Saturday, October 26, 2019

Teknik Relaksasi Ketika Diserang Anxiety & Panic


Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah tinggi, penyakit jantung atau susah hendak tidur, sakit kepala dan asma.

Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, regangan & gambaran dalam fikiran (Imagery)

  • Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
  • Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.

1) Melakukan teknik pernafasan dalam adalah teknik asas yang pertama. Ianya dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam. Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.

Cuba praktikkan untuk beberapa minit antara 3 ke 4 kali sehari atau apabila pesakit merasa tegang dan tertekan.

Cara-cara menarik nafas yang betul ialah:-

  • Duduk dan letak kedua belah tangan pesakit dengan erat dan selesa di atas perut.
  • Pastikan otot perut dalam keadaan rehat.
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
  • Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya

Kemudian cara-cara menghembuskan nafas:-

  • Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana kedua belah tangan masih diatas perut.
  • Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
  • Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan.
  • Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut (ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)

2) Teknik asas kedua ialah gambaran dalam fikiran (Imagery). Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda. Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.

Apabila anda ingin melakukan teknik relaksasi adalah amat penting untuk anda:-

  • Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
  • Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
  • Jangan biarkan pesakit bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi.
  • Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
  • Bangun perlahan-lahan apabila sudah bersedia.

Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan.

  • Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks.
  • Cuba mengenalpasti punca stress atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
  • Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal stress pesakit

Kredit: http://www.myhealth.gov.my

Anxiety Disorder And Me

My October 2019 DASS test result.

As predicted pun.

Memang dari ujian DASS ni la I start dapat refer for kaunseling and terapi kat klinik and sejak tu jugak mula tahu I got anxiety disorder dan dengan bantuan dari doktor psikatri dan my own research and study I mampu handle anxiety dengan baik.

Check your own status at DASS TEST - KLIK HERE!!!



Sakit!!!

Sangat sakit.
Only God knows 😭

But,
As my own experience - panic attack happen due to anxiety, tak sure pula if it can be in other way around.

What I have been through is, by understanding anxiety (and triggers) makes me capable to control my panic episodes.

Please bear with me when I'm too loud pasal anxiety dan panic attack, this is the only way I can calm myself down dan redakan cetusan serangan yang mungkin menjengah tak mengira masa dan tempat disamping too passionate to share with the world so no one will feel the same pain as I do 😞

Tengok kawan² yg sama² chubby dah masing² slim and fit buat IF, konon² kita pun nak buat. Lagipun tadi ada appointment untuk review lab test last week, konon² nk behave la bagi sugar reading nanti cantik dpn doktor.

Cehh, tak sampai 6 jam dah menggigil. Last² pukul 1pm terus switch pegi atkins, makanlah 2,3 batang saderi and 3 bijik haif boiled eggs ended up GERD smpi dijengah panic attack untuk kesekian kalinya dekat basement lif just few moment sebelum sampai klinik.
IF, atkins all failed!!

Terus baham mee goreng dengan jus oren, makanya sugar reading pun naik mencanak sampai 21 mmol/, but the best part is I dealt the attack like pro menn!!! 

I'm not as anxious as previous attacks even pun sakit pasca attack nak hilang dalam sejam jugak.

Fuh, lega doctor tak marah. Bab control anxiety dapat compliment. Bab sugar level kautim lah 😂

I'm a survivor and so can everyone. Faham, belajar, praktis and let us control our body not the body control us. Mental issues isn't a curse. It's even a bless.

19 Ogos 2018, lepas post status ni few hours,
terus kena panic attack and dikejarkan ke ER

Got this info from my previous reading.

Bangun tidur pagi ni dah rasa somehow (kinda lesu) but lepas send adik to school, kena bawak kakak for her asthma clinic appointment pulak.

What a looonggg day punyalah (see!!! over thinking - anxiety - panic, relate sangat kan huhu)

About 5 minutes drive (the moment stop dekat traffic light) dah mula rasa tegang belakang leher and ada rasa nak meremang satu badan.

I set in mind, "it's coming, nothing bad..this shall pass. I'm strong. I'm okay".

Good, it passed.
Lega.

Then teringat my reading about the methods to overcome anxiety attack (e.g: panic) -- aroma/essential oil therapy. Saying that anxiety survivors should have one of it on the go and anytime 'dia' dtg nak jenguk, just apply it on our palms and sniffffffff it..

Ini bukan iklan.
I bought it for only about 5-15 RM.

Thank God, berkesan guys.



This one I just bakar lilin bagi naik bau dalam rumah/bilik. Buat time nak tidur, mandi sebelum tidur dan pakai pakaian yang selesa antara calming method yang I applied I used this to overcome my insomnia.

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...