahami setiap maklumat yang di terangkan agar aku faham apakah persediaan yang perlu dari kami anak-anak mak dan juga abah.

Apakah Arthritis?

Arthritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis Arthritis.Arthritis yang paling lazim ialah Arthritis rheumatoid dan Osteoarthritis. Gout juga salah satu jenis Arthritis. Sakit mak dikategorikan dibawah jenis Osteoarthritis.

a) Osteoarthritis:-
Kebiasaannya melibatkan golongan berumur 50 tahun keatas. Ia berkemungkinan juga penyakit keturunan. Carthilage pada sendi lutut lembut dan terhakis .

Banyak tentang Osteoarthritis boleh difahami melalui: http://halaqah.net

b)Rheumatoid Arthritis:-
Merupakan sejenis penyakit dimana lapisan synovium dalam sendi menjadi tebal dan mengalami radang. Ini akan menyebabkan pertambahan cecair synovium dan seterusnya merosakkan permukaan carthilage sendi lutut dan menyebabkan kesakitan dan ketegangan lutut.


c)Gout:-
Ia merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.Ia memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.


Banyak tentang gout boleh difahami melalui http://www.tayibah.com/eIslam/gout.htm

Memahami Keperluan Pembedahan Sendi Lutut Gantian Sepenuh.


Setelah mencuba dengan ubat-ubatan,menghadkan aktiviti dan menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat gagal melegakan sakit sendi,pesakit perlu pertimbangkan keperluan pembedahan sendi lutut gantian sepenuh. Dengan menjalani pembedahan ini,kesakitan lutut dapat dikurangkan dan keadaan kaki yang bengkok boleh diperbetulkan. Pembedahan ini dilakukan bagi menggantikan permukaan sendi lutut yang sudah rosak dan terhakis.

Anatomi

Sendi lutut terbentuk daripada hujung tulang peha (FEMUR) dan pangkal tulang kaki (TIBIA). Kepala lutut (PATELLA) akan bergerak sekali dengan pergerakan sendi didalam lurah yang terbentuk pada hujung femur. Ligamen-ligamen yang besar sekitar lutut memberi kestabilan pada sendi lutut. Otot-otot disekeliling lutut pula memberi kekuatan pada sendi lutut.


Permukaan sendi diselaputi oleh tulang rawan (CARTHILAGE). Rawan mempunyai ciri-ciri licin dan boleh menyerap hentakan bagi melancarkan pergerakan.Diantara itu juga wujudnya satu lapisan tisu nipis yang dikenali sebagai "SYNOVIAL MEMBRANE" ia mengeluarkan cecair pelincir bagi melancarkan pergerakan sendi tanpa geseran.

Jadi,mak minta pendapat aku. Terus terang aku sarankan mak agar tidak membuat pembedahan tersebut kerana pembedahan ini bukanlah menyembuhkan atau menjadikan pesakit lebih kuat dan dapat melakukan aktiviti seperti ketika sihat,tetapi sekadar mengurangkan kesakitan dan ianya terbukti 90% pesakit yang melakukan pembedahan ini berjaya mengurangkan kesakitan. Tambahan pula selepas pembedahan,pesakit perlu mengelakkan dari melakukan aktiviti lasak untuk sepanjang hayat mereka ini kerana walaupun dengan penggunaan dan aktiviti lutut secara normal, setiap sendi gantian akan mengalami hakisan pada bahagian pelapik plastik. Bergantung juga dengan cara pesakit menjalani hidupnya. Dengan limitasi aktiviti yang terkawal pembedahan tersebut boleh bertahan selama bertahun-tahun lamanya.

Mampukah mak menguruskan limitasi pembedahan tersebut?

Kami anak-anak mak juga perlu memahami persediaan yang perlu dititik beratkan selepas pembedahan. Banyak faktor yang perlu difahami Diantara yang kami sebagai keluarga perlu fahami ialah

a)Penjagaan selepas pembedahan

Kami perlu bantu mak selama beberapa minggu kerana mak perlu berpantang sepenuhnya. Mak tak boleh bergerak sembarangan. Mak tak boleh berdikari lagi masa tu...Semua kami perlu lakukan untuk mak. Persekitaran juga tak boleh kotor. Takut infeksi. Terlalu banyak risiko. Antara risiko-risiko selepas pembedahan boleh dirujuk di:- http://kesihatan-herba.blogspot.com/2009/05/risiko-dvt-selepas-pembedahan.html.


b)Perancangan pengubahsuaian rumah.

Bagi membantu mak bergerak dirumah selepas pembedahan,banyak perubahan yang perlu dibuat. Yang ini bukanlah masalah buat kami. Ianya hanyalah pengubahsuaian seperti:-

  • "Safety Bar"/Palang pemegang keselamatan di bilik air.
  • Palang pemegang tangga
  • Kerusi yang stabil dengan pelapik yang sesuai (18-20 inch height)
  • Tandas duduk
  • Kerusi kalis air untuk mandi
  • Tiada permaidani atau wayar elektrik dilantai rumah bagi mengelakkan kemalangan.
Sekarang mak minta kami beri pendapat sama ada dia perlu buat / tidak pembedahan tersebut. Aku telahpun menerangkan sebab-sebab aku menyarankan mak agar tidak membuat pembedahan. Nampaknya mak macam nak sangat buat pembedahan tu. Aku tidak menghalang. Jika itu yang mak mahukan.

Sesungguhnya aku menyusun 10 jari memohon dari-NYA yang satu agar semuanya akan baik buat mak.

~Amin~







Sunday, January 2, 2011

Back To School 2011 version

Your new day has come sayangg...

Excited je adik bgn awal & kejutkan kakak untuk mandi..Baju,beg kasut,stokin semua mummy dah prepared.
Breakfast for today is Strawberry milk & Omelet..

Selesai mandi je both of them masuk ke bilik & pakai baju.. senang sangat this year cus both of them are more self-reliant.

 If anyone dtg buat interview ngan our neighbours regarding the sound system from our house....surely feed back dah makin positive huahuahua...

While I'm preparing myself, they dah pun duduk di meja for their breakfast...
sedihnya breakfast tak habis cus they complained that my omelet contained too much oil =(..
By the way they still habiskan susu..oklah tu

Sampai kat sekolah, assembly just started,
Doa & Ikrar dibaca
Lagu sekolah & Lagu wilayah dinyanyikan
Murid baru pelbagai ragam.
Twins pun enter in the row - dah nak masuk kelas

Yeayyy Selesai assembly,all student beratur untuk masuk ke kelas.
Mummy doakan anak-anak Mummy tenang dalam proses pembelajaran kalian berdua.
Thanks to all teachers yang sabar mendidik kakak & adik... 

~Specifically~

Mummy tak risau pun cus kakak & adik dah tahun 3...dah ada kawan baik pun.
A lots of things kakak & adik dah pandai arrange sendiri..

Pukul 1pm, Mummy dah sampai kat perkarangan sekolah to pick both of them..
Alhamdulillah,their first day at school for this year berlalu dengan lancar..
Masa sampai kat depan pintu rumah, adik says something
yang betul2 profound impact in my life...

"Adik happy jadi anak Mummy"

Thanks Adik
walaupun kita hidup sederhana, tapi sempurna.
Kita saling melengkapi
I love you everyone..
Thanks God for their presence in my life.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik, kecerdasan & kecergasan, serta kebahagiaan yang berpanjangan pada anakku ini
Amin!!!!

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...