Wednesday, October 30, 2013

"Sarana Ibu Bapa Kearah Keberhasilan Transformasi Pendidikan Negara"

Oleh: Nurulhasni Binti Abu Hassan

Perkongsian saya dari Seminar Keibubapaan Kebangsaan Peringkat Negeri 2013 yang telah saya hadiri pada 26hb Oktober 2013 anjuran Majlis Kaunseling Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Yayasan Pelajaran MARA

SARANA KEIBUBAPAAN
  • Sarana bermaksud "alat" (toolkit) yang digunakan (untuk mengajar) bagi mencapai/melaksanakan teknik mengajar secara khusus.
  • Sarana ibubapa adalah platform paling baik bagi meningkatkan pembelajaran anak-anak disekolah dan menarik komuniti/swasta untuk menyumbang dana/masa/tenaga atau seumpamanya.
  • Sarana ibubapa membolehkan ibubapa membuat sumbangan kepada pihak sekolah secara efektif.
Langkah ini diambil bagi meningkatkan penglibatan ibubapa dalam usaha kearah transformasi pendidikan negara. Ibubapa digalakkan untuk terlibat secara umum dalam sistem pembelajaran anak-anak disekolah khususnya ini kerana dalam menjamin keberkesanan dan keberhasilan rancangan kearah merealisasikan proses transformasi ini,PIBG dan sekolah perlulah seiring. Penglibatan ibubapa adalah sangat penting kerana masa anak-anak bersama ibubapa (dan komuniti) adalah 85% berbanding masa mereka disekolah yang hanyalah dalam kadar 15%.

LANGKAH-LANGKAH MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIHAK SEKOLAH) KEARAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG BERKESAN

Antara langkah yang terlibat adalah:-
  • Komunikasi
  • Keberadaan (Kehadiran)
  • Penglibatan
  • Sentiasa Berhubungan
  • Berilmu
  • Berkawan
Komunikasi yang baik adalah komunikasi lancar 2 hala antara PIBG/komuniti dan pihak sekolah.

Kehadiran ibubapa di sekolah adalah sangat penting dalam menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri mereka secara efektif didalam kegiatan disekolah.

Penglibatan ibubapa yang aktif dan progresif disekolah akan menghasilkan anak yang positif dan ceria. Oleh itu ibubapa akan mendapat faedah dan lebih banyak maklumat yang telus mengenai guru-gur dan sekolah.

Sentiasa berhubungan antara ibubapa dan guru. Faedah yang diperoleh daripada ini ialah ibubapa akan peka dan sentiasa mendapat maklumat mengenai program dan aktivit yang dibuat oleh pihak sekolah serta ibubapa akan saling mengenali dan ukhwah yang mesra dapat diwujudkan disini.

Berilmu adalah perkara paling utama yang perlu ada pada setiap ibubapa agar dapat sama-sama pihak sekolah dalam usaha mendidik anak-anak tidak kira disekolah mahupun dirumah.

Berkawan dengan kawan anak-anak serta keluarga mereka. Ini supaya wujudnya hubung baik antara ibubapa,maka sesuatu maklumat tentang program dan aktiviti sekolah mudah disebarkan. Dengan ini,aktiviti-aktiviti sekolah yang memerlukan penglibatan ibubapa dapat dijalankan dengan sokongan yang padu dari semua pihak.

Berikut adalah contoh perkongsian daripada AJK S.M.Setiawangsa dalam mewujudkan hubung baik antara pihak sekolah S.M.Setiawangsa dan AJK dan ahli-ahli PIBG sekolah tersebut:-


  • Membina galeri PIBG
Pihak pentadbiran sekolah ini telah menyediakan sebuah bilik/ruang kepada PIBG untuk dijadikan sebuah galeri yang mana ia dijadikan sebagai pusat operasi dan maklumat khas aktiviti PIBG.
  • Mewujudkan rangkaian telekomunikasi PIBG
Cth: facebook,whatsapp,wechat dan seumpamanya. AJK sekolah ini,telah mewujudkan rangkaian AJK PIBG Group yang mana ia telah membuka ruang kepada ibubapa dan guru-guru untuk berbincang tentang apa-apa maklumat diluar waktu mesyuarat. Ini akan mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru secara tidak langsung. 
  • Meaktifkan penglibatan ibubapa dalam setiap aktiviti semaksima mungkin 
Pihak sekolah ini telah mengadakan kelas tusyen malam dan kelas mengaji dengan melibatkan sumbangan kepakaran dari ibubapa.

Cth: Ibubapa yang mempunyai kepakaran akan menyumbangkan masa dan tenaga bersama-sama guru contohnya menyumbang tenaga sebagai tenaga pengajar,jurulatih,penasihat dan seumpamanya didalam aktiviti yang dijalankan. Terdapat ibubapa yang terlibat secara langsung contohnya sebagai pemimpin pasukan coral speaking sekolah tersebut. Mungkin juga ibubapa yang punya kepakaran contohnya dalam tarian dapat menawarkan diri untuk mereka langkah tari (kareograf) untuk pasukan tari sekolah tersebut. 
  • Program Antarabangsa
Pihak SM Setiawangsa dan PIBG telah menjalinkan program bersama sekolah-sekolah antarabangsa dari negara luar seperti Thailand contohnya,ini bagi menjalinkan hubungan antara sekolah mereka dengan sekolah dari luar negara bagi tujuan perkongsian maklumat dan kemahiran agar mereka dapat belajar banyak perkara secara lebih meluas.

Sekian


: : :__________________________________: : :




No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...