Tuesday, November 23, 2010

Bila Jari Menari

Lama juga aku tidak membiarkan jari jemariku menari dipapan kekunci ini.

Penat aku mengharungi hari-hariku tanpa dia. Terlalu sedih hati ini bila diuji Allah dengan musibah yang tidak terduga. Malang yang menimpa kusambut dengan air mata. Mungkinkah lama aku akan berpisah dengannya. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Aku bersyukur.

Dikala aku kesusahan, masih ada yang menghulurkan bantuan. Hampir kesemua sahabat yang aku kongsikan kesedihan menyambut dengan pertolongan yang diharapkan. Namun ada juga yang mengecewakan. Tidak ramai.

Tdak sama sekali.
Hanya dia seorang.

Untuk "DIA"

Meminta pertolongan itu satu ikhtiarku ketika berhadapan dengan ujian dari Allah. Usahlah kau menjatuhkan maruahku dengan mengkhianati kepercayaan yang aku berikan. Hanya padamu seorang aku berterus terang akan hal yang sebenar-benarnya. Namun, kau kecewakan aku sehingga tiada lagi ruang kepercayaan di hati ini untuk kuberikan kepadamu.


Thanks sahabat atas pengkhianatan yang kau berikan. Sesungguhnya aku amat menyesal kerana mengenalimu. Hingga hujung nyawa,tidak akan ada lagi ruang PERCAYA untukmu. 

Namun aku redha,
Masih ramai yang membantu. 
Masih ada yang sayang padaku.
Syukur aku pada tuhan kerana mereka membantuku ketika perlu.

Ya Allah.
Rahmatilah hidup mereka,
Murahkanlah rezeki mereka.
Berilah kesihatan yang baik kepada mereka.
Bahagiakanlah mereka selalu.
Kepada yang tidak dapat membantu, aku juga tidak terkilan kerana kalian berterus-terang dan tidak pula mencanang musibahku seperti yang "DIA" lakukan


Sekali lagi TERIMA KASIH ALLAH,
Esok dia akan kembali kepangkuanku. Pulang mengubat rinduku yang telah lama bersarang. 

Semoga perjalanan kehidupan kami akan lebih baik dan lancar selepas ini. Amin

No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...