Sunday, March 31, 2019

Pentingnya Sarana Keibubapaan Dalam Membesarkan Anak Afro Asian Di Malaysia

Sekadar perkongsian,

Di Malaysia, antara cara paling mudah untuk sebarkan apa pun bentuk kesedaran adalah bermula dari sekolah.

Ini kerana membentuk nilai murni dalam jiwa anak² yang naif lebih mudah dari mendidik orang tua yang berakal.

Untuk afro-asian Mom yang menghantar anak² ke sekolah kerajaan (kerana anak yg bersekolah swasta kurang tekanan begini)

Kukuhkan sarana keibubapaan antara ibubapa dan pihak sekolah.

Pastikan guru² dan pihak sekolah berkerjasama dlm usaha memastikan tidak ada buli emosi terhadap anak² afro-asian yg merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh anak afro-asian disekolah kerajaan (buli emosi) dari dipandang pelik (kerana fizikal yg berbeza terutama rambut) hinggalah dipanggil dengan panggilan negro (ini paling 'taboo') dari situ sedikit demi sedikit self confidence mereka akan lenyap dan mereka lebih memilih untuk mengasingkan diri dari bersosial dengan rakan sekolah.

Dengan hanya bersuara sesama kita sudah pasti mesej ini tidak akan sampai pada 'target'.

Kukuhkan sarana, cipta hubung baik dengan guru² dan pihak sekolah (bukan hanya dengan complain) kerana dari situ kita akan dapat platform yang kukuh untuk sebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan komuniti anak² kita di sini, sering sertai aktiviti² yang pihak sekolah anjurkan dan berkomunikasi secara proaktif sekiranya timbul apa² isu terkait seperti yang disebutkan diatas.

Jangan sesekali ajarkan anak kita untuk bersabar (dipanggil negro) tapi ajar mereka agar tidak putus asa untuk mendidik masyarakat kenapa mereka tidak patut/tidak boleh dipanggil negro dalam masa yang sama ajarkan mereka untuk imun dengan panggilan tersebut (demi kekuatan mental)

Pihak sekolah yang menerima pelajar afro-asian perlu sensitif, perlu ada rasa empati dalam memastikan pelajar ini mendapat persekitaran pembelajaran yang membantu dari segi emosi. Seharusnya pihak sekolah mengambil serius tentang buli emosi yang mungkin terjadi terhadap kumpulan minority anak² kita disekolah kerajaan.

Ibu², bersemuka dan minta lah kerjasama serta bantuan guru² untuk memastikan mesej kita sampai pada masyarakat. Malaysia perlu tahu yang negro adalah panggilan yang ofensif buat kaum kulit hitam Afrika. Lebih baik mereka dipanggil "hitam" atau "afrika" dari dipanggil negro.

Mana lah tahu, akan terdidik ibubapa dari mesej yang dibawa balik anak² mereka dari sekolah 😊✌

Mudah-mudahan saja...

boleh rujuk artikel berkaitan sarana keibubapaan disini ✌


No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...