Saturday, June 2, 2018

SALAM MALAYSIA BARU


PERNAH satu masa lepas Tun bersara, hati kecik #kaknewrules berkata betapa hati ini sangat merindui suasana di zaman Tun memerintah.

Paling kakak rindu ialah dari masa kakak tadika, sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Bagaimana masyarakat Malaysia pelbagai kaum sangat² rapat tanpa ada prejudis dan bias antara satu sama lain (betul² rapat) boleh mengeteh satu meja, lawak satu bahasa, gelak sama², sambutan perayaan disambut sama adil di mana², sama².

Rindu gila.

Then, 1998-1999 (tak silap), kakak masuk kolej. Masa tu zaman ekonomi Malaysia merudum teruk akibat onar GEORGE SOROS BAJINGAN. Ramai rakyat Malaysia hilang kerja, business gulung tikar, nilai matawang drop gila².

Ini moment paling legend, bilamana Tun berjaya pulihkan ekonomi Malaysia dengan gagah. Gagah yang bukan pada tenaga, tapi pada stratergi mindanya.
Bijaknya Tun, dia ajar rakyat untuk pulihkan keadaan, diwar²kan pada rakyat untuk utamakan Malaysian made products, juga ada buat kutipan derma jika kakak tak silap fakta.

Ternyata percaturan Tun mengena. Malaysia stabil semula, GAH dimata dunia.

Sumpah kakak rindu dan selalu berkata dalam hati, "kalaulah Tun masih Perdana Menteri"

Harini, suara hati kakak terjawab dan menjadi kenyataan. Rasanya macam pokok layu mula segar - dapat air, walaupun sesekali tengok Tun hati jadi seriau sangat dek kerana meningkatnya umur Tun, yang mana perasaan risau tu, sama macam risau bila tengok uzurnya mak abah sendiri masa dioramg tak sihat, sungguh² seriau.

Kakak percaya, kita semua perlu percaya, percaturan Tun pasti berhasil lagi kali ini. Bukan sikit² punya pemulihan negara yang Tun pernah buat. Masa Tun serahkan pentadbiran pada Tun Abdullah dulu pun negara tak berhutang.
Begitulah semangat Tun.

Maka, sama² kita bantu sorang sikit. Even, sorang RM1 hatta, sangat bermakna untuk negara ketika ini.

Kita bantu Tun buktikan dia mampu kotakan apa yang dikata.
Bantu Tun untuk bantu kita.
Kakak bukan siapa², kakak tidak dapat bonus tahunan mahupun perayaan, kakak bukan pegawai kerajaan bergred², kakak tak lagi dapat bantuan kewangan kerajaan (previously br1m) yang cuma kakak dapat cuma hak² basic warganegara yang semua orang pun dapat dan kakak hanyalah seorang 'domestic engineer' untuk kerajaan kecik kakak ni. Sesungguhnya tak banyak yang kakak dapat bantu tapi kakak tetap sayang Malaysia...

#demimuMALAYSIA
#mysmallcontribution
#Ihavedonemypart
#letssavethecountry
#valueinthespiritbeyondcurrencies
#letsmakeMALAYSIAgreatagain



No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...