Sunday, October 10, 2021

Salahkah?

Beruntunglah dia yang sentiasa menerima doa dalam kelembutan dan kasih sayang dari ibunya. Beruntungkah dia yang keras merentan tapi tetap mendapat doa ibunya kerana kasih ibu padanya lebih dari apa dan siapa pun. Beruntunglah dia yang tidak pernah didoa akan kesusahan hidupnya jika tidak akur menurut.

Hidup mereka inilah yang selalunya senang dan kurang lubang lopak perjalanannya, kerana redha ibunya. 

Jadi ibu itu tidak mudah dan tidak semuanya indah, dia dengan sewenang-wenangnya bisa dihujat dan dipersalahkan atas setiap kekurangan diri dan anak-anaknya keatasnya. Beban menahan derita tekanan seandainya ibunya juga sama rapuh dan kerapuhan itu diwariskan kepadanya. Kerana doa ibu itu tiada hijab. Mana mungkin ibu itu menyalahkan ibunya atas kerapuhan yang diwarisi ditakuti kelak dianggap neraka. Kerana dia sedar dalam kerapuhan ibunya itu, dia masih berkebegantungan terhadap ibunya. 

Itulah takdir hidupnya, seorang anak ibu yang juga seorang ibu yang tersakiti. Takdir membawa dia berlayar dilautan kehidupan yang bergelora, membawanya terumbang ambing sambil mengenangkan betapa tidak berbaloi dirinya, gagal. 

Sungguh sakit luka itu.

Hanya kerana jalan hidup yang ibu ini jalani tidak seperti yang ibunya mahu dan aturkan.

Lebih malapetaka bila kesakitan itu mula terwarisi kepada anak-anaknya. 

  • Salahkah kalau ibu itu menyalahkan ibunya atas kerapuhan yang dia punya?. 
  • Salahkah sekiranya dia marah bila mana ibunya sendiri tidak punya cukup masa untuk dia?
  • Salahkah sekiranya dia minta ruang dan haknya untuk membuat keputusan atas pilihan hidupnya?
  • Salahkah sekiranya dia mengganggap kegagalannya adalah kegagalan ibunya juga kerana tak betah lagi bertahan dengan tekanan yang diberikann oleh ibunya?

Jika dulu ibunya tahu memainkan peranan seorang ibu keatasnya, pasti ibu ini tidak rapuh seperti kini. Tidakkah ibunya terfikir segalanya telah terlewat?  Untuk meminta lebih dari yang ibu ini mahu dan mampu. Pasti ibu ini cuma mahu dilepaskan berlayar sendiri bersama puing-puing kehidupan yang telah rapuh.

Berlayar jauh dan sepi, penuh kedamaian

Tapi, disitulah gagalnya dia, bila dia sendiri akhirnya tiba dipenghujung jalan yang mati, dan disitu dia sedar kembali yang sememangnya dia manusia gagal yang masih memerlukan ibunya walau rapuh hingga hancur tulang belulangnya atau sejauh mana pun dia cuba belayar pergi.

Buat mereka yang teruji dan diuji, redhalah kerana itu jalan pilihanmu kerana hidup hanya sementara. Entahkan esok entahkan lusa, sampailah masa, untuk mereka tidak susah dan menyusahkan. 

Masa itu adalah masa rehat yang abadi.- Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021

No comments:

Post a Comment

Diam

Kadang kala, Berdiam diri itu penting demi untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap dan patah ka...