Wednesday, October 30, 2013

Mengenalpasti Komponen Ciri Anak Serta Analisa Potensi Mereka Dengan Kaedah NUMEROLOGI

Oleh: Nurulhasni Binti Abu Hassan

Dalam mendidik anak-anak,kita perlu banyak bersabar dan sabar pula memerlukan ilmu DAN perlu dilatih. Untuk mendidik anak-anak dengan efektif,kita perlulah mahir dan bijak untuk mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Di seminar tersebut,saya telah diberi pendedahan mengenai satu kaedah/kemahiran untuk mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta kaedah menganalisa potensi diri mereka melalui TARIKH LAHIR yang dikenali sebagai KAEDAH PENGIRAAN NUMEROLOGI @ penomboran meta fizik oleh ROSLINA JANTAN @ HUSSIAN dari ESOURCE TRAINING & CONSULTANCY.

Kaedah ini sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan oleh kita untuk mengenal anak-anak kita malahan penggunaannya adalah sangat meluas hatta keatas diri kita sendiri bagi tujuan mengenalpasti corak perwatakan, tingkah laku, kekuatan serta kelemahan serta kawasan zon kecenderungan penyakit.

Ianya digunakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah atau isu. Kaedah ini merupakan sebahagian dari sains psikologi tingkah laku.

Konsultasi ini akan memberikan impak maksimum  kerana seseorang itu akan dibawa menjelajahi setiap tingkah laku, perwatakan, kekuatan serta kelemahan mereka. Ini secara tidak langsung akan memberikan perspektif yang jauh berbeza kepada pelanggan mengenai tahap potensi diri kita sebagai individu khususnya.

Tetapi di laman ini,saya hanya berhasrat untuk memberi fokus penuh kepada kaitan kaedah NUMEROLOGI dalam mengenalpasti komponen ciri-ciri anak serta potensi yang tersembunyi dalam diri mereka secara berasingan yang mana kaedah ini sebenarnya terlibat secara lebih meluas dalam kehidupan seseorang individu tidak kira umur dan status mereka.

Perlbagai pendapat dan tanggapan daripada umum mengenai numerologi. Ianya sangat kontra pendapat yang datang daripada mereka yang bersifat liberal dan islamik. Ada yang berpendapat ianya syirik kerana ia umpama mempercayai tilik nasib atau ramalan. Mungkin artikel Di Link Ini....Klik Disini !!! dapat memberi sedikit pencerahan.

Tetapi pada hemat saya,kaedah ini adalah tidak lebih hanya dari salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah diri.

Menurut Roslina,setiap "BODY" (badan) ada "ENERGY" (tenaga) nya yang tersendiri iaitu :-
  • Akal
  • Emosi
  • Hati
  • Jiwa
  • Nafsu
Tenaga ini pula terbahagi kepada tenaga zahir (fizikal) dan batin (mental),sebaik-baik waktu untuk ibubapa menegur, menasihat mahupun bertanyakan permasalahan kepada anak-anak adalah ketika tenaga zahir dan batin mereka bersatu contohnya ketika berehat, bersantai, bergurau, bersahaja dan seumpamanya. Ini bertujuan memberikan persekitaran tenang yang membolehkan batin anak tersebut membenarkan input melalui zahirnya secara telus. Maka,komunikasi 2 hala antara ibubapa dan anak tersebut akan berhasil dan membawa kesan yang positif.

Tenaga-tenaga tersebutlah yang mewujudkan pelbagai reaksi antara positif dan negatif dalam diri anak-anak kita. Apabila potensi mereka dapat dikenalpasti maka mudahlah kita untuk menangani serta membesarkan mereka dengan baik. Sebaik-baik kaedah berkomunikasi dengan anak-anak adalah dengan menggunakan kaedah diplomasi. Ini akan membina rasa yakin,hormat dan setuju anak kepada kita sebagai ibubapa.

Dibawah Adalah Cara Pengiraan Numerologi

Contohnya:-

Tarikh lahir anda ialah 6/5/1986

6+5+1+9+8+6=35
3+5 = 8

Maka nombor kod asas anda adalah 8.



Sifat peribadi mengikut nombor kod asas numerologi seseorang individu:

Individu Nombor Kod Asas 1

Pro:
Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan
Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra:
Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan:
Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Individu Nombor Kod Asas 2

Pro:
Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra:
Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Individu Nombor Kod Asas 3

Pro:
Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra:
Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Individu Nombor Kod Asas 4

Pro:
Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra:
Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro:
Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra:
Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro:
Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra:
Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Individu dengan Nombor Kod Asas 7

Pro:
Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra:
Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro:
Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra:
Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Individu dengan Kod Asas 9

Pro:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra:
Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Maklumat lebih lanjut??? Klik lah saya !!!

No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...