Saturday, October 26, 2019

Teknik Relaksasi Ketika Diserang Anxiety & Panic


Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah tinggi, penyakit jantung atau susah hendak tidur, sakit kepala dan asma.

Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, regangan & gambaran dalam fikiran (Imagery)

  • Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
  • Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.

1) Melakukan teknik pernafasan dalam adalah teknik asas yang pertama. Ianya dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam. Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.

Cuba praktikkan untuk beberapa minit antara 3 ke 4 kali sehari atau apabila pesakit merasa tegang dan tertekan.

Cara-cara menarik nafas yang betul ialah:-

  • Duduk dan letak kedua belah tangan pesakit dengan erat dan selesa di atas perut.
  • Pastikan otot perut dalam keadaan rehat.
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
  • Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya

Kemudian cara-cara menghembuskan nafas:-

  • Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana kedua belah tangan masih diatas perut.
  • Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
  • Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan.
  • Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut (ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)

2) Teknik asas kedua ialah gambaran dalam fikiran (Imagery). Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda. Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.

Apabila anda ingin melakukan teknik relaksasi adalah amat penting untuk anda:-

  • Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
  • Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
  • Jangan biarkan pesakit bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi.
  • Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
  • Bangun perlahan-lahan apabila sudah bersedia.

Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan.

  • Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks.
  • Cuba mengenalpasti punca stress atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
  • Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal stress pesakit

Kredit: http://www.myhealth.gov.my

No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...